Saturday, October 8, 2011

::MAKAN KENDURI LAGI::

Hari ni Mr.HUBBY membawa sy dan anak kesayangan k.a.m.i ke Changkat Jering..mau makan nasi kenduri..ini la Ajeeq 1st time datang majlis perkahwinan..majlis perkahwinan sahabat Mr.HUBBY..:)..sahabat 1 bilik ketika Mr.HUBBY menyewa di rumah bujang dulu..:)..sahabat yang bernama Wan Saiful Nizam..majlis yang k.a.m.i hadiri ni adalah majlis disebelah pihak perempuan..memandangkan dekat je Changkat Jering dengan Ipoh, so sy dan Mr.HUBBY decide memang kena pergi la..lagipun memang Wan datang sampai ke rumah menghantar kad majlis perkahwinannya..lagipun nanti majlis disebelah pihak lelaki, k.a.m.i tak dapat nak pergi sebab jauh.iaitu di negeri sy..PERLIS INDERA KAYANGAN..huhuhuhu..Wan ni orang Arau..tak jauh ler dari rumah bonda sy..10 minit je..:)..

K.a.m.i bertolak dari mahligai cinta pukul 12 tengahari..sebelum tu mau singgah Giant nak beli hadiah perkahwinan untuk Wan dan isteri..sy beli pasu hiasan..sungguh cantik!!!!..lepas ni kalau pergi Giant nak beli la 1 set untuk hiasan mahligai cinta k.a.m.i pulak..:)..dan k.a.m.i sampai sana pun elok-elok je pengantin diarak masuk dewan..:)..tak perlu la nak tunggu lama-lamaa nak tengok pengantin..cun je sampai..:)..dan yang pastinya ramai la kawan-kawan Mr.HUBBY yang attand majlis ni..sy pun turut bersalaman dan berkenalan dengan isteri-isteri kepada kawan-kawan Mr.HUBBY..

Dan yang paling tak disangka, pertemuan dengan sahabat sy ketika di bangku sekolah..sahabat semasa bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Suleiman..hampir 8 tahun tak berjumpa..mulanya masing-masing tak berani nk bertegur sapa, takut silap orang..hehehe..Muhamad Faiz bin Hosli..semakin sihat sahabat sy tu..anak pun dah nak masuk 2 orang..sayangnya isteri Faiz bekerja, kalau tak boleh la berkenalan jugak dengan isteri sahabat sy..:)..rupanya Faiz bekerja di Taiping..tak pe la, lepas ni ad jodoh kita jumpa lagi..lepas makan, k.a.m.i terus balik ke Ipoh..Mr.HUBBY nak kerja pulak malam ni..:)..

Anakanda sy tu baik je sepanjang k.a.m.i berada di majlis ni..diam je..dan sekali sekala tersenyum bila diagah..:)..mata Ajeeq liar je nak tengok orang lam dewan tu..hehehe..kepada Wan dan isteri, Selamat Pengantin Baru k.a.m.i ucapkan..semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat..aminnnnn..













No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...