Monday, October 31, 2011

::RAHSIA HATI WANITA::


Rahasia Hati Seorang Perempuan

(¯`v´¯)
`•.¸.•(¯`v´¯)
........`•.¸.•``(´'`v´'`)
. ......`•.¸.•´* ƸӜƷ.¸¸¸.•• ƸӜƷ*
SENSITIF : bukan bermaksud suka merajuk , tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian (✿◠‿◠)

CEREWET : bukan bermaksud FUSSY tak menentu , kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali aja (✿◠‿◠)

HALUS : ibarat sehalai sutera , cantik , mulus , lembut dan mudah tercabik dan koyak .. walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan , biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pelajaran., Bukan DENDAM (✿◠‿◠)

IKHLAS : ikhlas seorang wanita tak perlu diragui (✿◠‿◠)

KORBAN : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi , termasuk
ibu bapa , anak-anak , dan suami ... WANITA amat tabah (✿◠‿◠)

PRIHATIN : sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam (✿◠‿◠)
MANJA : walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari., naluri seorang WANITA tetap seorang WANITA ., suka bermanja hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum (✿◠‿◠)

EGO : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bertemu dengan yang dicintainya (✿◠‿◠)

CINTA : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus... bukan di khianati(✿◠‿◠)

SEKS : seks bukanlah segala-galanya buat WANITA krn WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan 1 akal ., NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja ., LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan 1 nafsu ..., fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkan wanita (✿◠‿◠)

::RINDU SAAT ITU::

Rindunya sy pada saat itu..saat dimana sy baru je melahirkan anakanda sy tang terchenta..buah hati pengarang jantung sy bersama Mr.HUBBY..now, kenangan itu kembali berlegar-legar bermain difikiran sy..mengimbas kembali detik yang sungguh membahagiakan itu..tiada yang lebih bahagia, selain dapat menatap wajah anakanda terchenta yang dikandung selama 9 bulan..dibawa ke hulu kehilir..tapi best sangat..:)..

Masih jelas dimata sy, saat pertama kali menatap Ajeeq..hmmmm..ALHAMDULILLAH sempurna sifat anugerah terindah yang ALLAH kurniakan buat sy dan Mr.HUBBY..dan yang pasti kelahiran Ajeeq, mampu untuk membuatkan semua ahli keluarga sy gembira dan bahagia..begitu jugak dengan keluarga Mr.HUBBY..dengan lahirnya Ajeeq jugak, sy kini telah lengkap dengan fasa-fasa hidup sy..bergelar isteri dan now sy dah bergelar seorang ibu..

Masa 1st day Ajeeq selamat keluar, rasa cam tak percaya pun ada..yang sy kini dah punya anak..dah punya tanggungjawab yang sy perlu laksanakan dengan penuh kasih sayang buat anugerah terindah sy itu..:)











gambar koleksi ketika Ajeeq berumur 1 hari

Friday, October 28, 2011

::HENSEM BOY::

Malam ni Mr.HUBBY kerja pukul 7mlm..so tinggal la mama berdua je dengan Ajeeq..Ajeeq main-main dengan mama je la..tapi tak meriah la cam Ajeeq main-main dengan PAPA..now Ajeeq dah pandai meniarap..tapi kadang-kadang tu tak boleh nk terbalikkan diri, nak marah je hensem boy ni..hehehe..kelakar tengok..bila dapat meniarap, sengih bukan main..hehehe..kalau tak dapat, mula la nak marah-marah..anak sape ni??huhuhuhu..PAPA kata anak mama..:)..nasib ler..

Jom-jom layan pic Ajeeq tengah meniarap..suka sangat Ajeeq kalau bab nak posing ni..:)
















::MISSSHHH MY AJEEQ::

Rindunya sy dengan anakanda sy yang terchenta tu..rindu sangat-sangat-sangat..tak tau nak cakap camane..menggunung rasanya kerinduan pada anugerah terindah sy tu..walaupun baru berpisah pagi tadi, now dah petang rindu sangat..camane la kalau sy kena kursus terpaksa berpisah dengan anakanda sy yang tersayang tu..

Sy rindu dengan senyuman Ajeeq, sy rindu dengan gelak ketawa Ajeeq, rindu dengar tangisan suara Ajeeq..rindu jugak nak dengar Ajeeq bersembang-sembang..meriah dengar suara Ajeeq bila bersembang..dengar suara Ajeeq sorang je..kita agah sikit je, Ajeeq yang melebih-lebih sembangnya..sekarang pun dah mengusya gambar-gambar Ajeeq je..layan video-video yang sy rakam telatah Ajeeq..

Now dah 4.30 petang, tak sabar nak menunggu pukul 5, mau thumb print nak balik rumah terus..rindu sangat-sangat..tambah-tambah la bila Cik B bengkak, lagi la rindu tu menggunung..hmmmm..alangkah beshnya kalau Ajeeq dapat mengurangkan bengkak pada Cik B..huhuhuhu..orang tua-tua cakap bila Cik B bengkak, maknanya anak lapar..huhuhuhu..tapi Ajeeq tak de la tengah kelaparan sekarang, sebab ibu pengasuh mesti bagi Ajeeq susu..mode tengah angau merindui anakanda terchenta..:)

::BREAKFAST @ VANGGEY::

Salam hari jumaat..bestnya hari jumaat ni sebab besok hari sabtu.:)..hari cuti..hari untuk bersama Lil HERO sy yang tersayang..sayangnya rasa tiap-tiap pagi nak berpisah dengan Ajeeq masa nak pergi kerja..huhuhu..kalau boleh nak angkut Ajeeq sekali pergi kerja daa...kalau nak camtu buat office Jabatan Kebajikan Masyarakat sendiri la ye..huhuhuhu..

So pagi ni tak rancang pun sebenarnya nak berbreakfast bersama Mr.HUBBY..disebabkan tabiat sy yang pelupa semenjak melahirkan Ajeeq ni, terpaksa la Mr.HUBBY keluar awal pagi nak ke Pos Laju..nak ambil baju Ajeeq yang sy beli online..huhuhuhu..padahal pos laju tu depan office sy je kot..boleh je nak menapak jalan kaki..huhuhu..itu la, masa pos laju datang rumah, Mr.HUBBY pulak tidur tak sedar memana..hmmmmm..kan dah kena ambil barang kat office diorang dah..huhuhuhu..

After dah ambil baju Ajeeq, Mr.HUBBY datang ke office sy..''jom Mr.HUBBY kita keluar breakfast..syg nak makan roti planta''..jom jom jom..tak sangka pulak Mr.HUBBY nak bawa pergi Restaurant Vanggey..Mr.HUBBY ni saja tau, masa sy nak makan nasi vanggey, tak nak pulak bawa sy datang sini..now bila sy nak makan roti planta, dibawanya sy ke sini pulak..huhuhuhu..nyummmmiii, dah lama tak makan roti planta..last makan masa mengandungkan Ajeeq..jom berbreakfast sesama..:)





tak sempat nak snap, Mr.HUBBY dah habiskan..

Thursday, October 27, 2011

::MASTERCHEF::


Sy suka sangat dengan rancangan realiti tv nan satu ni..:)..really, really, really like it..:)..huhuhuhu..bermula dengan Masterchef US..then diikuti dengan Masterchef Australia..now sy follow Masterchef Malaysia..huhuhu..semangat..setiap malam Sabtu hingga Rabu..di Astro Ria jam 9.00 malam..

Sy suka dengan cabaran yang diorang hadapi, dan jugan cabaran untuk memasak mengikut masa yang ditetapkan..tambahan pulak kalau masakan yang dimasak tidak menjadi dan tak sedap..huaaaa..lagi la suspen nak menengoknya..

While Mr.HUBBY pun terpaksa la layan jugak Masterchef ni..huhuhu..disebabkan sy tak membenarkan Mr.HUBBY untuk menukar channel lain..hihihihi..sabar ye hubby..sekarang ni Mastercheff US dah masuk ke musim yang kedua while Masterchef Australia pulak dah memasuki musim yang ketiga..manakala Masterchef Malaysia baru membuka tirai untuk musim yang pertama..

Jom, jom, jom kita sama-sama layan Masterchef Malaysia..sambil-sambil tengok tu boleh la belajar dan tengok menu-menu yang diorang masak..kadang-kadang menu tu kita tak pernah tengok dan tak pernah rasa pun..boleh la menambahkan tahap pengetahuan lagi dalam bidang masakan ni..

::ANAK MANJA MAMA::

Muhammad Zamir Hazeeq bin Muhamad Izzad
3 bulan + 3 minggu + 5 hari









::AYAM MASAK HALIA::

Today sy nak share resipi from my mum..hihihi..dah banyak kali buat baru la nak rasa sama cam mak masak..tapi tak de la betul-betul sama..versi sy lain dengan versi mak punya..hehehe..ayam goreng halia ni sy buat masa lunch dengan Mr.HUBBY tengahari semalam..sempena dengan cuti Deepavali, si sy amik kesempatan ni untuk memasak la..memandangkan Mr.HUBBY kerja, so, cuti pun duduk rumah je..tak boleh nak pergi jenjalan jauh-jauh..so now, berbalik kepada resipi ayam goreng halia, jom try..sangat sedap..sy dan Mr.HUBBY sangat suka..tambah-tambah Mr.HUBBY sy tu..walaupun ada sejenis menu ni saje, tapi Mr.HUBBY akan makan sampai bertambah-tambah nasinya..

ayam hendaklah digoreng terlebih dahulu..
bawang merah+halia+cili padi..tumbuk hingga halus..
tumis bahan yang ditumbuk hingga wangi dan cili padi masak..
masukkan kicap+sos tiram..
masukkan carrot+bawang besar..kalau tambah tomato pun best..
then baru masukkan ayam..
taraaaaa, dah siap..boleh dihidang..:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...