Tuesday, April 30, 2013

::TAKLIMAT HOME HELP.. HELP, HELP, HELP::

Assalamualaikum.. nak jugak masukkan entry yang dah basi ni ye.. hehehe.. tak pe la, yang penting mommy suka.. :).. entah kenape semenjak dua menjak ni asyik busy memanjang.. mengalahkan orang nak bertanding pilihanraya.. hehehehe.. sampaikan nak update blog pun tak sempat.. boleh menjenguk je.. untuk make sure yang blog mommy ni tak bersawang.. at least singgah jugak la.. kih kih kih.. 

Hari ni Isnin selasa, hari mommy puasa.. hehehehe.. Yeayyy, semangat untuk ganti puasa tetap berkobar-kobar.. hari tu dah start, tengok-tengok Cik P pulak datang.. faham-faham la bila dah berhenti tu susah sikit nak sambung balik.. now, bila dah start sambung puasa, harapnya boleh bertahan la mommy ni sampai la habis.. balance tinggal 37 hari lagi..

So berbalik kepada entry, nak upload gambar mommy berkursus hari tu.. dengan kawan-kawan officemate.. disebabkan tahun ni tak de kursus lagi, so memang kena pergi la.. lagipun kalau kursus yang jauh-jauh tak boleh nak attend.. sebab tak nak berjauhan dengan Ajeeq.. huhuhuhuhu..







Kami berkurus Home Help untuk sukarelawan JKM.. so dapat la bertambah pengetahuan mengenai Home Help.. yang bestnya kursus ni semua geng-geng kamcing yang pergi.. hehehe.. untung laaaaaa..

Wednesday, April 24, 2013

::REUNION WITH LAKSA::

Assalamualaikum selamat pagi semua.. mulakan pagi anda dengan senyuman yang paling manis ye..:).. semalam memang busy sesangat, sebab ada payment bantuan.. hmmmmm.. rutin bulanan yang perlu dilakukan.. gitu la kejanya di JKM ni.. bayar bantuan.. semalam sampai nak boleh nak berwe chat langsung dengan kawan-kawan.. hehehe.. balik rumah baru lapor diri.. hehehee..

Hari ni pun busy jugak.. tapi boleh la meluangkan masa depan komputer untuk mengupdate diary online kesayangan ni.. hehehehe.. tak nak bagi berhabuk.. sayangggggg..

Entry kali ni nak bercerita tentang aktiviti minggu lepas.. aktiviti bersama kawan-kawan tersayang.. kan mommy dengan Ajeeq balik Perlis.. so boleh la melepak dengan kawan-kawan.. so kami semua berkumpul rumah Zilah.. mommy, Zilah, Wana dan Wani.. Zilah dah siap masakkan laksa untuk kami semua.. bestnyaaaaa.. bukan selalu nak dapat kumpul ramai-ramai, makan sama-sama.. bersembang-sembang.. mommy pergi dengan Ajeeq, Pn. Bonda dan Ami Buele.. lagi ramai lagi best kan..
























Makan sampai sengkak perut.. kenyang, padat dan sendat.. hehehehe.. yang pasti semua orang tegur badan mommy dah bam bam.. hehehehe.. maknanya dah makin berisi.. kena diet la lepas ni.. hehehehehe..

Thursday, April 18, 2013

:: HAPPY 3rd ANNIVERSARY::

Alhamdulillah Bersyukur kepada ALLAH S.W.T kerana perjalanan hidup mommy dengan Mr.HUBBY kini telah 3 tahun.. Jodoh yang sememangnya terbaek untuk diri ini..:).. 3 tahun lepas 18 April 2010, mommy di ijabkabulkan dengan lelaki yang mommy sayangi dan cintai dengan sepenuh hati.. masa tu hanya ALLAH je yang tau perasaan kami suami isteri.. lepas dinikahkan.. macam tak percaya je.. ye la, percintaan selama 5 tahun diakhiri dengan ikatan perkahwinan.. perkahwinan yang direstui oleh kedua ibu dan bapa kami. perkahwinan seawal usia kami 23 tahun.. Alhamdulillah, insan yang mommy sayang dikala umur mommy 18 tahun akhirnya adalah lelaki yang ALLAH dah tetapkan untuk mommy..



Now selepas 3 tahun kami bergelar suami isteri dan melayari bahtera perkahwinan dengan penuh saat bahagia.. setiap saat kami sentiada gembira dan bersyukur dengan apa yang kami ada.. dalam hubungan suami isteri, ada juga masa dan ketikanya yang adegan-adegan merajuk dan terasa hati, tapi semua itu mengajar kami untuk lebih matang dalam melayari bahtera perkahwinan.. 


Kini kami punyai Cahaya Cinta kami, Anugerah Terindah kami.. Amanah buat kami, yang perlu dijaga, yang perlu dididik dan yang perlu dibesarkan.. Insyaalllah mommy dan Mr.DADDY akan buat yang terbaek untuk Ajeeq.. mommy dengan Mr.DADDY sayangkan Ajeeq lebih dari segala-galanya.. hanya Ajeeq harta yang mommy dan Mr.DADDY ada..



Terima Kasih Ya ALLAH kerana telah memberikan kehidupan yang sempurna untuk kami sekeluarga.. walaupun kami hidup bersederhana, namun kami cukup segala-galanya.. kami tak pernah menyesal dengan ape yang kami ada.. Moga Engkau tambahkan lagi Nikmat-Mu untuk kami sekeluarga.. Aminn Ya Rabbal Alamin..

Thursday, April 11, 2013

:: DAPURKU YANG SENTIASA COMEL::

Alhamdulillah selamat pagi.. pagi ni mommy masih lagi bekerja seperti biasa.. dan dah siap bersarapan.. menunya ialah lontong.. nyummmiii.. sedap sangat..:).. serius mommy uska dengan lontong di kedai yang satu ni.. hehehe.. bila perut kenyang, mata pun layu je.. tapi kerja tetap perlu diteruskan.. hehehehe..

Kali ni entry nak share tentang salah satu bahagian rumh yang menjadi feveret mommy.. dan kesinambungan daripada tajuk tu, hehehe.. adalah beberapa pujian yang diterima daripada kawan-kawan dan keluarga yang datang ke rumah kami.. hehehe.. kembang sekejap.. sampaikan Pn. Bonda kalau nak memasak di rumah, Pn. Bonda cakap susah nak cari barang, sebab mommy simpan.. hehehe..

Walaupun mommy jarang memasak, tapi mommy suka bahagian dapur ni.. hehehe.. biarlah dapur kita kecik or sempit sekalipun, yang penting, dapur mestilah kemas dan cantek selalu.. hehehehe.. walaupun rumah sewa ye.. bagi mommy, rumah sewa bukan alasan kita nak duduk dalam keadaan yang tidak kemas..

Sekarang Mr.HUBBY pun dah faham dengan perangai dan feel mommy sejak 3 tahun berumahtangga ni.. hehehe.. serius benda yang paling mommy tak suka dan benci adalah rumah bersepah.. tambahan pulak dengan Ajeeq yang sekarang ni tengah membesar.. memang mainanya bersepah.. tapi Ajeeq pun seakan faham dah dengan apa yang mommy ajar, lepas main mainan semua mesti simpan balik dalam bakul.. jangan sepah-sepahkan..

Now berbalik kepada bahagian dapur, orang kata dapur adalah lambang keperibadian kita.. dan didapur jugalah kita menyediakan makan kepada keluarga kita, bayangkan kalau memasak dalam keadaan yang tak kemas dan dapur yang kotor, ada selera ke nak makan?? hehehehe.. buka dada, tanya diri sendiri..

dapur gas dan dinding tu wajib dilap setiap kali lepas masak.. tak nak ada minyak-minyak yang terpercik..
tempat keramat mommy.. hehehe.. segala bawang, garam, asam, rempah ratus..
segala tepung-tepung semua duk sini..
barisan balang yang comell.. nestum, gula, milo dan teh..
ni rak pinggan untuk kegunaan harian..
pembakar roti, blender, oven dan rice cooker
almari kabinet
canne nak bersihkan bekas karat tong gas tu?? tak suka betul tengok.. nor tong gas dah dialas..
my mr. hitachi..

rumah sewa pakai je almari kabinet, nanti rumah sendiri nak buat kitchen kabinet
cawan kena letak luar, kalau orang lain masuk dapur mommy, memang cari cawan tak jumpa.. hehehehe..
Now tengah berangan-angan tentang dapur rumah baru.. hehehe.. bestnyaaaa.. tak sabar nak masuk rumah baru.. yang paling penting, meja makan tu nak ditukar.. nak beli yang besar sikit, 6 kerusi.. sekarang kalau family datang, nak makan kena gilir-gilir.. untuk kami 3 beranak sesuai lagi  la pakai meja makan ni.. esok-esok kalau anak dah bertambah, kena beli jugak.. hehehehee..

Monday, April 8, 2013

::SEPETANG DI PADANG BOLA::

Assalamualaikum.. nak citer tentang aktiviti petang semalam.. with Ajeeq dan Mr.HUBBY.. sepatutnya semalam Mr.HUBBY off day, tapi memandangkan Mr.HUBBY kena pergi menyokong, Mr.HUBBY ajak dan bawa mommy dengan Ajeeq bersama.. hehehe.. Kejohanan Piala OCPD rasanya.. kalau tak silap mommy la.. lupa pulak nak tanya Mr.HUBBY.. dan tempat berlangsungnya kejohanan ni ialah di Ipoh Padang.. berhadapan dengan pejabat mommy.. hehehehe.. jom layan gambar kami..



Cer tengok gelagat Ajeeq dalam kereta sepanjang perjalanan kami.. hehehe.. sekarang ni Ajeeq dah besar, dah boleh duduk belakang sensorang dah.. hehehe..


















Suka sangat Ajeeq dapat jumpa ramai kawan-kawan.. rupanya ramai yang bawa family masing-masing.. ajeeq pun bukan main la kejar-kejar.. hehehe.. suka mommy tengok.. lagipun Ajeeq ni pandai menyesuaikan diri dengan kanak-kanak yang lain.. cara mainnya tu macam dah lama kenal pulak budak-budak ni.. hehehehe..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...