Thursday, March 17, 2011

::KENANGAN FORM 6 2005::

Sambil duk kodek-kodek blog ni, tiba-tiba teringat masa zaman sekolah dulu-dulu..masa sy berada di Tingkatan 6 tahun 2005..Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Suleiman..banyak sangat kenangan manis sy di sekolah tu..berjumpa dengan Mr.HUBBY pun dekat sekolah tu la..cinta zaman sekolah kekal hingga ke alam perkahwinan..:)..then sy cari-cari lam pendrive rsanya cam ada gambar-gambar lama sy and kwn2 wif cikgu-cikgu yang telah banyak mencurahkan ilmu dekat kami semua..

  • yang ni adalah cikgu azizan..cikgu azizan ajar subjek Sejarah Paper 1..Tamadun Asia dan Dunia..sy masih ingat lagi, cikgu azizan ni seorang yang kelakar..sambil dia mengajar tu ada je lawak yang terkeluar dari mulut dia..then kami 1 kelas pun gelak la..sampai terbahak-bahak..dia paling risau sekali masa time kami semua nak exam..siap buat kelas malam lagi untuk menambahkan ilmu kepada kami semua..cikgu ni banyak bagi tips-tips cmane nak ingat dan menghafal bab-bab sejarah ni..ye la, sejarah kan kena ingat dan hafal..sampai sekarang pun kalau hari raya, kami masih lagi menziarah cikgu azizan..


  •  Cikgu Mahani yang garang..hehehe..cikgu mahani mengajar Pengajian Am Paper 1..Perlembagaan dan Undang-undang Malaysia..huh, kadang-kadang mengeluh sy bila terpaksa kena ingat perkara-perkara yang ada dalam perlembagaan persekutuan..malash la nak ingat..pastu dengan undang-undang lagi..hehe..cuma yang sy susah sangat nak hafal adalah sebutan-sebutan khas yang digunakan di dalam mahkamah..selalu je salah..yang sy tau dan ingat sampai sekarang ialah sapina, afidavit, defenden, plaintif dan lain-lain..


  •  Ni la cikgu yang paling lembut sekali..Cikgu Rose Aniza..cikgu rose aniza ni ajar kami semua subjek Bahasa Melayu Paper 2..semua jenis karangan..sy ni minat la jugak bab-bab penulisan ni..tapi lenguh tangan nak tulis sebab setiap karangan yang kena buat sekurang-kurang 600 patah perkataan..mak aii, banyaknya..tapi cikgu rose aniza ni sentiasa je cool and tetap berlembut dengan kami semua walapun kadang-kadang tu ada yang x buat kerja sekolah yang dia bagi..


  •  Ni Cikgu Rose Aza yang sentiasa smart..sampai ada seorang kawan sy yang betul-betul jatuh hati dengan cikgu ni..hehehe..boleh tahan ye penangan cikgu-cikgu ni..cikgu rose aza ni ajar Pengajian Am Paper 2..pengetahuan am kalau tak silap sy..lembut je suara dia..kadang-kadang tu sampai kena pasang telinga betul-betul la nak dengar ape yang cikgu cakapkan..hehehe..Cikgu Rose Aza ni jugak guru kanan kemanusiaan..


  •  Haaa, yang ni cikgu shafri..smart cikgu ni..dengan tinggi dia..memang sesuai la dia jadi guru kadet PKBM..hehehe..cikgu shafri ajar Pengajian Am Paper 3..berkaitan carta pai, penyediaan graf..susah jugak nak mengira untuk wat graf, carta pai dan lain-lain ni..sebab bukan melibatkan angka ratus-ratus je..tapi melibatkan angkat sampai jutaan..kadang-kadang tu tersilap kira, habis potong markah..garang jugak cikgu ni walaupun dia lelaki..cerewetnya..:)..

  •  Cikgu Shukri @ cikgu chips more..sekejap ade sekejap x de..ye la, cikgu shukri ni guru kanan koku..sebab tu la kadang-kadang dia sibuk sangat..pernah cikgu shukri tak masuk kelas sehingga sebulan..kursus la, meeting la..kami semua horayyy la time dia mengajar..melepak ke lam kelas or kat library..tapi pernah tu dia masuk ajar sampai habis 1 bab je..:)..jenuh ligan..Cikgu ni ajar Geografi Paper 1..dulu sy juga pernah bercita-cita nak jadi ahli geologi sebab minat sangat dengan Geografi..last-last keja dengan Jabatan Kebajikan je..rezeki sy disini..:)

  •  Ni cikgu Tok Ai Foong..cikgu tok ajar Geografi Paper 2..seorang cikgu yang sporting..cikgu ni asalnya orang Sarawak kalau tak silap sy..tapi semangat nak mengajar kami tu yang menjadikan cikgu tok ni seorang yang kalut sikit..hehehe..kalau kelas dia, tak pernah yang dia tak masuk mengajar..:)

  •  Cikgu Yah binti Hanafiah ni mengajar subjek Sejaran Paper 2 iaitu Sejarah Malaysia dan subjek Bahasa Melayu Paper 1..cikgu yang kelakar tapi dalam masa yang sama seorang yang garang..pernah jugak la cikgu ni baling pemadam papan hitam tu dekat salah seorang kawan sy yang mengelamun masa dia tengah mengajar..tapi cikgu ni baik sangat sebab masa sy dan kawan-kawan yang lain stay dekat asrama time real stpm tu, cikgu yah siap masakkan makanan dan bawa ke asrama untuk kami makan..:)..so nice..

  • Ni pulak antara kenangan best sy dan kawan-kawan..masa ni dekat Hotel Langkasuka, Langakawi..rombongan persatuan ting.6 lepas kamis semua habis menduduki peperiksaan percubaan STPM..BESHHH..

2 comments:

  1. nie masa muka budak2 lagi tapi sekrang dah nak jadi mak org dah...cepatkan masa berlalu..

    ReplyDelete
  2. intan: tu ler psl..skang masing2 dh ada komitmen sndri..dulu masa ni semua tgh duk hu ha ja.x igt ape lg..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...