Thursday, April 18, 2013

:: HAPPY 3rd ANNIVERSARY::

Alhamdulillah Bersyukur kepada ALLAH S.W.T kerana perjalanan hidup mommy dengan Mr.HUBBY kini telah 3 tahun.. Jodoh yang sememangnya terbaek untuk diri ini..:).. 3 tahun lepas 18 April 2010, mommy di ijabkabulkan dengan lelaki yang mommy sayangi dan cintai dengan sepenuh hati.. masa tu hanya ALLAH je yang tau perasaan kami suami isteri.. lepas dinikahkan.. macam tak percaya je.. ye la, percintaan selama 5 tahun diakhiri dengan ikatan perkahwinan.. perkahwinan yang direstui oleh kedua ibu dan bapa kami. perkahwinan seawal usia kami 23 tahun.. Alhamdulillah, insan yang mommy sayang dikala umur mommy 18 tahun akhirnya adalah lelaki yang ALLAH dah tetapkan untuk mommy..



Now selepas 3 tahun kami bergelar suami isteri dan melayari bahtera perkahwinan dengan penuh saat bahagia.. setiap saat kami sentiada gembira dan bersyukur dengan apa yang kami ada.. dalam hubungan suami isteri, ada juga masa dan ketikanya yang adegan-adegan merajuk dan terasa hati, tapi semua itu mengajar kami untuk lebih matang dalam melayari bahtera perkahwinan.. 


Kini kami punyai Cahaya Cinta kami, Anugerah Terindah kami.. Amanah buat kami, yang perlu dijaga, yang perlu dididik dan yang perlu dibesarkan.. Insyaalllah mommy dan Mr.DADDY akan buat yang terbaek untuk Ajeeq.. mommy dengan Mr.DADDY sayangkan Ajeeq lebih dari segala-galanya.. hanya Ajeeq harta yang mommy dan Mr.DADDY ada..



Terima Kasih Ya ALLAH kerana telah memberikan kehidupan yang sempurna untuk kami sekeluarga.. walaupun kami hidup bersederhana, namun kami cukup segala-galanya.. kami tak pernah menyesal dengan ape yang kami ada.. Moga Engkau tambahkan lagi Nikmat-Mu untuk kami sekeluarga.. Aminn Ya Rabbal Alamin..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...