Thursday, March 31, 2011

::BILA PERUT SEMAKIN BOYOT::

Huhuhuhu..now sy dah 6 bulan lebih..itulah usia Lil HERO dalam kandungan sy sekarang ni..dan sekarang, sy dah start rasa macam-macam rasa yang sering dirasai oleh ibu mengandung yang lain..dan perut sy pun dah nampak besar sangat sekarang ni..hihiiihi..dan bila semakin besar, dah tentu pergerakkan sy jugak semakin terhad..dan sy jugak rasa cam berat je nak bawa badan ni..ni baru 6 bulan, camane la agaknya nanti bila kandungan sy dah masuk 8-9 bulan??tak dapat nak bayangkan..

Sy selalu suarakan segala ape yang sy rasa dekat Mr.HUBBY..dan seperti biasa Mr.HUBBY minta sy untuk lebih banyak bersabar..walaupun Mr.HUBBY tak dapat rasa ape yang sy rasa, tapi suami sy tu cuba untuk memahami keadaan sy..tambah-tambah bila Lil HERO semakin membesar sekarang..dan Mr.HUBBY pun dah semakin selesa dengan tugas barunya sekarang ni tiap-tiap malam..watkan susu untuk sy dan jadi tukang urut peribadi sy sebelum tidur setiap malam..kalau tak urut, rasa cam x lengkap je..bila dah selesai diurut oleh Mr.HUBBY terutamanya di bahagian belakang dan kaki, baru rasa sedap sikit nak tidur malam..

Sekarang ni sy cepat sangat rasa mengah, kalau wat keja lebih sikit, mesti akan rasa lain macam je..dan yang paling susah sekarang ni adalah untuk tidur malam..tak tau nak tidur dalam posisi yang cmane..ye la, kalau nak baring telentang, akan rasa mengah dan susah untuk bernafas..bila mengiring, perut pulak tak selesa..dan selalunya sy akan rasa pergerakkan Lil HERO cam terhimpit je lam perut sy ni bila sy mengiring..then Mr.HUBBY cadangkan untuk letakkan bantal dan tidur mengiring sikit je badan tu..jangan mengiring terus..OK la, tapi bila dah lama-lama still tak selesa jugak..

Dan yang paling terasa sangat, bila sy duduk atau nak bangun..YA ALLAH, rasa susahnya..cam berat je badan ni nak bangun tau..tp sy rasa badan sy ni tak de la bulat sangat..tp macam tu la sy rasa..rasa cam bila dah duduk tu, malas sangat nak bangun dah..dan sy jugak sering rasa cekang perut, rasapedih pun ada..dan kaki juga sering kejang semasa tidur..hmmm..rasa sakit sangat..

pape pun, sy perlu banyak bersabar semasa mengandung ni..ini la nikmat yang hanya boleh dirasai oleh orang yang mengandung sahaja..sy bersyukur kerana diberi peluang untuk merasai nikmat-nikmat ibu mengandung ni..walaupun masa early stage dulu sy, mengalami alahan yang agak teruk, tapi sekarang sy dah OK..dan su pula dah semakin selesa dengan Lil HERO inside..semua orang selalu nasihatkan sy untuk lebih banyak bersabar..Mr.HUBBY + MY LOVELY MOM + MY GORGOUS MOM IN LAW..sy akan ingat pesanan dan nasihat tu semua ye..:)

::MAMA NIGHTMARE::


Hadoooiii la..asyik bermimpi benda-benda pelik je ni..kenape ye??hmmm..tak suka la mimpi-mimpi cenggitu..kalau boleh tak nak mimpi-mimpi yang selalu susahkan hati ni..memang orang preagnant tu selalu mimpi pelik-pelik ke??semalam dah dua kali sy bermimpi yang sy turun darah..hmmm..bila terjaga, rasa lega sangat..rupa-rupanya mimpi je..then risau pulak bila dipikirkan takut kalau-kalau mimpi tu petanda ke ape..selalunya mimpi ni kadang-kadang boleh dianggap sebagai petanda..hmmmmm..

Then sy ceritakan dekat Mr.HUBBY..Mr.HUBBY cakap tak de pape kot..itu cuma mimpi je.."mimpi je tu syg..mimpi kan mainan tido"..selalunya macam tu la Mr.HUBBY memujuk sy.."syg jangan duk pikir sangat pasal mimpi tu"..MY LOVELY MOM pun cakap benda yang sama..mimpi je tu..tak de pape kot..anggap je ianya mimpi yang hadir dalam tidur malam sy..then akan hilang bila sy bangun dari tidur..tapi susah untuk sy lupakan jalan cerita mimpi-mimpi tu..sy berharap itu cuma mimpi yang datang mengganggu tidur malam sy..dan jangan la jadi pape dekat Lil HERO..

Ya ALLAH, Kau selamatkan la aku dan kandunganku ini..jangan la kau uji dugaan yang aku tak mampu nak hadapi..jangan la Kau mimpikan aku dengan mimpi-mimpi ngeri yang sering datang dalam tidur malamku..AMIN..

Wednesday, March 30, 2011

::BANJIR,BANJIR,BANJIR::

Sekali lagi banjir telah melanda negeri Perlis Indera Kayangan..akibat daripada hujan yang turun tak berenti selama 2 hari..sekarang ni kebanyakkan kawasan air dah naik..kg. guar syed alwi, kg. bakau, panggas, batu bertangkup, sempering, bintong..so JKM Perlis pun dah mula untuk buka pusat pemindahan banjir..ramai ofismate sy yang kena bertugas di pusat pemindahan banjir..nasib baik sy tak kena sebab tengah memboyot ni kan..kalau tak mesti sy kena jugak..Lil HERO menjadi penyelamat mama kali ni..:)..paling ramai yang dipindahkan ialah di kawasan bintong..dan paling bernasib baik rumah sy tak banjir..agaknya taman perumahan kitaorang tu kawasan tinggi sikit..masa banjir yang teruk tahun lepas pun, rumah sy still selamat lagi la..syukur alhamdulillah..:)

Semalam sy ke Kangar dengan adik mad..nak beli drawer..lalu jalan sempering tengok air dah naik atas jalan..redah jee..best jugak redah banjir sekali sekala ni..:)..dan pagi tadi, masa on de way nak ke pejabat, jalan gial air dah naik..tinggi..mula-mula tu risau jugak nak redah coz banyak keta yang berenti tepi jalan..dioarang tak berani nak lalu..esp kalau drivernya perempuan..tapi my ofismate a.k.a my BFF cakap boleh lalu..coz dia pun dah selamat sampai kat ofis..then sy pun redah jugak la..sambil drive tu sempat la jugak snap gambar banjir..hehehe..

Mr.HUBBY pulak risau kalau dia tak dapat balik Perlis hujung minggu ni kalau banjir semakin teruk..Mr.HUBBY nak balik jumpa dgn sy n Lil HERO..sure Lil HERO pun rindu nak dengar suara PAPA bercakap dengan dia..and kitaorang jugak dah plan nak ke alor Setar untuk servis Cik Saga..tak pe, InsyaALLAH banjir akan surut..ni hujan pun dah berenti..tengok langit pun dah semakin cerah..harap semuanya akan OK kembali..kecian jugak dekat mangsa-mangsa banjir dan jugak petugas-petugas banjir..







* tapi sekarang hujan dah turun kembali..hmmmm..bila nak betul-betul berenti ni??

Tuesday, March 29, 2011

::HUJAN,HUJAN,HUJAN::


Hari ni hujan turun tak berenti lagi daripada petang semalam..petang semalam, lebat sangat hujan..akibat kelalaian sy sendiri, tutup tingkap tak rapat, then habis air hujan masuk dalam bilik..dah kena mop balik pulak..nasib baik dekat tingkat tu tak de perabot ke ape, just mop je la..kalau tak abis basah la..

Dan hari ni hujan turun tak berenti lagi..tadi dapat maklumat yang air sungai jalan yang selalu sy lalu tu dah penuh..nak melimpah dah..then ofismate pulak gitau yang kawasan Panggas dan Batu Bertangkup air dah naik..nak banjir pulak ke??cukup la banjir besar yang melanda Perlis 5 bulan yang lepas..rasanya cam baru sangat lagi..ni takkan nak banjir lagi pulak..my BFF dari JKM Kedah gitau yang diaorang dah dapat mesej bersedia untuk menghadapi banjir..tapi kami di JKM Perlis masih lagi tak menerima sebarang amaran banjir ..

Mr.HUBBY pulak risaukan sy cmane nak drive bali keja jap g..ye la, kalau air sungai gial tu melimpah, sure jalan sume akan banjir la..Mr.HUBBY juga risaukan kalau Cik Saga sy tu enjinnya mati dalam banjir..haaa??cmane tu??tapi ikut kenangan sejarah yang lepas, Cik Saga sy tu steady lagi la..walaupun meredah banjir yang airnya dalam jugak..:)..sy cakap "x pe, jap g syg berenang la"..hehehe..mesti Mr.HUBBY tersenyum je baca sms sy..dan Mr.HUBBY pulak balas " x pe, syg kan ada pelampung"..turn sy pulak tersengih sorang-sorang bca sms dari suami sy tu..hehehe..while Lil HERO inside pulak tak berenti kick+boxing mama..dah makin kuat pulak tendangannya tu..tersenyum bahagia sy setiap kali Lil HERO membuat kick+boxing..:)

Sy pulak kalau hujan-hujan ni cepat je lapar..hmmm..nak makan ape pun tak de spare makanan kering dekat office..sedapnya la kalau dapat makan kek ke..rasanya jap g nak ke Kangar la..meronda cari kek coklat..rasa teringin pulak..

Sampai sekarang hujan still lagi lebat dan tak de tanda-tanda nak berenti..awan pulak gelap je hari ni..dalam facebook pulak ramai member-member yang post dekat wall masing-masing jangan la banjir melanda lagi..pape pun kita hanya mampu berdoa sahaja..moga ALLAH S.W.T makbulkan doa dan biar hujan pun berenti..AMINN..

p/s: hujan makin bertambah lebat la pulak..dan sy pulak rasa cam teringin nak mandi air hujan..:)

Monday, March 28, 2011

::TAK NAK BALIK..:(::

Akhirnya hari ahad muncul jugak..hmmmm..pejam celik,pejam celik, dah 9 hari rupanya sy bersama Mr.HUBBY..dan kini masa untuk kembali ke Kangar..dan cuti sakit yang diberikan oleh doktor untuk selsema sy pun dah habis..dan selsema sy jugak dah baik sepenuhnya kini..cuma rasa sayu dan sedih sangat nak berpisah dengan Mr.HUBBY..ye la, bila dah duk lama-lama, camtu la rasanya tiap kali bila terpaksa berpisah balik..

So malam ni sy naik bus dari Ipoh ke Kangar pukul 8.00 malam..masa on d way nak ke Terminal Bas tu, sepanjang jalan sy menangis.."syg tak nak balik..syg nak duk dengan B"..itu la ayat yang sy luahkan kepada Mr.HUBBY sampai air mata sy ni tak henti-henti mengalir..sedih sangat.."syg kan keja dah besok, nanti lepas ni kita jumpa lagi..nanti B off, b balik kg tengok syg and BABY"..camtu la Mr.HUBBY memujuk sy..tp pujukan tu tetap tak akan menghentikan air mata sy ni daripada mengalir laju..

Bila dah sampai Terminal Bas tu, lagi la terasa sangat..cam nak jerit kuat-kuat yang sy tak nak balik ke Kangar..sy nak stay dengan suami sy..sebelum naik bus, Mr.HUBBY cakap lepas ni sy tak perlu la nak datang ke Ipoh, biar Mr.HUBBY je yang balik sana..ye la, Mr.HUBBY kesiankan sy, dengan kandungan yang semakin membesar..dan seperti biasa sy akan cium tangan suami sy and Mr.HUBBY pulak kiss dahi sy..sayunya hati..masa atas bus Mr.HUBBY hantar msg "jangan nangis-nangis ye syg"..huuaaa, lagi la laju sy nangis..:(..then masa Mr.HUBBY call pun cakap sambil nangis-nangis..sampai orang sebelah pun perasan yang sy nangis..biar la, sy dah tak peduli dengan anggapan orang..


Semakin bus laju meninggalkan Ipoh, sama jugak dengan airmata sy laju je mengalir keluar..hmmmm..sampai bila la agaknya sy dan Mr.HUBBY akan kekal macam ni??sy dah letih dan penat dengan semua ni..tiap-tiap minggu kalau sy balik Ipoh, macam ni la keadaannya..susahnya hidup bila berjauhan dengan suami..hanya orang yang mengalaminya sahaja yang boleh rasa ape yang sy rasa..tambah-tambah sy tengah preggy skang ni..:(..pape pun sy perlu kuat untuk my Lil Hero..

Sunday, March 27, 2011

::CHAR KOEW TEOW vs SATAY::

Haaa, rasanya malam ni cam nak makan satay lagi la..hehehe..tapi nak makan char koew teow jugak..acctualy dah lama rasa nak makan char koew teow ni..tapi simpan dulu hasrat tu sebab ada lagi makanan yang harus diberi keutamaan..hehehehe..asyik makan, makan, makan..mulut ni tak berenti mengunyah..kalau berenti time tidur je..hehehe..walllaaweeh, camane la berat badan tak naik mendadak ni..ye la, Mr.HUBBY pun asyik layan je sy nak makan ape..sumenya "jom syg", "ok syg"..:)

Malam ni kami makan di kedai Chor Char Koew Teow @ Taman Perpaduan..sedap jugak makanan dekat kedai ni..especially char koew teow la..:)..my feveret char koew teow kat Ipoh ni..then dekat kedai ni pulak memang ada jual satay..ape lagi, order je la..dua-dua makanan yang sy nak makan ada depan mata..sy nak makan char koew teow+satay+teh o ais..Mr.HUBBY pulak nasi goreng daging+jus oren..

Char koew teow sy punya tu siap special lagi..coz nak makan kerang..kalau biasa punya tak de kerang..memandangkan darah dalam badan sy ni kurang, jadi kena makan jugak la makanan yang boleh menambah darah..then makanan yang kami order pun sampai cuma nasi goreng daging Mr.HUBBY punya je lambat sikit..masa nasi tu sampai sy tengah kusyuk makan char koew teow sampai lupa nak snap gambar nasi tu..hehehehe..tapi kali ni kami order satay daging 5 cucuk je sebab Mr.HUBBY tak nak makan katanya..so sy je la yang makan..tapi Mr.HUBBY sy tu cakap je tak nak, bila satay tu dah ada depan mata, pandai pulak nak makan..hehehe..:)..jangan marah ye hubbyku syg..dan yang kelakarnya sampai gatal kepala suami sy tu makan nasi goreng daging yang pedas tu..hehehe..


oren jus+teh o ais
char koew teow special
cili jeruk..peehh, terangkat!!
satay daging

Saturday, March 26, 2011

::KEPERLUAN Lil HERO::

Today, sy dan Mr.HUBBY keluar untuk servey and window shopping keperluan untuk our Lil Hero..:)..rasa cam nak beli, tapi tak tau nak beli yang mana dulu..hehehe..ye la, lagipun ni pengalaman pertama kami bergelar papa & mama..kalo baby 2nd tu maybe la dah pandai sikit lam bab-bab macam ni..kami pulak banyak bertanya kepada our sifu MY LOVELY MOM + MY GORGOUS MOM IN LAW..dan sy jugak rajin untuk bertanya dekat member-member yang dah ada anak..so, diorang pun banyak bagi petua dan nasihat..

So hari ni destinasi kami adalah Greentown Mall..kitaorang keluar awal sikit sebab sy nak makan nasi berlauk dekat food court GM tu..dah lama rasanya tak makan..feveret sy dekat situ adalah nasi putih+masak lemak cili api+ikan merah goreng+sayur bayam+telur masin..sampai je tengok kedai tu tutup..geramnya!!!..hari ni jugak la kedai ni nak tutup..hmmm..sy ni dah la dah set dalam kepala ni nak makan lauk-lauk tu semua..tak de rezeki lagi la nampaknya..then terpaksa la ke kedai lain..walaupun tak sedap, tapi paksa jugak makan untuk alas perut..

Then masa untuk window shopping barang-barang Lil Hero..hmmmm, nak beli ape dulu ye..kami tengok kain lampin, barut, baju tido, baju siang, baju untuk jenjalan,sarung tgn, sarung kaki, botol susu, set tilam, blanket, krim mandian and macam-macam lagi..sy ingat nak beli warna putih je untuk baju..tp since dah tau jantina BABY, bleh la nk beli kaler biru..sesuai untuk my Lil Hero..tapi di pasaraya ni kebanyakkan set tilamnya semua daripada span..tak nak la..nak cari kekabu jugak..


Tak sabarnya nak beli..sekarang sy kena buat senarai check list la ape yang nak dibeli dan tak patut dibeli..kalau boleh tu, nak semuanya perfect untuk Lil Hero..so, lepas ni adalah masa untuk menyopping pulak..coz dah ada check list dah nak beli ape..can't wait..tapi MY GORGOUS MOM IN LAW cakap baju jangan beli banyak helai sangat, takut nanti Lil Hero cepat besar..then mom cakap barang-barang adik azim dulu pun ada lagi..cam blanket, sarung kaki & tangan, lampin..so, nanti Lil Hero boleh gunakan barang-barang paksu tu ye..:)...

Friday, March 25, 2011

::LUNCH WIF Mc.D::

Lately ni Mr.HUBBY suka sangat makan burger Mc.D..don't know why..kalau makan burger setiap hari pun tak pe agaknya suami sy tu..:)..so today lepas Mr.HUBBY balik dari kawad sempena hari polis tu, dia tido je..letih agaknya..coz pagi tadi awal Mr.HUBBY bangun..pukul 6..sebab pukul 7 dah kena ada dekat sana dah..balik je terus tido..bila dah bangun tu baru nak cari makanan..sy pulak tak memasak hari ni..ingatkan nak ajak Mr.HUBBY makan nasi berlauk di Greentown Mall..tapi dah tengok Mr.HUBBY nyenyak je tido, tak sampai hati pulak nak kejutkan..x pe la, lain kali maybe..

So tengahari ni Mr.HUBBY cakap nak makan Mc.D..sy pun OK je la..kali ni ikut selera Mr.HUBBY pulak..selalunya ikut selera sy je..Mr.HUBBY cakap beli then makan kat rumah je la..lagipun Mc.D dekat dengan teratak mahligai kami tu asyik penuh je orang..kadang-kadang tu kena tunggu orang lain bangun dulu baru kita boleh duduk..OK, Mr.HUBBY keluar pegi beli dekat drive thru, then kami makan-makan dekat rumah..Mr.HUBBY cam biasa dengan dengan burger Big Mac dia tu..sambil tu boleh menonton TV..best jugak ni layan Mc.D depan TV dengan hujan yang lebat turun membasahi bumi..:)..hehehe..jemput makan semua..




::SELAMAT HARI POLIS SUAMIKU::

Hari ni adalah hari polis yang ke 204..so, sy nak mengucapkan SELAMAT HARI POLIS kepada suami sy yang busyuk masham tu..:)..jalankan kerja tu dengan penuh amanah, dedikasi dan berintergriti ye..:)..seperti jugak dengan slogan untuk polis..mesra, cepat dan betul..

Sy ingat lagi dulu masa Mr.HUBBY nak minta masuk polis..susahnya nak pujuk Mr.HUBBY..sy yang minat sangat dengan pakaian beruniform ni..sy suka sangat tengok polis-polis yang pakai pakaian uniform..esp baju operasi diaoang tu..tapi Mr.HUBBY pulak tak berminat katanya..masa tu Mr.HUBBY masih lagi dengan tempat keja lama..nak suruh amik borang tu cukup susah..nasib baik MY GORGOUS MOM IN LAW banyak tolong pujukkan suami sy tu..dah lepas amik borang Mr.HUBBY buat malas nak isi..dia nak suruh sy yang isikan..mana boleh..kan kena tulis dengan tulisan sendiri..x pe la, sy tolong sekali..sampaikan sy sebut nama, then Mr.HUBBY pun tulis nama..sy cakap alamat, then Mr.HUBBY tulis alamat..tapi last-last siap jugak..hehehe..sabar je la..then sijil-sijil semua sy yang tolong phototastkan..punya la suami sy tu buat perangai..

Then lepas sebulan kot hantar ke Bukit Aman, Mr.HUBBY dapat surat untuk temuduga fizikal..masa ni sy tengah kursus di Kuala Lumpur..Mr.HUBBY sy tu buat perangai lagi cakap tak nak pegi kalau sy tak de..terpaksa la pujuk-pujuk lagi..akhirnya Mr.HUBBY pegi sorang jugak dengan menaiki Cik Saga..temuduga ni diaorang buat dekat Balai Polis Kuala Perlis..Akhirnya Mr.HUBBY dapat surat diminta untuk lapor diri di Pusat Latihan Polis Muar, Johor..

Masa tau tu sedihnya Tuhan je yang tau..maknanya sy akan berpisah jaun dengan kekasih sy..masa tu tak kawin lagi..sy dan family Mr.HUBBY semua pegi antar masa Mr.HUBBY nak lapor diri..1st kami singgah tido rumah nenek dulu..pegi dengan menaiki Cik Saga..then Sis pun join sekali untuk hantar Mr.HUBBY..masa dalam kereta tu, sy nangis je..nak makan ape pun dah tak lalu..ye la, tinggal berapa jam je lagi masa untuk sy bersama Mr.HUBBY..masa on de way nak balik dari Pulapol tu lagi kerap sy nangis..sebelum ni sy tak pernah berpisah lama dengan Mr.HUBBY sepanjang 3 tahun kami bercinta..hanya telefon je yang menghubungkan kami..itu pun kena tunggu je Mr.HUBBY call sy..jugak sehelai baju yang Mr.HUBBY pakai masa lapor diri tu..sebelum kena tukar pakai kemeja putih..baju tu je yang jadi peneman tido malam sy..sebab ada bau Mr.HUBBY pada baju tu..dan jugak melalui surat-surat yang sy hantar kepada Mr.HUBBY..menceritakan hari-hari yang sy lalui tanpa Mr.HUBBY disisi..semuanya membuatkan sy lebih pandai untuk berdikari sendiri..

Sepanjang 3 bulan Mr.HUBBY di Pulapol, sy dan family akan melawat MR.HUBBY sebulan sekali..dapat jugak la berjumpa walaupun sekejap..masa mula-mula training tu, Mr.HUBBY cakap nak balik la..tak tahan dengan latihan la..macam-macam dia rasa..nak berenti pun ada..tapi macam biasa sy akan memujuk jugak..akhirnya bila dah lama-lama, perkara ni pun dah tak timbul dah..:)..then Mr.HUBBY kena praktikal di Sungai Petani..dekatnya..tiap-tiap minggu sy melawat Mr.HUBBY..sebab dekat je la dengan Perlis..then Mr.HUBBY kena training di PGA Tupah selama sebulan..masa ni pun tiap-tiap minggu sy dan family wat lawatan..hehehe..then Mr.HUBBY kena balik semula ke Pulapol untuk tamat latihan..sebulan kami tak berjumpa sebab dah set nak pegi amik Mr.HUBBY masa dia habis training..sy la insan yang paling suka sekali masa Mr.HUBBY habis training..

Then now Mr.HUBBY ditempatkan di Balai Pusat Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh, Perak..tak de la jauh sangat dengan Perlis..3 jam lebih perjalanan..dulu masa mula-mula nak posting, sy selalu berdoa jangan la Mr.HUBBY dipostingkan ke jauh..dekat-dekat je dah la..sekarang dah 2 tahun lebih Mr.HUBBY bekerjaya sebagai polis..SELAMAT HARI POLIS ye suamiku busyuk masham..:)

malam sebelum lapor diri di Pulapol
hari lapor diri di Pulapol Muar
masa training di Pulapol Muar ( hitamnya B )
masa praktikal di Sungai Petani
training di Kem PGA Tupah
masa di PGA Tupah
now lepas lapor diri di IPD Ipoh
p/s: cuma pic masa Mr.HUBBY tamat latihan tak de lam simpanan telefon bimbit..

Thursday, March 24, 2011

::TOM YAM @ SULINI RESTORAN::

Malam ni nak makan ape ye??hihihi..sejak preggy ni, keja susun atur je nak makan ape and dekat kedai mane yang nak makan..bila hasrat mulut tu disuarakan kepada Mr.HUBBY, maka akan tertunai la hasrat mulut sy ni..best kan macam ni..:)..Mr.HUBBY pula layan sy cam queen..nak pegi mane??nak makan ape??juz cakap je..InsyaALLAH Mr.HUBBY akan cuba untuk tunaikan..even kalau ke KL pun kami pegi..cam dulu, tergedik-gedik nak makan ice cream dekat ice room..last-last sampai jugak..:)

Sama la jugak situasinya dengan malam ni..sy rasa cam nak makan tom yam putih..cuma ada 1 je kedai yang wat tom yam putih iaitu Sulini Restoran..actualy dekat je dengan teratak mahligai kami..so, tak payah pegi jauh-jauh..bila makan tom yam putih ni, teringat pulak dekat tom yam dekat kampung halaman sy di Thailand..kebanyakkan kedai memang wat tom yam putih..selalunya kalau kita makan tom yam, warnanya cam merah sikit kan..ni jernih je kuah dia tu..tapi perasa memang tom yam..sedappp sangat..sy suka..:)..

Kami sampai tu orang dah ramai..maybe sebab hari ni pay day..so ramai yang bawa family kuar makan di kedai..sekali sekala kan..sampai je terus order..sy nak minum tembikai while Mr.HUBBY pulak tembikai laici..aik, tembikai laici lagi..bukan ke semalam dah minum??..senyum je suami sy tu..:)..malam ni kami order nasi putih+tom yam campur+ayam goreng kunyit+kailan ikan masin+telur dadar..sedapnya la..rasa cam dah tak sabar nak makan..BABY inside pulak duk kick+boxing je.."lapar ke syg??"..masa tengah menunggu makan yang kami order tu sampai, mata sy ni ternampak pulak keropok ikan yang dijual.."hubby, nak keropok.."..then Mr.HUBBY pun order keropok pulak..Mr.HUBBY cakap makan sampai habis..ye, baik..:)..

Mr.HUBBY yang sengetzzz

sy yang bulat
tembikai & tembikai laici
muka serius suamiku busyuk


keropok ikan
tengok, licin kami makan

::CENDOL @ PADANG POLO::

Tengahari tu lepas lunch dengan Mr.HUBBY, kami rileks-rileks sambil tengok TV..tengahari ni sy memasak..walaupun simple tapi cukup untuk mengenyangkan sy, Mr.HUBBY dan BABY inside.."hubby, petang ni kita pegi makan cendol nak tak??"..dan seperti biasa Mr.HUBBY akan ikut je keinginan sy ni..:)..

So petang tu kami ke Padang Polo..nak makan cendol..memang sedap cendol dekat sini..ramai sangat orang..ditambahkan pulak kedudukan dia yang menjual di Padang Polo, maka lagi ramai la orang..masa kami sampai tu pun orang dah ramai dah..cam nak kena beratur pulak nak membeli cendol ni..sy nak cendol jagung while Mr.HUBBY pulak macam biasa nak cendol pulut..

Sambil makan tu, kami mencuci mata dengan gelagat orang ramai di sini..ramai sangat orang petang ni..esp yang berjogging..dah rasa cam hari ni ada pertandingan jogging la pulak..sy ingatkan hari ni orang tak ramai..ye la, sebab bukan hari minggu kan..tapi orang tetap ramai..ada yang bawa anak-anak jenjalan and bermain di taman permainan, ada yang berjogging, ada yang main bola sepak, ada yang berfutsal dan ada jugak yang just datang untuk makan-makan macam kami ni..:)..

Cendol Jagung sy
Baca Bismillah dulu..:)
Mr.HUBBY punyer..cendol pulut..
Nyummmiii..:)

::Mr. HUBBY YANG SENGETZZZ::

Itu lah Mr.HUBBY sy..lately ni dia selalu wat sengetzzz..kadang-kadang tu kita sampai naik geram dekat dia..tapi last-last tu senyum jugak..:)..
  • Kalau nak bergambar mesti dia suka wat mimik muka yang wat kita nak tergelak..dah tak senyum betul-betul cam dulu dah..kena cakap banyak kali or snap banyak kali baru dia mau senyum betul-betul..
  • Kalau nak ke pasaraya beli barang then kalau sy amik bakul, Mr.HUBBY akan galas bakul tu cam galas handbeg plak..hehehe..nak tergelak pulak sy tengok..sampai ada orang dekat pasaraya tu yang tengok dan senyum je dengan gelagat suami sy tu..
  • Kalau sy cakap ape dengan Mr.HUBBY, dia suka main-main..tak serius..kadang-kadang tu tanya sampai berkali-kali ape yang kita cakap..padahal bukannya duduk jauh pun..tapi saja wat-wat tak dengar..cam nak cubit-cubit je telinga dia tu..
  • Kalau sy nak minta tolong pape dengan dia, dia wat tanya banyak kali..kadang-kadang sy pun naik hangin jugak dengan suami sy tu..then bila dia tengok sy cam nak marah, so dia make sure akan wat gelagat bagi sy tersenyum balik..
  • Tapi sekarang ni kadang-kadang tu Mr.HUBBY cepat nak marah..tapi bukan dengan sy la..dengan kawan-kawan sekerja dia..MY GORGOUS MOM IN LAW cakap besa la dah nak dapat anak lelaki..oohh ye ke??
Tapi dengan sikap sengetzz suami sy ni la yang membuatkan hari-hari yang sy lalui penuh dengan gelak ketawa dan senyuman..:)..tak pernah rasa suram..ditambah pulak dengan kegembiraan nak menyambut kelahiran our Lil HERO..:)





p/s: banyak lagi pic yang sy dah delete..kalau tak boleh upload semua..:)

::SATAY vs MEE GORENG BASAH::

Akhirnya malam ni dapat jugak sy makan satay..hehehe..tapi takkan nak makan satay je, tengah malam nanti mesti lapar balik..hehehe..banyak tul sy makan..masa on de way nak ke Dataran Bandaraya Ipoh, sempat lagi cakap dekat Mr.HUBBY "syg nak makan mee goreng basah la, syg nak makan char koew teow la, syg nak makan koew teow tom yam la"..Mr.HUBBY suruh sy order je semua, then makan dan rasa semua jenis makan yang sy teringin tu..hehehe..tak nak lah..membazir tu..tak baik kan..last-last sy pilih mee goreng basah..

Sampai je Dataran Bandaraya, frustnya tengok our feveret kedai tu tak jual satay malam ni..hmmm..cmane ni??sy dah la nak makan satay malam ni..tak jual la pulak..then Mr.HUBBY ajak ke Restoran Sri Kedah..dekat situ ada jual satay dan makanan bergoreng yang cam sy nak tu..jom,jom,jom Mr.HUBBY..Mr.HUBBY cakap satay dia lagi sedap dari satay dekat Dataran Bandaraya tu..

Sampai je, tengok orang tak ramai la pulak malam ni..Mr.HUBBY cakap maybe sebab hujung bulan kot..hehehe..haa, malam besok mesti orang ramai sebab pay day..hehehe..pandai je Mr.HUBBY ni tau duk wat andaian sendiri..then kami pun start mengorder..sy nak teh o ais+mee goreng basah..while Mr.HUBBY pulak tembikai laici+mee goreng..Mr.HUBBY kalau datang sini je yang order tembikai laici..kalau dekat tempat lain tak de pulak nak order tembikai laici..then kami order satay 15 cucuk..daging 10+ayam 5..cukup la untuk kami makan..:)..

Rasa sedap dan puas sangat dapat makan satay malam ni..hehehe..terima kasih suamiku sayang busyuk masham..:)

Tembikai laici + teh o ais
Mee Goreng Basah
Yeaayyy, satay..:)
Mr.HUBBY yang kebulur..hehehe..

Wednesday, March 23, 2011

::CONFIRM, MY LIL HERO!!::

Tengahari tadi, after lepas sesi mengubah suai our bedroom, baru sy terasa cam pedih sikit dekat perut ni..hmmmm..sy wat keja berat maybe..ye la, mengubah suai bedroom..then Mr.HUBBY ajak g klinik..check up..takut kalau effect pape dekat BABY..sambil tu membebel jugak la suami sy tu..terpaksa la sy ni mendengar bebelan future PAPA ni..ye la, tapi salah sy jugak..diam sudaaa..janji puas hati dapat ubahsuai bilik..:)..

Kami pun ke Klinik Pakar Sakit Puan dan Perbidanan di Fair Park..seronok jugak check up ni..boleh terjah Lil BABY inside..dah lama jugak tak terjah BABY ni..hehehe..sebulan dah rasanyaa..now sy dah masuk 6 bulan..masa scan tu, best je tengok Lil BABY duk kodek-kodek lam perut sy yang comel ni..tangan and kaki tu tak tau duk diam langsung..hehehe..BABY OK..tak de masalah..kepala BABY pun turun duk bawah OK je..then doc cakap "BABY BOY ni"..:)..3x doc ulang benda yang sama sebab nampak dengan jelasnya konet BABY tu..hihihihi..tak malu la anak mama+PAPA ni..:)..actualy kami dah tau jantina BABY ni masa scan perut 5 bulan lagi..tapi scan kali ni mengompomkan lagi la..:)

After scan, doc cakap due date sy adalah pada 27 Jun ni..huisshh, dah makin cepat pulak due date ni..dulu 13 Julai, then 10 Julai, then 7 Julai..now the latest is 27 Jun..hehehe..ni yang wat sy rasa nervous jugak ni..doc cakap due date ni ikut perkembangan pembesaran BABY..tak pe la, keluar awal ke, lambat ke, yang penting My Lil HERO ni sihat sempurna hendaknya..:)..

Mr.HUBBY cepat je call MY GORGOUS MOM IN LAW citer hasil scan tadi..Ibu cakap ibu rasa pun kami akan dapat anak lelaki..sebab ibu pernah mimpi..:)..then cucu sulong ibu dan ayah dah tentunya My Lil Hero..:)..keturunan kuat tu..sebab Mr.HUBBY pun anak lelaki sulong dalam family..:)..

Sy dan Mr.HUBBY bersyukur sangat dengan Anugerah ALLAH Terindah ni..:)..My Lil Hero..


::SESI UBAHSUAI BEDROOM::

Bangun pagi ni dengan perasaan yang penuh semangat..hehehe..rasa cam nak ubah suai je kedudukan perabot dalam our bedroom ni..dah jemu la sy tengok..barang-barang ni asyik kedudukan yang sama je..sy pulak jenis suka ubahsuai rumah..hehehe..tapi sejak preggy ni dah tak leh nak aktif-aktif dan angkat berat sangat dah..

So, bangun je terus sy breakfast..Mr.HUBBY pulak tak de, so senang la sikit,,tak payah nak kalut siapkan brekafast untuk Mr.HUBBY..breakfast sy hari ni ialah milo panas+roti+biskut..lepas breakfast, sy terus memulakan operasi mengubah suai dalam kamar tidur kami tu..tp sy juz ubah yang ringan-ringan je la..biar lagi nampak cantik dan menarik..baru la best..tenang je bila bedroom kita nampak cantik kan..walaupun perabotnya bukan dari barangan yang mewah..juz cukup untuk memberi keselesaan kepada kita kan..

Sy dah set yang nak jadikan bilik kat atas yang satu lagi ni sebagai wardrobe room n also bilik solat..dah lama dah niat ni ada, cuma semangat dan kekuatan je tak de..hehehe..so, hari ni bila semangat tu muncul, ape lagi, teruskan misi je la..sy pindahkan semua baju-baju, drawer baju ke bilik sebelah..cuma almari je tak leh nak ubah lagi coz almarinya besar..so memerlukan tenaga yang ramai..kalau ada MR.HUBBY pun belum tentu lagi almari ni boleh diubah..x pe la, slow-slow..

Lepas sesi pemindahan, sy susun-susun balik kedudukan perabot dalam bilik wardrobe kami tu..susunan baju juga mengikut keutamaan..iron board pun sy dah bawa naik ke atas..sebelum ni iron board duk lam bilik tetamu dekat bawah..lepas dah puas hati semua dengan kedudukan masing-masing, baru la senang hati sy..:)..so, bedroom kami sekarang ni cuma tinggal katil, meja solek, almari baju and meja sudut katil..so nice..tak la nampak semak sangat..nampak cam luas je bedroom kami tu..

Sekarang baru sy puas hati dengan sesi ubah suai bedroom kami ni..:)..SUKA, SUKA, SUKA..Mr.HUBBY balik tengok terkezut jugak dengan pengubahsuaian yang sy wat sorang-sorang..cuma Mr.HUBBY cakap sy ni degil tak nak tunggu dia balik..nak ubah jugak barang-barang tu..dia risaukan sy and kandungan..takut effect pape dekat our BABY..tak pe, sy rasa OK je..cuma cekang-cekang perut tu biasalah kan..:)..yang penting, sy suka and seronok hari ni..new look of our bedroom..:)

Tuesday, March 22, 2011

::HUJAN MALAM::


Hujan turun dengan sangat lebat malam ni..dari senja lagi..hmmmm..tapi hujan kan adalah satu rahmat dari Ilahi..sebagai bekalan air untuk kegunaan kita dan jugan untuk menyuburkan tanaman dan tanah..memang lebat sangat hujan malam ni..tapi nasib baik Astro tak de masalah..boleh je tengok..kalau tak, memang bosan la jugak malam ni kan..dah la line broadband ni asyik-asyik putus je..hmmm..

Kalau ikutkan perancangan tu, malam ni sy nak ajak Mr.HUBBY pegi makan satay..cam teringin pulak nak makan satay..kami dah rancang nak ke Dataran Bandaraya Ipoh..memang sedap satay dekat situ..and kami pun always ke sana..tapi nampaknya terpaksa cancel la sebab hujan..lagipun gerai di dataran tu konsep open air..hehehee..sure kebasahan dalam hujan la kalo nak makan jugak..entah-entah diorang tak jual ape malam ni..maybe lain kali sy boleh jugak makan satay kat sana..tak de rezeki lagi malam ni..

Then Mr.HUBBY cakap "wat nasi goreng je la malam ni syg"..OK JER.."tapi Mr.HUBBY yang masak ye malam ni..:)..syg nak jadi permaisuri"..hehehe..so, Mr.HUBBY memulakan tugasnya sebagai seorang chef..hehehe..mungkin hanya untuk sy dan anak-anak je makan..dinner kami malam ni ialah nasi goreng kampung+telur dadar+milo panas..FUHHH!!!..sedap la pulak makan hujan-hujan ni..tapi memang la sedap kalau orang lain tolong masakkan untuk kita kan..hehehee.."TQ ye Mr.HUBBY masakkan untuk dinner kita tadi..syg and BABY kenyang sangat-sangat"..

::LUNCH K.A.M.I::

Yeeaayyy, tengahari ni rasa cam nak makan tomyam la..tetiba plak mulut ni..selalunya nasi wif tom yam ni akan jadi santapan malam sy and Mr.HUBBY..so, lepas Mr.HUBBY balik dari latihan kawad tu, Mr.HUBBY cakap tak lapar lagi..sy pun..still kenyang setelah tak tau berapa keping roti telah sy makan pagi tadi..hehehe..kalo 1 plastik tu, untuk 1 hari pun boleh sy habiskan..makan berdua dengan BABY inside..BABY inside ni la makan banyak betul..hehehe..kalau sy makan sikit, dia akan godek-godek je lam perut sy ni..bila sy makan banyak baru dia diam then lepas tu baru start senaman..hehhee..chomel je BABY ni tau..:)..

Sekarang ni pulak Mr.HUBBY ada latihan kawad sempena hari polis nanti..so, setiap pagi Mr.HUBBY kena bangun awal..kalau sebelum ni ikut shift ada hari jugak yang Mr.HUBBY bangun lewat..Lepas balik dari latihan kawad tu, Mr.HUBBY nak rileks-rileks kejap..ye la, cian pulak sy tengok suami sy tu..muka dan tangan pun dah hitam..hehehe..terbakar panas..:)..sy suka..Mr.HUBBY pulak muncungnya 4 inci kalau sy cakap dia dah gelap sikit..hehehe..elelele, merajuk pulak PAPA encem ni tau..:)

"Tengahari ni nak makan ape sayang??"..entah la..sy sj je tak nak suarakan hasrat hati sy ni yang nak makan tomyam..hehehe...biar la Mr.HUBBY teka.."pizza nak??"..TAK NAK!!!.."Mc.D nak??"..TAK NAK!!!.."habis tu syg nak makan ape??"..TAK TAU..Mr.HUBBY pun cam dah blur sy nak makan ape..selalunya kalau fast food ni sy memang laju je nak..tapi kali ni tak nak pulak..sekarang ni Mr.HUBBY pun dah kena ikut selera sy nak makan ape..hehehe..x pe la, siap je la..then baru kita kuar.."kita makan dekat Kedai Areya Tom Yam ye.."..hiiiiiii..senyum je sy bila Mr.HUBBY cakap camtu..SUKA, SUKA, SUKA..sy nak makan nasi putih+tomyam campur+kailan ikan masin+telur dadar+sambal belacan+ulam timun...hehehehe..

Thanks Mr.HUBBY sebab bawa sy makan tom yam tengahari ni walaupun sy tak cakap..pandai la Mr.HUBBY rasa ape yang sy nak makan..hehehehe..sedap!!!sampai licin kami makan..sebelum tu kami ada beli kuih seri muka and kuih talam..Mr.HUBBY cakap sedap..thats why la sy pun nk cuba..kami beli then makan je terus dekat kedai makan tu..tapi ternyata la memang sedap kuih seri muka tu..:)


Mr.HUBBY sy yang dh gelap sikit..hehehe..
Teh O Ais+Fresh Oren
O.U.R lunch
Ni la Kuih Seri Muka yang sedap tu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...