Tuesday, November 26, 2013

::Lagi CERITERA PEMANIS 27::

Lagi entry untuk ceritera pemanis 27 mommy.. hehehehee.. cam banyak pulak entrynyaaaa.. padahal tak de ape pun..:).. jom layan gambar.. hari rabu yang lepas, mommy turut dapat bunga daripada Mr.HUBBY.. pemberian ikhlas Mr.HUBBY sempena harijadi mommy.. ehehehehe.. suka, suka, suka..:).. maklum la jarang-jarang sekali dapat bunga.. tima harijadi dengan ulangtahun perkahwinan je.. hehehehe..





Terima kasih untuk Mr.HUBBY yang tersayang.. diatas pemberian bunga dan jugak ucapan itu.. :)..Kemudian kami makan-makan lagi.. sesi menggemukkan badan.. hehehehe..







Wednesday, November 20, 2013

::CERITERA PEMANIS 27::

Ok, next entry untuk ceritera pemanis 27 mommy..:).. kali ni kami celebrate awal sikit birthday mommy.. awal 1 hari je.. :).. tak de la nak celebrate ape sangat, just keluar dating berdua je dengan Mr.HUBBY yang tercinta..:).. then Mr.HUBBY turut hadiahkan sesuatu untuk mommy.. hehehehe.. sesuatu yang mommy suka dan sesuatu yang mommy nak sesangat.. nanti kiter story ok..

Kali ni lunch berdua je, kebetulan Mr.HUBBY offday.. sebabnya pada hari ni Mr.HUBBY kerja, so memang dah tak boleh nak lunch sesama, then malamnya pulak office mommy ada operasi, so memang tak boleh nak dinner bersama-sama.. diatas faktor kerjaya masing-masing.. so kami decide untuk lunch awal la..:).. mommy tak kisah, apa-apa pun ok je..

disini la kami lunch sesama
my man


birthday girl
makan kek sepotong kongsi 2 orang.. hehehe.. feeling romantik gitu
wanita pemanis 27
chocolate indulgence tetap menjadi pujaan hatiku

Kami makan-makan, kami sembang-sembang, kami gurau-gurau.. semua itu membuatkan kami bahagia seadanya kami.. mommy bersyukur punya suami sebegitu.. walau hidup serba sederhana, tidak mewah tapi hidup ini ceria disisi suami terchenta..

mommy punyer
Mr.HUBBY punyer
Dan ini lah hadiah yang dapat daripada Mr.HUBBY.. hehehe.. jom kita tengok isi dalamnya..


purse Elle
Tadaaaaaa, disebabkan purse lama dah terkoyak rabak, time nak keluarkan duit pun malu nak keluarkan purse.. hehehehe.. ini je yang mommy nak buat masa terdekat ni..:).. harga?? biarlah rahsia.. siapa yang nak tau, pergi la butik Elle yang berhampiran dengan anda.. hehehehe..

Untuk Mr.HUBBY, terima kasih untuk lunch dan hadiah untuk mommy.. walaupun birthday sebelum gaji.. hihihihi.. I Love You So Much Hubby.. mmmuuuaaaahhhh..:)

::HARI INI ~ PEMANIS 27::

Alhamdulillah hari ni genap 27 tahun usia mommy ye.. ermmmm, dah semakin bertambah usia, dah semakin matang untuk melalui kehidupan di dunia ni.. dan dikala usia ni mommy bersyukur punya segalanya yang indah-indah dalam hidup mommy.. punya keluarga yang sentiasa menyayangi mommy, punya suami yang mencintai mommy, punya anak yang merupakan penyeri dan amanah dalam hidup mommy..

Sungguh kebahagiaan itu milik mommy dikala ini.. dulu mak dan arwah walid yang membahagiakan mommy, now turn Mr.HUBBY pulak membahagiakan mommy seadanya, semampunya Mr.HUBBY.. Syukur teramat kepada Ilahi diatas segala nikmat yang mommy dapat hari ni..

Dan hari ni banyak dapat wish selamat hari jadi melalui FB.. terima kasih untuk kawan-kawan dan ahli keluarga yang ucapkan dan mendoakan kesejahteraan hidup mommy.. 


Dikala hari lahir ni, mommy cuma mendoakan untuk diri sendiri, moga ALLAH kekalkan kebahagiaan ini menjadi milik mommy selamanya.. murahkan rezeki kami sekeluarga.. juga sentiasa dirahmatiNya sentiasa.. Aminnn..

Tuesday, November 19, 2013

::SESI MENGEMBIRAKAN HAZEEQ::

Ini aktiviti malam minggu yang lepas.. lepas Mr.HUBBY dan Ajeeq datang ambil mommy yang habis bertugas di UTC, saja mommy ajak Mr.HUBBY bawa anak jenjalan tengok air terjun warna warna di Dataran Stesyen Keretapi.. orang ramai kalau malam minggu..

Ajeeq pun apa lagi, gembiranya bukan kepalang la.. bila nampak air-air terjun yang berwarna warni tu.. memula dia tengok je, lelama, nak basuh tangan la, nak basuh moto mainan la.. last-last basah abis.. acctualy ramai bebudak yang main air ni.. habis basah la.. lepas ni kalau nak datang kena bawa baju spare..:)..










Masa nak balik, Ajeeq still lagi tak nak balik, terpaksa Mr.HUBBY dukung paksa masuk dalam kereta.. so ape lagi, berdrama airmata la Ajeeq.. menangis kemain kuat lagi..:).. habis semua orang tengok dia.. hehehe.. tak maluuuu la anak mommy..

Friday, November 15, 2013

::CERITA HARI INI::

Selamat petang semuaaaa.. hari ni ni diary online ni bersiaran daripada UTC Ipoh.. mommy bertugas disini petang ni.. sampai la pukul 10.00 malam jap lagi..  bosannyaaaa laaa. lepak kat rumah dengan famili lagi best kot.. tapi apakan daya, saya yang menurut perintah.. huhuhuhuhu.. so memandangkan harini akan bertugas sehingga malam, terus mommy ambil time off awal-awal pagi tadi.. masuk kerja selepas time rehat.. tak de la lemau sangat rasanya..

So tengahari tadi sempat la masak-memasak untuk lunch dengan Mr.HUBBY sebelum solat jumaat.. hari ni Mr.HUBBY masih lagi cuti sakit.. nak dijadikan cerita semalam Mr.HUBBY ku sayang muntah-muntah cirit birit.. food poisoning la kot.. dapat la cuti sakit 1 hari.. so tengahari ni mommy masak la untuk suami tersayang..  so ini je menu kami tengahari tadi.. masak yang simple-simple je.. main campak-campak, terus siappp, terus hidang, terus makan.

kacang buncis goreng 
ayam kicap halia
Itu je menu yang paling cepat dan senang nak dimasak.. kalau nak bersambal ke, berkari ke, berasam pedas ke, bermasak lemak ke, tunggu la hari minggu ye.. hehehehee..

Selesai masak terus makan, sebab Mr.HUBBY dah lapar.. selesai makan, mommy layan lagu hindustan jap.. filem Dulhan Hum Le Jeyenge.. lagu-lagu filem ni semua mommy suka.. ditambahkan lagi dengan pelakon kegemaran mommy.. Salman Khan dan Karishma Kapoor.. layaaaannn laaaaa..











Filem ni mommy layan masa zaman sekolah dolu-dolu.. with my best friend.. petang-petang je kami akan layan lagu-lagu ni.. hehehee.. terimbau pulak kenangan lama.. Now berbalik kepada cerita sekarang di UTC.. mengantuknyaa laaa haaiii.. tadi sibuk settlekan SKT dalam HRMIS.. nasib la line HRMIS laju petang ni.. dah sama laju macam FB.. baru la best nak settlekan kerja.. hehehehe.. 


Itu dia peneman mommy disini.. air mineral, air laici dan waffle.. nyummmmii.. boleh la makan alaskan perut sementara nak tunggu Mr.HUBBY datang ambil malam ni..  haaiiii la masa, lambatnya berjalan..

Wednesday, November 13, 2013

::MENU ~ SAMBAL TEMPE::

Salam tengahari.. alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menghapdet diary online kesayangan ni.. heheheehe.. segala-galanya dicoretkan disini..:).. kali ni nak cerita semalam punya resepi dinner kami sekeluarga.. sebelum ini memang Mr.HUBBY duk suruh mommy belajar nak masak sambal tempe.. senang je katanya.. so last yang balik rumah nenek Mr.HUBBY haritu, terus la mommy belajar nak buatnya macam mane.. sebabnya Mr.HUBBY suka sangat dengan sambal tempe ni..:).. especially nenek buat, sedap sangat katanya..:)..

So semalam lepas balik kerja, terus shower then ambil Ajeeq dari rumah pengasuh, terus start dengan acara masak-masak.. hehehe.. punya la nak cerita padahal masak tempe je kot.. hehehehe.. Ajeeq pulak mommy bagi tengok Upin Ipin, so dapat la mommy masak dengan tenangnya.. so, masak ni memang sepenuhnya mommy ikut yang cam nenek buat la.. harap-harap rasanya pun sama la ye.. hehehehe..

kacang tanah digoreng dulu
ok, tempe digoreng sebegitu rupa..
then gorengkan
then ikan bilik pun goreng, then campurkan sekali semua
then masak la sambal nyerrr.. sila abaikan periuk yang hitam legam itu..huhuhuh..
taraaaa, dah siap..
lauk tambahan adalah ayam goreng
Semalam Mr.HUBBY habis kerja pukul 7 petang, dup dap dup dap sementara tunggu Mr.HUBBY balik nak makan malam.. hehehe.. ye la, 1st time try ni.. harapnya menjadi dan sedap la macam nenek buat.. takut tak jadi sebab tangan mommy selalu masak masakan siam, kalau masakan jawa, ni la baru permulaan.. hehehehe..

Dan feedback daripada Mr.HUBBY , Mr.HUBBY cakap " sedap, kiranya jadi la mommy masak sambal tempe ni ".. hehehehe.. huhuhuhu.. tak tau la macam masa rasanya sebab mommy memang tak makan tempe.. semalam pun duk kutip ikan bilis dengan kacang tanah je.. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...