Thursday, October 27, 2011

::AYAM MASAK HALIA::

Today sy nak share resipi from my mum..hihihi..dah banyak kali buat baru la nak rasa sama cam mak masak..tapi tak de la betul-betul sama..versi sy lain dengan versi mak punya..hehehe..ayam goreng halia ni sy buat masa lunch dengan Mr.HUBBY tengahari semalam..sempena dengan cuti Deepavali, si sy amik kesempatan ni untuk memasak la..memandangkan Mr.HUBBY kerja, so, cuti pun duduk rumah je..tak boleh nak pergi jenjalan jauh-jauh..so now, berbalik kepada resipi ayam goreng halia, jom try..sangat sedap..sy dan Mr.HUBBY sangat suka..tambah-tambah Mr.HUBBY sy tu..walaupun ada sejenis menu ni saje, tapi Mr.HUBBY akan makan sampai bertambah-tambah nasinya..

ayam hendaklah digoreng terlebih dahulu..
bawang merah+halia+cili padi..tumbuk hingga halus..
tumis bahan yang ditumbuk hingga wangi dan cili padi masak..
masukkan kicap+sos tiram..
masukkan carrot+bawang besar..kalau tambah tomato pun best..
then baru masukkan ayam..
taraaaaa, dah siap..boleh dihidang..:)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...