Monday, March 31, 2014

::DAPUR : KONSEP BUNGA ROS::

Assalamualaikum dan selamat pagi.. hari ni hari Isnin, permulaan bekera selepas bercuti 2 hari.. minggu ni aktiviti sabtu ahad memang padat sangat.. hehehehe.. tak duduk rumah sangat pun.. keluar siang, balik rumah dah malam.. hehehehe.. bukan ape, bawa Ajeeq jenjalan outing dikala Mr.DADDY tak kerja..:)..

So berbalik kepada tajuk entry, kali ni nak mengupdate tentang dapur.. dah lama rasanya tak update tentang cerita rumah atau susunatur atau yang seangkatan dengannya.. hehehehe.. lately ni minat mommy kepada konsep bunga ros makin menebal pulak dalam diri.. Vantage ala English Style.. hehehehe.. tapi tak de la semua benda konsep bunga ros ni.. mommy just beli yang mana mommy rasa perlu digunakan je.. bukan beli sekadar untuk hiasan.. rasanya lebih berbaloi kalau beli dan guna hari-hari.. daripada beli dan duk hias je.. hehehehe.. itu bagi pendapat mommy la.. lain orang lain pendapat, lain citarasa..

Jom kita tengok apa yang ada bila berkonsepkan bunga ros ni..:)..

set mug untuk kegunaan harian 
bekas beras
bekas garam, kunyit, asam jawa
set pinggan kegunaan harian
bekas teh, milo, gula, nestum
Haaa itu je la yang berkonsep bunga ros yang ada dekat dapur mommy tu.. hehehehehe.. baru permulaan kot.. lepas ni nak beli pinggang lagi, buat simpanan kalau ada tetamu yang bertandang ke rumah kami.. Hari Sabtu minggu lepas, sekali lagi ajak Mr.HUBBY ke Romantika, nak tengok-tengok frame kalau ada yang berkenan, nak letakkan pada dinding dapur.. Alhamdulillah dapat jugak frame dengan harga yang murah.. hehehehe.. jadi ler.. bukannya nak beli yang mahal-mahal..:)..

ni ler frame tu.. mommy beli dua design yang sama
pandangan dapur dari pintu bilik air, sebab nak bagi nampak frame baru yang tergantung tu.. hehehehehe..

Thursday, March 27, 2014

:: DINNER IKAN SUNGAI ::

Ini adalah entry kedua untuk harini..:).. arini tak busy sangat, so boleh la mengupdate diary ni.. ini cerita minggu lepas, hari sabtu, Ibu Pengasuh Ajeeq bagi ikan sungai.. Ayah pergi memancing, so Ibu kongsikan rezeki itu dengan kami sekeluarga.. Alhamdulillah, dapat jugak kami makan ikan talapia goreng garing-garing.. sungguh sedapp..:)..

So haritu mommy just masak ayam goreng kunyit je.. plus dengan ikan talapian goreng.. cukup la untuk kami 3 beranak makan..:).. then mommy rebuskan jagung yang beli di Cameron.. Ajeeq memang suka makan jagung.. bila mommy dah siap hidang Ajeeq cakap " daddy, tak mau amik na ".. amboiii siap pesan Mr.Daddy tak bagi Mr.Daddy ambil..





Lepas selesai makan, mommy meneruskan aktiviti nak siapkan bungkusan nak dihantar dekat Mak Tok.. Ajeeq pulak keciwi dengan kotak yang dah mommy siapkan.. hehehehe..





Nasib baik la bukan barang mudah pecah anak oiii.. hehehehe..

::SELAMAT PENGANTIN BARU AISHAH & ANUAR::

Assalamualaikum dan selamat pagi.. 1 negara masih lagi mood bersedih selepas Tragedi MH 370.. tapi mommy nak gak share percutian kami sekeluarga ke Rompin, Pahang.. kami bercuti sebabnya majlis menyambut menantu dipihak pengantin lelaki pulak.. Sebenarnya pengantin adalah anak saudara mommy.. kenduri sebelah pengantin perempuan pada 8 Mac yang lepas.. 

Kami gerak dari Ipoh hari Jumaat, stay rumah abang mommy di Gombak, hari sabtu baru konvoi reramai ke Rompin.. Perjalanan Gombak - Rompin memang jauh, hampir 7 jam perjalanan.. merentasi Kuala Pilah, Felda Palong, Felda Keratong, Bandar Muadzam Shah, baru sampai Felda Selendang, Rompin.. Jalan memang berliku-liku, mendaki bukit, kiri dan kanan memang ladang kelapa sawit je..

Tapi Alhamdulillah kami selamat pergi dan selamat balik walaupun macam-macam dugaan menimpa.. tersesat jalan la, tayar salah sebuah kereta konvoi pancit la.. namun ALLAH telah permudahkan semuanya.. jom layan gambar-gambar sepanjang majlis..


















Untuk Aisyah & Anuar,

Selamat Pengantin Baru Mak Usu ucapkan.. semoga kekal bahagia hingga akhir hayat.. tabah dalam mengharungi dugaan hidup di alam rumahtangga.. kena sabar banyak-banyak.. dan semoga dapat baby cepat-cepat..:)

Thursday, March 20, 2014

:: JENJALAN CAMERON HIGHLANDS::

Ceritera hujung minggu yang lepas.. lamanya baru nak update bersecita dalam blog ye.. bukan apa, kesibukan melanda diri dikala di pejabat, sampaikan tak mampu nak mengupdate blog kesayangan ni.. hehehehehe.. cewaaaahh, panjang alasanya.. tak pe la, moh kiter ke cerita yang sebenar..

Kejadian hari Sabtu yang lepas, kebetulan Mr.HUBBY tak kerja, bangun tidur, terus tanya Mr.HUBBY " daddy, jom pergi Cameron nak??".. Mr.HUBBY pun apa lagi, terus menyatakan persetujuan.. hehehehehe.. terus bangun dengan cergasnya, sebab nak berjenjalan, memang happy la.. hehehehe.. terus siap-siap, then terus gerak.. Sebelum tu singgah breakfast dekat kedai mamak jap..:).. itu la yang paling senang dan cepat dikala nak berbreakfast ni.. Ajeeq mommy bagi makan roti jagung gardenia je.. Ajeeq pun suka dengan roti tu..:)..



So perjalanan kami ditemani dengan hujan yang renyai-renyai.. memang sejukk sepanjang jalan ke Cameron, then bila sampai ke Berinchang, fuhhh siap dengan kabus lagi.. errmmmm bestnyerr kalau kat Ipoh pun sejuk cenggini..:).. udara pun nyaman je..:).. sampai je kami terus cari kedai makan, sebabnya Mr.HUBBY dah lapar.. alasannya kerana makan roti telur sekeping je masa breakfast.. huhuhuhu.. kami singgah lunch di food court di Tanah Rata dulu, siap makan, jenjalan kejap dalam cuaca yang sejuk tu.. posing-posing, ambil gambar dulu..:)..




Dah makan, kami jenjalan lagi.. pergi kebuh strawberry, beli buah strawberri segar, yang kering pun beli.. sedapnyaaaa makan buah strawberri fresh.. Ajeeq pun kemain suka lagi..:).. 2 bekas dia sorang makan.. then kami singgah beli sayur.. jagung, kubis, sawi, lobak, tomato.. semua jenis sayur la.. hehehehee.. gambar yang kat bawah ni, pemandangan berhadapan dengan kebun strawberri yang kami pergi tu..:).. sejukk + nyaman..



Then las port ialah Taman Lavender.. uiiii memang cantek dalam tu.. penuh dengan bunga-bunga..:).. last pergi 3 tahun lepas macam tak de lagi Taman Lavender ni.. 










Puas berjenjalan dalam tu, posing-posing ambil gambar, kami teruskan perjalanan balik Ipoh..  Ajeeq yang paling suka sekali dalam Taman Lavender tu.. ada macam-macam patung kartun yang diorang buat nak tarik minat budak-budak.. sampaikan tak nak keluar la anak mommy tu..huhuhuhu..Walaupun sekejap pergi, tapi best dapat meluangkan masa berjenjalan dengan keluarga yang dicintai..:)..

Thursday, March 13, 2014

::MENU ~ KARI SALMON::

Assalamualaikum dan selamat pagi.. mulakan kerja pagi dengan penuh senyuman.. entry nak menceritakan dinner semalam.. hehehehe.. dinner semalam pun nak bercerita.. ehhh, kategori harus jugak untuk diceritakan.. hehehehe.. semalam tengahari time rehat mommy dengan Mr.HUBBY sempat pergi Mydin jap, nak beli barang dapur.. topup mana yang dah habis.. lepas makan, kami terus ke Mydin..


Balik kerumah seperti biasa, mommy perlu menjalankan tanggungjawab terhadap anak dan suami.. ececececece.. minggu ni rajin nak memasak untuk dinner.. sebab minggu lepas asyik beli makanan kedai je.. rasa bersalah pulak dekat Mr.HUBBY dan Ajeeq.. hehehehe.. semalam mommy masak sardin while Mr.HUBBY tolong gorengkan telur.. so malam ni Mr.HUBBY nak makan ikan salmon masak kari.. jom layankan je tekak Mr.HUBBY tu..:).. hehehehe.. 


Cukup la 2 slice untuk kami 3 beranak makan.. ikan salmon kan besar.. ini pun dah lebih dari cukup..:)..

sambal belacan dah tak tinggal sekarang ni..:)
kari salmon with terung

balance lauk sardin semalam.. join sekali ye.. untuk dihabiskan

Alhamdulillah Mr.HUBBY cakap sedap..:).. sampai 2x tambah nasi.. Ajeeq pun sama 2x tambah nasi makan.. suka mommy tengok Mr.DADDY dengan Ajeeq suka dan makan apa yang mommy masak..:).. tak terungkap dengan kata-kata.. nasib la semalam memang mommy masak lebih..:).. Alhamdulillah dengan rezeki Allah untuk kami sekeluarga..:)..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...