Tuesday, March 15, 2011

::SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN::


Hari ini adalah 15 Mac 2011..dan pada hari ini jugak la MY LOVELY PARENTs IN LAW disatukan 26 tahun yang lepas..so, hari ni ayah dan ibu menyambut ulang tahun hari perkahwinan mereka..kiranya ulangtahun perkahwinan jubli perak la ye sebab dah melebihi 25 tahun..huhhuhu..dan sy pulak pada tahun ni turut ingin mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan buat ayah dan ibu..tahun ini sy sebagai seorang menantu kepada pasangan ini..

Semoga ayah dan ibu kekal bahagia buat selamanya..hingga la ke akhir hayat masing-masing..hidup dalam kerukunan rumahtangga sentiasa..ayah dan ibu masing-masing tabah dalam menghadapi dugaan dan cabaran hidup..kami anak-anak juga akan sentiasa menjadikan ayah dan ibu sebagai contoh yang terbaik dalam meniti kehidupan masing..baik kakak, b.ngah, pah, abg chik dan azim..

Sy juga kalau boleh akan menjadikan semangat ayah dan ibu sebagai pengajaran sy dalam meniti kehidupan ni sebagai seorang isteri kepada anak ayah dan ibu..ayah dan ibu juga menerima kehadiran sy dengan hati dan tangan yang terbuka..sy bersyukur kepada Yang Maha Esa kerana mengurniakan sy ayah dan ibu mertua yang sangat memahami, sporting dan menerima sy seadanya sebagai salah seorang daripada ahli keluarga mereka..

Sy dan Mr.HUBBY jugak selalu cakap akan menjadikan ayah dan ibu idola untuk kami memesarkan anak-anak kelak..banyak yang sy dan Mr.HUBBY belajar daripada ibu dan ayah..Mr.HUBBY cakap dia akan cuba jadi seorang PAPA yang macam ayah..tegas tapi tetap berlembut dan pandai mengambil hati anak-anak..sy pulak akan cuba menjadi seorang mama yang terbaik untuk anak-anak kami seperti ibu..sy jugak akan belajar untuk menjadi seorang yang sangat-sangat penyabar seperti ibu dalam menghadapi liku-liku kehidupan ni..sebagai seorang isteri kepada suami sy, mama kepada anak-anak sy, anak kepada MY LOVELY MOM, menantu kepada ayah dan ibu, kakak kepada adik-adik sy, adik ipar kepada Sis dan kakak ipar kepada adik-adik ipar sy..

Dan pada tahun ini jugak, InsyaALLAH ayah dan ibu akan bergelar datuk dan nenek..:)..coming soon..Mr.HUBBY pernah cakap nanti ayah akan jadi atuk yang always SMART and ibu pulak nenek yang always VOUGE..hehehe..:)..pah & b.ngah sayangkan ayah dan ibu..
SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG KE 26 UNTUK AYAH DAN IBU..

kenangan di majlis perkahwinan K.A.M.I

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...