Wednesday, October 12, 2011

::BETUL KE??BETUL KE??BETUL KE??::





Betul ke??betul ke??betul ke??..tertanya-tanya sy sorang-sorang..musykil pun ada..tapi ini semuanya berdasarkan sumber yang sahih dan boleh dipercayai..daripada hasil pembacaan sy melalui buku HALAM HARAM..buku yang dikeluarkan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang..buku yang menceritakan bahan-bahan halal dan haram yang digunakan didalam makanan kita seharian..salah satu makanan yang sangat menarik hati sy untuk memaca adalah berkenaan susu rumusan bayi..

Dan anakanda terchenta sy tu pulak memang minum susu Lactogen 1..berdasarkan buku yang sy baca ni, dalam keempat-empat jenis susu ini ada terkandung sejenis bahan yang dinamakan ''wei''..wei ini diperbuat daripada enzim binatang..yang diperolehi daripada 'renet' ( dari perut lembu )..terkejut sy..rasa cam tak percaya pun ada, tapi kesahihan buku ini tak boleh dipertikaikan..hmmmm..cmane ni??..Ajeeq sy campurkan susu badan + Lactogen 1 ni sebab susu badan tak berapa nak cukup..kalau sy perah masa waktu bekerja pun tak dapat nak menampung keperluan Ajeeq..so, terpaksa la sy campurkan dengan Lactogen 1..

Hasrat hati sy ini memang la nak menyusu badan hingga Ajeeq berumur dua tahun..tapi lepas sy membaca buku ini, semaangat untuk menyusu badan lagi bertambah-tambah..:)..moga susu sy jugak bertambah-tambah sama seperti semangat sy ni..InsyaALLAH..moga ALLAH S.W.T mempermudahkan segalanya..

Lepas baca buku itu tadi, terus telefon Mr.HUBBY..Mr.HUBBY cakap kalau susu badan cukup, terpaksa la tukar jenis susu rumusan bayi yang lain pulak..dah dapat maklumat yang susu Lactogen 1 tak elok diminum, tak nak dah la bagi Ajeeq minum susu tu..sebelum ni tak tau..hmmmm..

''buat anakanda yang dicintai, InsyaALLAH lepas ni mama akan berusaha untuk membolehkan anakanda mama ni dapat menikamati susu mama je..''..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...