Monday, October 17, 2011

::SELAMAT ULANGTAHUN PERTUNANGAN::

Tarikh ini..2 tahun yang lepas..17 Oktober 2009, merupakan hari dimana majlis pertunangan sy berlangsung..majlis untuk mengikat tali perhubungan sy bersama Mr.HUBBY yang pada ketika itu merupakan pasangan kekasih..sepasang kekasih yang berjanji untuk mendirikan mahligai cinta bersama-sama..berjanji untuk menjadi pasangan dan teman hingga ke akhir hayat masing-masing..kekasih yang bermulanya cinta monyet daripada zaman persekolahan..percintaan yang mendapat restu daripada kedua-dua belah pihak..

Majlis yang berlangsung dalam suasana yang sederhana, tapi cukup bermakna buat sy..pada tarikh itu sy bergelar tunangan orang..bahagia sungguh rasanya..kenangan majlis itu masih segar lagi dalam fikiran sy..bermula pada pukul 3.00 petang, rombongan daripada pihak Mr.HUBBY sampai di kediaman bonda sy..setelah perbincangan dilakukan, kedua-dua pihak bersetuju dengan mas kawen, nilai wang belanja dan barang-barang hantaran, sy diminta untuk keluar dari bilik untuk disarungkan cincin..cincin disarungkan oleh bonda Mr.HUBBY yang terchenta..ramai saudara yang terdekat dan kawan-kawan karib sy turut hadir..kebetulan pada tarikh ni adalah cuti umum sempena Hari Deepavali..so, ramai la yang dapat menghadirkan diri..sama-sama memeriahkan majlis dan menyaksikan saat-saat sy menjadi tunangan kepada Mr.HUBBY..

Tema untuk majlis pertunangan sy ini adalah warna ungu..salah satu warna feveret sy..baju tunang dan hantaran semuanya berwarna ungu..manakala pihak Mr.HUBBY pulak sangat bergaya dengan warna hijau muda..:)..semuanya serba hijau..sungguh cantik..

selepas rombongan pihak lelaki beransur pulang, baru la Mr.HUBBY a.k.a En.Tunang pada ketika itu datang ke rumah..untuk mengabadikan detik-detik pertunangan k.a.m.i..k.a.m.i ditunangkan selama 6 bulan..dalam tempoh 6 bulan itu, sy dan Mr.HUBBY begitu setia menjaga ikatan pertunangan itu..ikatan yang membawa gelaran ''darah manis''..dan selepas itu k.a.m.i dijabkabulkan pula..Selamat Ulangtahun Pertunangan yang Ke2..:)







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...