Tuesday, December 24, 2013

::BERJENJALAN ZOO TAIPING::

ini pun ceritera hadi Ahad lepas.. lepas agenda kenduri, then duk berwassap dengan Mama Shiela. jom kita ke Taiping.. nak bawa anak-anak berjenjalan di Zoo.. dah lama sebenarnya tak bawa Ajeeq ke zoo.. lepas balik dari kenduri Fauzie, kami balik rumah dulu.. Ajeeq pun mengantuk, bagi Ajeeq tidur dulu.. pukul 4 petang baru kami gerak ke Taiping..

Kali ni Mr. Papa belanja tiket kami semua masuk zoo.. dah tu decide nak jalan je tawaf zoo.. hehehe.. berpeluh oiiii.. peluh mencurah-curah.. macam mandi pulak.. habis turun 2kg.. hehehehe..






my lovely family



Mrs. Mama's family
Lepas penat jenjalan zoo, punya la plan nak makan mee udang Mak Jah.. sekali sampai, makkk aiiii penuhh orang.. dah macam kenduri la pulak.. memang ramai sangat.. agaknya dengan musim cuti sekolah sekarang.. penuh semua meja, pastu dengan ada lagi yang duk berdiri menunggu turn.. adoiiiiii.. memang tak makan la kat situ.. then kami decide nak ke Mak Teh.. boleh tahan mee udang Mak Teh.. sedap jugakkk.. :)..

::SELAMAT PENGANTIN BARU FAUZIE & CIK KELLY::

Ini ceritera hari Ahad pulak.. lokasi majlis perkahwinan di Kem PGA Ulu Kinta, dekat je dengan rumah kami.. hehehe.. kali ni kenduri kawan sepejabat mommy.. memang sekarang musim kahwen, musim mengawan.. hehehee.. hari-hari makan nasi minyak, hari-hari makan lauk kenduri..

Untuk Fauzie & Cik Kelly,

Selamat Pengantin Baru.. Semoga kekal bahagia hingga akhir hayat.. semoga sabar dan tabah dengan setiap dugaan dan cabaran alam perkahwinan.. dan cepat-cepat dapat baby.. Poji, ko jangan nak majuk-majuk lagi dah, dah jadi laki orang weiii.. hehehehe.. tak mau perangai cam budak-budak.. hehehe..






ciplak dr photographer pengantin..

::SELAMAT PENGANTIN BARU MADI & AIEN::

Salam Petang untuk semuaaaa.. nak bercerita alkisah hujung minggu yang lepas.. minggu yang sibuk, minggu kerja kahwen.. minggu yang tak perlu nak masak.. hehehehe.. itu yang mommy suka..:)..  Sabtu 21 Disember 2013 Majlis Pekahwinan Asmadi & Aien.. bertempat di Taman Putra Indah.. sebenarnya mommy malas nak menaip petang-petang ni.. hehehehee..

Masa kami sampai, pengantin tengah makan beradab.. tak sempat nak ambil gambar pengantin bersanding atas pelamin..:).. kami pulak dipanggil untuk duduk di meja depan bersama rombongan pengantin lelaki dari Perlis.. hehehee.. malu pun ada, segan pun ada.. timakasih untuk famili Madi, acctualy mommy dah lama kenal Madi, dari zaman sekolah menengah dulu.. jalan kaki naik bus ke sekolah sama-sama.. now tak sangka dia berkahwin dengan orang Ipoh..

Untuk Madi & Aien,

Selamat Pengantin Baru.. Semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.. semoga tabah dalam mengharungi dugaan dan cabaran alam rumahtangga.. dapat baby cepat-cepat.. hehehehee  Tahniah sekali lagi..

bersama my bff yang merupakan sepupu pengantin lelaki








Friday, December 20, 2013

::MAJLIS HARIJADI & PERPISAHAN BOSS::

Salam Jumaat untuk semua.. dikala menaip entry ni, mata memang dah layu sebab perut dah kenyang..:).. sarapan free, makan tengahari free.. sebabnya harini ada jamuan harijadi dan jugak majlis perpisahan untuk Boss di pejabat.. so memang makan sampai sengkak.. hehehe.. perut pun padat.. mata pun layu je..:).. hehehehehe.. nak bercerita panjang pun tak boleh dah, jom layan gambar je la.. hehehehe..

k.maz, laila, lina
k.zan, k.zie, amutha
me, dayang, k.linda, min, k.nora, anne, eo shikin

kandid ni.. ape kome gelakkan tu??.. hehehehe..

with bff 
cake of the day
turn mommy dapat hadiah

boss terima hadiah
en.md noor semangat nk amik gambar, boss duk sua tgn nak salam..
sesi potong kek with dato' pengarah
kek buah airtangan boss
boss rasmi dulu ambil makanan

tudiaaaa birthday girl buat keciwi nak ambil gambar dgn kek
ini je yang dimakan.. sengkak..
hadiah yang dapat..

Untuk Boss, 

Selamat maju jaya di tempat baru.. 

Buah pauh delima batu
Anak sembilang di tapak tangan
Walau jauh beratus batu
Hilang dimata, dihati jangan..

Monday, December 16, 2013

::BERCANDA DITEPIAN SAWAH::

Boleh tak nak buat tajuk macam tu??.. hehehehe.. ini pun aktiviti hujung minggu lepas.. sebelum ke rumah kenduri..:).. saja nak bergambar di tepian sawah yang menghijau.. nak tunjukkan sawah padi dekat Ajeeq.. hehehehe.. lagipula dah lama tak merasa suasana sawah padi.. hijau je pemandangan.. udara pun segar je rasanya.. 



Memula mommy dengan Mr.DADDY je yang posing-posing ni.. masa ni Ajeeq masih tidur dalam kereta.. then Ajeeq terjaga, terus la dukung bawa Ajeeq pulak bergambar ditepian sawah..:).. Ajeeq pun ok senyum je nak bergambar..


Comel je anak mommy even baru bangun tidur.. hehehehe.. then dah nampak besar la anak teruna mommy ni.. :).. kejap je masa berlalu now anak teruna mommy dah nak masuk 3 tahun dah..:).. dah makin bijak, makin nakal pun ada.. rasa macam baru semalam je mommy lahirkan kamu wahai sayang.. moga kamu terus membesar bagaikan juara ye.. jadi anak yang soleh dan anak yang terbaek untuk mommy dan Mr.DADDY..:).. mommy dan Mr.DADDY sayangkan Ajeeq lebih dari segala-galanya..:)

::BALIK PERLIS MAKAN KENDURI::

Salam untuk semua.. selamat tengahari.. baru berkesempatan nak update kejap.. pagi tadi settle dulu apa kerja yang ada.. now baru berkelapangan sikit..:).. ini aktiviti hari minggu yang lepas.. kami sekeluarga balik kampung.. tak de cuti tambahan pun, just sabtu ahad je..:).. kebetulan Mr.HUBBY dapat offday masa bertugas PRK Kuala Besut dulu, so kami ambil kesempatan ni la nak balik kampung.. tambahan pulak kami nak attend majlis perkahwinan kawan Mr.HUBBY..

Hari Jumaat malam bergerak dari Ipoh, kami singgah tidur di Bedong rumah family Mr.HUBBY.. singgah tidur rumah ibu ayah, then sabtu malam baru tidur di Perlis rumah mak pulak.. pagi dirumah Mr.HUBBY kami berbreakfast pisang tanduk goreng + teh tarik ibu mertuaku.. hehehe.. sedap woo teh tarik ibu mertuaku.. tiada tandingan..



Selesai bersarapan, kami sekeluarga sama-sama gerak ke Perlis.. lagipula ibu ayah pengantin memang kawan kepada ibu dan ayah mertua mommy.. 

Untuk Qayyum dan isteri, selamat pengantin baru kami ucapkan.. moga kekal bahagia hingga akhir hayat.. moga tabah dalam mengharungi dugaan dan cabaran alam perkahwinan..:)..



Dan yang paling best tentang kenduri kali ni, ada lauk feveret mommy tu.. hehehehe.. suka bukan kepalang dapat makan.. sebabnya dah lama gilaaaa tak makan.. Gulai Rebung Daging.. aduh duh duh duh duh.. memang best la.. siap letak pinggan lain tu punya nak makan rebung.. sepanjang duduk Ipoh, dan sepanjang pergi kenduri di Ipoh ni, tak pernah lagi jumpa menu ni time kenduri kahwen.. rasanya kenduri kahwen di Perlis je kot yang ada menu ni..:)..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...