Saturday, April 30, 2011

::BILA HATI DIGURIS::

Sakit kan rasanya..:(..pedihnya tak terkata..cuma bila kita melalui saat itu, baru kita rasa macam mane..tapi bagi orang yang mengguriskan hati dan perasaan kita tu, rileks je..macam tak de ape pun yang berlaku..dia tak dapat nak rasa ape yang kita rasa..semoga ALLAH S.W.T terus memberikan sikap sabar dalam diri sy ni..maybe bila tahap kesabaran itu selalu sangat diuji, tak mustahil perasaan menyesal tu akan wujud dalam diri insan-insan yang selalu buatkan sy terasa..:(..

Sy rasa hanya sy je yang bodoh asyik nak jaga perasaan dan hati semua orang..padahal orang disekeliling tak pernah pun nak ambil tau dan pedulikan perasaan sy..ape yang sy nak??ape yang sy dah impikan??..semuanya tak penting untuk diaorang..yang penting hasrat diorang tercapai..bergembira seadanya..sedangkan ada lagi orang lain yang terluka dengan hasrat dan kegembiraan yang dioarang rasa..dan sekarang, sy bukan seorang..ada nyawa dalam kandungan sy yang perlu sy ambil kira sama..yang perlu untuk sy fikirkan kepentingannya sama..

Tapi kenapa orang-orang lain tak pernah nak pedulikan sy dan nyawa yang sy terlalu jaga sekarang ni??bila sy menangis, nyawa sy pun akan rasa jugak kesedihan yang sy rasa..bila sy ketawa, nyawa sy jugak akan rasa kegembiraan yang membuatkan sy tersenyum dan ketawa..kenapa susah sangat kegembiraan itu datang dalam tempoh masa yang lama, supaya sy rasa kehidupan dan masa sekarang adalah masa yang paling terindah untuk sy hadapi..

Semalaman sy menangis memikirkan nasib diri dan juga nyawa sy..tapi ade ke orang yang nak pujuk sy??orang yang akan membuatkan airmata sy ni berenti daripada mengalir dengan lajunya..tak de pun kan..bila sy tak berselera untuk makan, ade ke orang yang bertanyakan samada sy dan nyawa sy ni dah makan ke..tak de pun kan..membiarkan tidur malam sy dengan perasaan yang terguris dan terkilan dengan sikap dan tingkah laku insan-insan lain.

Kalau sebelum sampainya semalam, sy rasa happy sangat, rasa tak sabar, sy asyik je mengira waktu untuk sampainya hari ni, sy rindu sangat,...tapi sekarang, semua perasaan tu dah tak de..hilang dalam sekelip mata..tak tinggal walau secebis..apa yang sy rasa hanyalah perasaan hambar..kosong..semangat sy jugak entah hilang ke mana untuk meneruskan liku-liku kehidupan ini..sy dah macam insan yang tak de perasaan dah sekarang ni..

YA ALLAH, Ya Tuhanku, hanya padamu aku memohon dan meminta segala petunjuk..hanya padamu aku ceritakan segala-galanya yang hati ini rasa..Kau tenangkanlah hati ni demi nyawa yang aku kandungkan sekarang..Kau kuatkan la diri ini demi nyawa yang aku kandungkan sekarang..tiada ape yang lebih penting dalam hidupkan selain daripada nyawaku yang seorang ini..yang membuatkan aku kuat untuk teruskan kehidupan ku..

Satu hari nanti, bila sy dah pergi terlalu jauh dengan insan-insan ini, mungkin diorang akan sedar tentang sikap diorang yang satu itu..yang selalu membuatkan hati sy terguris dan air mata sy mengalir..:(..dan sekarang pun semasa sy menaip tentang isi hati sy ni, airmata tetap jugak laju mengalir walaupun cuba untuk tidak menangis lagi..YA ALLAH...

Friday, April 29, 2011

::RAHSIA HATI::

Petang ni hati rasa tak berapa nak tenang dan tenteram..hmmmm..entah la..susahnya..tapi itu la yg sedang sy fikirkan sekarang ni..macam-macam yang sy fikirkan..semuanya serba tak kena bagi sy..walaupun mulut sy kata " ok, tak pe,sy x kisah "..tapi itu bukan keluar dari hati sy..sy hanya nk menjaga hati semua orang yang sy sayang..walaupun kadang-kadang sy yang rasa stress balik dengan keputusan yang sy buat..tapi apa kan daya, hanya itu yang boleh sy buat pun untuk senangkan hati semua orang..selalunya orang akan cakap " fikirkan diri sendiri dulu, then baru fikirkan orang lain "..

Tapi sy bukan jenis yang macam tu..sy akan fikirkan orang lain dulu then baru sy fikirkan diri sendiri..tambah-tambah bila dengan orang yang sy sayang..kalau boleh sy nak dahulukan mereka semua..supaya 1 hari nanti sy tak menyesal dengan sikap pentingkan diri sendiri sy tu..hmmmmmm..dan sekarang bila sy dah berkahwin, skop untuk sy nak menjaga hati tu dah semakin luas..tapi apa kan daya, sy hanya seorang isteri..:(..kalau hati sy tersentuh atau terasa pun, tak semua yang sy boleh ceritakan dengan suami yang dicintai..sy perlukan ruang jugak untuk diri sy sendiri..memang sebelum ni tiada rahsia antara sy dan jugak my Mr.HUBBY, dan sekarang pun sy tak de niat nak berahsia pape dari suami..tapi...................................................

Dan sekarang sy rasa lagi bertuah sebab sy dah ada teman untuk meluahkan ape yang sy rasa..yeee, my Lil HERO..walaupun Lil HERO tak faham ape yang sy cakapkan, sekurang-kurangnya sy rasa lega sangat bila dapat bersembang ngan Lil HERO..sy rasa cam Lil HERO dapat memahami sy..bila sy bercakap-cakap dengan Lil HERO, so Lil HERO akan bergerak-gerak je lam perut sy yang chomel ni..

Ya ALLAH,susahnya nak luahkan ape yang berbuku dalam hati ni..betul la ape yang orang cakap " hanya kita yang mampu menilai diri kita sendiri "..cuma kadang-kadang tu nak minta je orang lain supaya tolong la fikirkan hati dan perasaan sy sama..seperti mana sy yang sentiasa fikirkan hati dan perasaaan anda semua..

Thursday, April 28, 2011

::REZEKI PAGI RABU::

Alhamdulillah, bersyukur dengan rezeki yang ALLAH turunkan dengan kita..walau dengan pelbagai cara..pagi ni sy dan Lil HERO mendapat rezeki 'buah mempelam' from k.ju..dan pagi ni mood sy rasa ok sangat..tak tau la kenapa..semenjak dua menjak ni masuk ofis pun tenang je..tak de rasa tension-tension..tak de rasa stress-stress..sy suka..Lil HERO inside pun lagi suka..:)..

Pagi tadi k.ju dengan perangainya yang kalut-kalut dan terkocoh-kocoh tu masuk lam bilik sy..nahhh, seguni buah mempelam..hehehe..mak ai, nak makan ke nak menketedarah??..k.ju kata adik dia bawa balik banyak sangat, then tu yang dia bawa mai ofis..boleh bagi kawan-kawan..rezeki kawan-kawan la pagi rabu ni..tapi sy tak la amik banyak sangat..3 biji pun dah cukup..:)..balik nanti boleh minta MY LOVELY MOM watkan garam belacan..boleh nyicah..perrgghh..terangkat!!!!..nyummmiiiiiiii..teringat pulak dekat Mr.HUBBY sy yang tengah berkursus tu skang ni..Mr.HUBBY pun suka nyicah buah mempelam muda ni..:)..dah terikut-ikut dah dengan sy..hehehe..

Special TQ to k.ju coz pagi-pagi lagi dah bawa rezeki untuk sy dan Lil HERO..also jugak untuk ofismate yang lain..siap pilih-pilihkan untuk sy lagi..sayang k.ju ye..mmmuuuaaaaahhhh..:)

Monday, April 25, 2011

::Lil HERO PUNYER Part 3::

Today bersempena dengan hari gaji semalaysia, sy ambil keputusan nak shopping barang-barang Lil HERO la..mula-mula ingat nak pegi shopping masa lunch break, tetapi tak jadi coz seronok bersembang ngan ofismate pasal pengalaman dia bersalin..best+takut sy dengar..tambah part-part yang sakit tu..hmmmm..tak pe la, kena berani jugak untuk menghadapi semua ni..bak kata Mr.HUBBY " dah ngandung, ngandung dah..syg kena berani la, takkan nk biarkan baby duk lam perut je"..hmmmm, ye la suamiku syg..sy berani dalam takut..

So petang ni lepas waktu pejabat, sy buat keputusan nak terus shopping barang-barang Lil HERO kat Cmart @ Arau..uissshh, ramai jugak orang petang ni..parking full je..nasib baik ada satu kosong untuk sy masuk..jadi tak perlu la sy jalan jauh-jauh..haaa'aaa baru teringat hari ni kan gaji..so sebab tu la orang ramai..semuanya keluar untuk menyopping..dan dekat sini jugak ada wat pameran pengantin..salah satu faktor jugak orang ramai ni..tapi sy tak berminat nak tengok pameran pengantin ni dah..zaman sy dah lepas..sy lebih teruja nak shopping barang-barang untuk Lil HERO ni..:)..

Akhirnya banyak jugak la barang-barang Lil HERO yang sy beli..esp baju-baju..tak kira la baju siang ke baju malam..huhuhuhu..ini baru sikit..ada lagi baju-baju yang perlu di beli topup nanti..dan sy jugak belikan barut jugak untuk Lil HERO..so, dah lengkap la bilangan barut yang Lil HERO perlukan..dan sy jugak belikan blanket..:)..cantik je blanket yang 1 ni..:)..chomelll..terus sy ambil..tapi sayang la sebab Mr.HUBBY tak de masa shopping kali ni..selalunya suami sy tu yang lebih terujanya..:)..next time kita shopping barang-barang Lil HERO lagi ye PAPA..banyak lagi ni barang-barang yang perlu dibeli..:)











Semua baju-baju tu semua ikut pilihan mata dan hati sy untuk buah hati kesayangan sy tu pakai nanti..:)..walaupun tak mahal tapi cukup untuk buatkan hati sy terhibur dan bibir ni mengukir senyuman bila tengok balik baju-baju ni..:)..Balik rumah je terus kemas-kemas baju-baju Lil HERO dalam box..:)..suka je sy tengok..dah nak penuh dah pun box ni..cam kecil pulak box ni sy rasa..padahal masa nak beli haritu rasanya dah cukup besar untuk letakkan semua barang-barang Lil HERO..

::MASYUUUUKKK::


Hari ni 25hb..yeeaayyy, hari yang ditunggu-tunggukan..GAJI..:)..setiap bulan je mesti hari gaji adalah hari yang paling ditunggukan oleh insan-insan yang bekerja ni..termasuk la sy..hehehe..masuk je ofis tadi terus click maybank2u..yee, ALHAMDULILLAH dah masuk gaji sy untuk bulan ni..same goes to my Mr.HUBBY..log in jugak lam akaun maybank2u Mr.HUBBY punyaa...wahhhh, ada pertambahan la lam gaji Mr.HUBBY bulan ni..hehehehe..syiooookkkk..:)..boleh la shopping barang-barang untuk Lil HERO lagi..syukur alhamdulillah..terima kasih Ya ALLAH atas rezeki yang Kau berikan..:)..

So, pagi ni Mr.HUBBY dah siap berkira-kira untuk bayar semua bil-bil..rumah, astro, air, elektrik, telefon..dan sy hanya perlu bayar bil broadband je..hehehe..untungnya la..yg lain-lain semua Mr.HUBBY yang settlekan..dan seperti biasa jugak setiap bulan Mr.HUBBY akan bank in duit belanja dalam akaun sy..walaupun sy ada duit gaji sendiri tapi Mr.HUBBY tak pernah lupakan tanggungjawab dia sebagai seorang suami..memberi nafkah zahir untuk isteri yang menjadi amanahnya kini..Special TQ to suamiku Muhamad Izzad bin Ahmad Kamal..mmmmmuuuuaaaahhhh..:)..

Sunday, April 24, 2011

::NAMA UNTUK Lil HERO::

Boleh ke kita percaya sesuatu berdasarkan mimpi??..ye la, dulu sy pernah mimpi yang pelik-pelik masa awal-awal mengandungkan Lil HERO..takut sangat sy rasa..peliknya mimpi tu..tapi ramai yang support dan cakap mimpi pelik or buruk cuma mainan tido..so ta perlu nak pikirkan sangat..sy dulu sampai nangis-nangis bila tersedar dari tidur lepas mimpi-mimpi yang pelik tu..

Dan baru-baru ni sy bermimpi lagi..tapi bukan lagi mimpi-mimpi yang pelik..sy rasa mimpi itu indah..ye la, sy mimpikan nama untuk Lil HERO sy ni..:)..bila terjaga, sy cuba ingat balik nama dalam mimpi tu..sedap bunyinya..tapi maksudnya tak tau lagi la..dalam mimpi tu, Lil HERO nama macam tu..

Keesokkan harinya sy tanya kawan-kawan sy yang lebih pengetahuan dalam ilmu agama ni..diorang cakap boleh guna nama yang kita mimpi tapi pastikan maksudnya elok la..kalau maksud yang bukan-bukan, elok la diabaikan sj mimpi tu..so sy pun mula la mencari maksud nama yang sy mimpikan tu..yeaaayyy, dah jumpa.."yang cantik" "bijak pandai"..dan kawan sy yang ustazah ni pun tolong carikan makna nama tu, then sama dengan makna yang sy cari tu..dia sokong je sy letakkan nama tu untuk Lil HERO nanti..

Semalam sy masih lagi bertanyakan perkara ni dekat kawan-kawan yang rapat dengan sy.." kalau maknanya elok, letakkan la nama tu..mungkin ada hikmah disebalik nama yang sy mimpikan tu..orang mengandung ni banyak kelebihan yang ALLAH bagi..dan tak semua ibu mengandung dapat mimpikan nama untuk anak masing-masing "..ini nasihat daripada salah seorang my BFF..

So bila dah berbincang dengan Mr.HUBBY, Mr.HUBBY setuju je kalau sy nak letakkan nama tu untuk our Lil HERO nanti.." maknanya pun elok sayang..so B tak kisah..B ikut sayang je "..tapi Mr.HUBBY ada bertanya nanti nak paggil ape dekat Lil HERO, ye la, nama yang sy mimpikan tu 3 patah perkataan.." panggil yang mane-mane pun tak pe hubby, sebab semua maknanya elok"..:)..tersenyum je suami sy tu a.k.a PAPA busyuk..hehehe..then turn sy pulak tanya samada Mr.HUBBY ada nama manja untuk Lil HERO ni..Mr.HUBBY cakap nak panggil Boboy Boy..main-main ye PAPA ni..hehehe..tergelak sy dengar bila Mr.HUBBY cakap camtu..:)..ye la, tu kan nama watak kartun..adik azim selalu sangat nyanyi lagu kartun tu..hehehehe..pandai je PAPA ni tau..:)

::Mc.D @ 1.25 a.m::

Wah, wah, wah..manenya badan tak naik cam dipam-pam..tengok la dah kul 1.25 pagi pun duk makan lagi..burger pulak tu..hmmmmm..hari ni Mr.HUBBY kerja pukul 7 malam hingga 1 pagi..then sebelum Mr.HUBBY pegi keja tu sy dah siap pesan lagi "hubby, balik t belikan burger Mc.D ye"..hehehe.."ok sayang..hubby pun nak jugak"..hehehe..jom,jom malam nanti kita makan burger Mc.D..dah lama rasanya tak makan..hehehe..

So malam ni sy just makan roti je sebagai alas perut sementara pukul 1 nanti Mr.HUBBY balik keja dan belikan feveret burger sy tu..:).tapi banyak keping jugak roti yang sy makan..rasanya bukan sebagai alas perut dah..tapi sebagai makan malam sy..dan dekat Mr.HUBBY pun sy pesan jangan makan makanan yang berat-berat masa keja nanti..sebab nanti balik nak makan lagi sama-sama dengan sy..

Malam ni lepas update blog, sy terus tido..ngantuk sangat rasanya..ye la, nanti kul 1 nak kena bangun pulak..nak tengok tv pun cam tak de mood je..baik tido je la..ZZZzzzzzzzzz..dalam pukul 1.15 Mr.HUBBY dah sampai rumah..now, masa untuk makan..:)..nyummiii..sy burger chicken mc duluxe while Mr.HUBBY pulak cam biasa la burger Big Mac..Mr.HUBBY cakap masa keja tadi juz makan koew teow goreng je..:)..simpan ruang dalam perut nak balik makan burger dengan sy..:)..aloololorr, chomelnya suami sy tu..:)..







Saturday, April 23, 2011

::Lil HERO PUNYER Part 2::

" Hubby, today jom kita jenjalan shopping baju mama n Lil HERO kat Jusco nak??".." jom, jom"..yeaaaayyy, agenda kami hari ni mau shopping baju sy dan Lil HERO..kami x beli banyak-banyak, juz kumpul sikit-sikit..then lama-lama jadi bukit kan..hehehe..dan sy pulak ambil peluang ni nak menyopping baju preggy..dah tak banyak baju yang boleh sy pakai,coz semuanya dh ketat memandangkan saiz perut yang semakin besar..huhuhuhu..berat badan pun dah nak berganda-ganda..so ingat harini mau habiskan duit Mr.HUBBY untuk menyopping baju sy dan Lil HERO..hehehe..

Kami keluar dari rumah tengahari sikit sebab dah plan mau lunch dekat Greentown Mall..tapi kedainya pulak tutup..kalau tak, sedap nasi berlauk dekat situ..then Mr.HUBBY ajak pegi Stadium Indera Mulia..ada medan selera di situ..dan makanan berlauknya jugak sedap..Mr.HUBBY dah pernah makan dekat situ..errmmmm, sedap jugak makanan berlauk di sini..esp ayam gorengnya..garing dan rangup..sedap!!!.."hubby, lain kali boleh la kita makan kat sini lagi ye"..:)..

Lepas makan, kami ke Jusco Kinta City..mau menyopping baju..tapi baru teringat yang hari ni ialah hari sabtu..so beg plastik tidak disediakan ye..harap maklum..ini sempena kempen pengurangan beg plastik..cmane??tak leh beli banyak-banyak la..tak pe, sy pun bukan nak menyopping banyak sangat..2 or 3 helai cukup la..banyak-banyak cian pulak dekat Mr.HUBBY..hehehe..

Sampai Jusco terus ke bahagian pakaian ibu mengandung..hohohoho, ada yang cantik-cantik ni..tapi harganya pun cantik-cantik jugak..:)..dan bila dah berkenan dihati tu, pejam la mata bila tengok tag harga tu..sambar je.:)..Mr.HUBBY senyum je..:)..sempat jugak sy sambar 2 helai..cukup la..lain kali kalau datang lagi, boleh shopping lagi..:)..

Bila sampai part baby punya, ni la yang paling sy dan Mr.HUBBY excited sekali..hmmmm..pilih, pilih, pilih..geram tau sy tengok baju-baju untuk baby ni..cute sesangat..hmmmm, geram, geram, geram..mane ye yang paling cantik dan cute sekali untuk our Lil HERO..pusing pi, pusing mai, last-last beli sepasang baju siang dan sarung tangan dan sarung kaki je untuk Lil HERO..cukup la untuk sesi kali ni..hehehe..ingat nak belikan blanket jugak, tapi tak de pulak yang cute dan berkenan di hati mama ni..

"Jom, Jom PAPA kita bayar"..tadi ade jugak tengok-tengok baju jenjalan untuk Lil HERO..next time maybe boleh beli baju jenjalan untuk Lil HERO..:)..






Thursday, April 21, 2011

::ADOII, CONFUSED LER::


NAMA KURSUS : Kursus Penyiasatan dan Pendakwaan Taska
TEMPAT : Institut Sosial Malaysia, Sg. Besi.
TARIKH : 02 hingga 29 Mei 2011

Tengahari tadi my 2nd Boss tanya nak pegi ke tak kursus ni..hmmmm..tak berminat sebenarnya bila tengok tajuk  kursus ni..cam tak best je..then lama pulak tu..3 minggu tempoh kursusnyaa..mak ai, lamanya la..lagipun dengan keadaan sy yang sarat ni, cam tak bole je nak ikuti kursus ni..ye la,mesti lenguh-lenguh pinggang masa dengar kuliah kursus tu..dengan perut yang semakin chomell je ni..

Then cakap dengan my 2nd Boss nak tanya suami dulu..lagipun kalau nak pegi sy kena bawa kereta..ye la, tempat penginapan dan tempat kuliah kursus dekat ISM ni jauh sikit..dan yang paling teruknya ialah sebab kena naik bukit..jenuh la sy..maunya terberanak kat tengah jalan tu..kalau ada kereta tu senang la..tak teruk sangat nak berulang dari tempat penginapan ke tempat kuliah kursus tu..tapi sy tak bagi kata putus lagi..kalau ikutkan cam tak nak pegi je..tapi bila pikirkan balik yang tahun ni sy still tak de lagi kursus...huh, pening kepale den ni ha memikir..

Kalau tak pegi sekarang, nanti lepas bersalin sure kena pegi jugak kursus..nak cukupkan 7 hari kursus untuk 1 tahun..hmmmm..kang lepas bersalin lagi susah, dengan baby yang kecik lagi nak tinggal..hohohoho..cmane ni??tadi dah bincang dah dengan Mr.HUBBY, Mr.HUBBY tak kisah tapi dia risaukan keadaan sy tu..ye la, sy duk sana sorang-sorang..kalau jadi pape susah..suami, mak dan mertua pun jauh..cuma ada Sis je la..hmmmm..dan kawan-kawan pun ada yang nasihat better tak payah pegi sebab sy dah 7 bulan lebih sekarang..lebih baik beringat dan berhati-hati..

Dan lepas berbincang dengan MY LOVELY MOM pulak, sy buat keputusan tak pegi kot..pikirkan keselamatan dan keadaan sy sekarang ni..yee, keputusan telah dibuat, tapi tak tau la muktamad ke tak lagi ni..hehehe..berfikir,berfikir dan berfikir..huhuhuhu..

Wednesday, April 20, 2011

::AIS KACANG vs LAKSA::

Hari ni sesudah subuh lagi dah sms dekat my BFF " adik wani, tengahari ni kita makan laksa kat depan library tu nak "..bangun je dari tidur rasa cam teringin nak makan laksa hari ni..dan seperti biasa my BFF Wani akan Ok je..demi kawan-kawan yang title ibu mengandung ni..hehehe..dan kami dah set nak ke Kangar tengahari ni untuk makan laksa..sayang jugak Ina..kalau ada dia, mesti lagi meriah..

Tadi Wani gitau K.Asma dan K.Ju pun OK je nak ikut..nak dijadikan cerita dalam pukul 10 pagi, sy ke Jabatan Pelajaran dengan menaiki kenderaan jabatan atas urusan rasmi, lalu depan kedai laksa tu..tengok-tengok TUTUP!!!..Alahmak!!!!..frustnya sy..huhuhuhu..camane ni??

Then balik office bincang lain dengan Wani, then Wani suggest untuk makan dekat depan Balai Bomba Arau..sedap jugak katanya..sy tak pernah lagi makan situ..OK la..depan balai bomba pun depan balai bomba la..nak makan laksa jugak tengahari ni..tak nak makan benda lain..

So bila jam berdetik je pukul 1 tengahari, terus keluar dengan Wani, K.Asma dan K.Ju yang hingaq tu..riuh rendah lam Cik Viva Wani..dengar suara dia je..kali ni K.ju bercerita tentang pengalaman dia bersalin..hehehe..ayat yang tak boleh blah " sakit nak bersalin mengatasi segala-galanya "..hehehe..

Sampai je tengok ada 1 meja kosong..boleh la kami duduk..:)..nasib baik kedai ni buka..sy nak laksa dan ais kacang..Wani pun menu sama dengan sy..ais kacang kedai ni sedap..k.Asma order ais kacang + bihun sup while K.Ju pulak laksa dan cendol..kami semua menikmati sungguh la ais kacang di tengahari buta yang panas ni..huh, hilang dahaga..:)..nyummmmmiii..


::BILA PERUT SEMAKIN BULAT::

Hari ini kandungan sy dah masuk 28 minggu atau 7 bulan..tak sangka, kejap je Lil HERO membesar dalam rahim ni..dah 7 bulan dah..rasa cam baru je lagi..now, berat badan sy pun dah naik dengan banyaknya..11kg..ye la, mananya berat tak naik, masa makan tak hingat dunia..hehehe..tapi nak buat cmane, kalau tak makan, kang lapar pulak..then bila pikirkan Lil HERO kecian pulak dekat Lil HERO dah sy tak makan..so, jawapannya makan je..:)..lepas bersalin nanti diet balik..huhuhuhu..adakah berat akan turun kepada yang asal??huahuahuahua..soalan yang tak tau jawapannya..

Dan satu yang pasti, baju-baju sy semuanya kini dah tak muat..cukup pening bila memikirkan baju mane yang nak dipakai nak pegi keja..hmmmmm..sekarang sy banyak pakai kain hitam dengan blaus untuk ibu mengandung ni..kalau nak pakai yang baju ibu mengandung yang cam dress tu, rasa cam pendek je sy ni..hehehhe..nampak baju tu merambu ramba..dan sy pulak lebih selesa kalau pakai blaus dan kain hitam..

Kalau dulu masa awal-awal boleh lagi pakai baju kurung..tapi bila perut bulat ni dah masuk 7 bulan, dah tak boleh nak pakai dah baju kurung tu..hmmmm..ketat sesangat!!!!..dan yang paling sy geram nak pakai bila buka my closet adalah baju kebaya dan kurung moden..waaaa, rindunya dengan baju-baju sy tu..

Now sy nak ajak suami sy yang tersayang tu  pegi shopping baju preggy lady..hehehe..Mr.HUBBY belanja ye..:)..walaupun ada duit dan gaji sendiri, tapi lagi puas kalau guna duit suami..hehehe..sape lagi nak habiskan duit Mr.HUBBY tu kalau bukan sy..:)..sy nak shopping banyak helai sikit so nanti dah tak perlu nk bershopping dah..lagipun tinggal 2 bulan je lagi..:)..lepas ni besiap sedia untuk pasang badan dan kembali slim semula..:)..chaiyok,chaiyok!!!!!

Tuesday, April 19, 2011

::KESEDIHAN MELANDA::

Hari ini 19 April, tamat sudah cuti suamiku tersayang..dan hari ni jugak kami kembali terpisah dek tugas masing-masing selepas 10 hari menghabiskan masa bersama..sedihnya..semalam tidur pun hug Mr.HUBBY kuat-kuat..tak nak lepaskan..coz start malam ni sy akan tidur berdua je ngan Lil HERO..kejap je rasa, pejam celik, pejam celik, Mr.HUBBY dah kena balik Ipoh balik..

Kalau boleh sy tak nak hari ni sampai..sy nak je lagi stay dengan Mr.HUBBY..tak nak buat cmane dah takdir sy cenggini..terima dan pasrah dengan ketentuan Ilahi..selagi sy tak dapat tukar, macam ni la rutin kehidupan sy dan Mr.HUBBY..tapi nasib baik sempat jugak semalam kami celebrate our 1st wedding annivesary..best sangat!!!!!!..

Dan pagi ni sy dan Mr.HUBBY bangun awal coz bus Mr.HUBBY pukul 9.00 pagi..after siap-siap semua dan lepas Mr.HUBBY bersalaman dengan MY LOVELY MOM kami pun terus bertolak ke Stesyen Bus. sebelum tu kami breakfast sama-sama dulu @ kedai mamak..sy rasa pagi ni cam nak makan roti telur..same goes to my Mr.HUBBY..then dua-dua order roti telur..cuma minuman je lain-lain..sy teh ais while Mr.HUBBY milo ais..

Now sampai la masa untuk kami berpisah..sedih sangat masa Mr.HUBBY naik bus tu..air mata dah bergenang je lam kelopak mata ni..tunggu masa je nak merembes keluar..sy tengok Mr.HUBBY sampai la bus yang Mr.HUBBY naik hilang dari pandangan..masa ni la baru airmata ni laju je keluar..tadi tu sy tahankan je tak nak bagi Mr.HUBBY nampak..Mr.HUBBY dah pesan " mama duk sini elok-elok tau, jaga diri dan baby elok-elok ye..mama jangan nangis-nangis ye.."..ye, baiklah suamiku..syg akan ingat pesanan selalu pesanan hubby tu..:)..hujung minggu nanti kita jumpa lagi ye..turn syg pulak balik sana..:)..tak sabar!!!!..

::MY 1st ANNIVESARY DINNER::

Malam ni sy dan Mr.HUBBY dah plan nak dinner together..ala-ala candle light dinner gitu..hehehe..so kami dicide untuk makan di Huski @ Arau..Mr.HUBBY tak pernah lagi makan dekat sini, tu yang Mr.HUBBY ok je bila sy cakap nak makan kat situ..

Malam-malam ni orang tak ramai pulak, ye la, lagipun tempat ni nampak cam exclusif sikit..hehehe..saje pilih tempat-tempat camni untuk our 1st anniversary candle light dinner..memang sesuai sangat tempat camni..hati sy pun berbunga-bunga je bila sampai sini..hehehe..cantik sangat pemandangan dan decoration waktu malam ni..dengan cahaya pelita lilin yang menyinari di segenap ruang..memang sesuai untuk sape-sape yang nak berdating..

So malam ni kami makan western food..sy order coke + terrayaki chicken burger while Mr.HUBBY pulak kickapoo + grilled chicken chop..sedap,sedap,sedap..:)..memang puas hati makan kat sini..sambil diiringi lagu-lagu jiwang yang berkumandang..makan pun jadi bertambah sedap..:)









::BERdating WITH Mr.HUBBY::

Hari ni adalah ulangtahun perkahwinan sy yang pertama bersama suami tersayang, Muhamad Izzad bin Ahmad Kamal..kini dah setahun kami menjalani hidup sebagai suami isteri..so hari ni sy nak habiskan masa bersama dengan suami sy tu..memandangkan kami berdua masih lagi dalam mood bercuti, so hari ni pun rasa cam best je..tak de tekanan or stress dari keja masing-masing..

Hari ini sy dan Mr.HUBBY keluar untuk berdating lagi..hehehe..walaupun dengan perut yang semakin membesar dan memboyot, tapi semangat nak berdating tu tetap ada..ye la, dah lama tak berdating dengan Mr.HUBBY..dan destinasi kami ialah Tasik Melati..saja nak mengimbau kembali kenangan masa kami tengah hangat bercinta dan memadu kasih dulu..hehehe..kat sini la sy dan Mr.HUBBY selalu lepak kalau keluar..

Now tempat ni dah jadi sejarah percintaan kami..dan bila sampai je ke sini, terus teringat segala memori-memori yang lepas..segar je bermain dalam fikiran..dan kami pulak memilih untuk duduk bersembang-sembang dekat kerusi feveret kami 2 tahun lepas..Mr.HUBBY tersenyum, tergelak bila teringat balik kenangan-kenangan zaman remaja kami tu..zaman yang penuh dengan kegembiraan dan gelak ketawa..jarang untuk menitiskan air mata..semuanya kenangan indah je..

Tapi kejap je la kami berdating hari ni sebab keadaan sy tak mengizikan untuk duduk lama-lama atas kerusi batu tu..kalau dulu berjam-jam kami duduk..hehehe..dan yang paling pentingnya, tasik ni la yang menjadi tempat kenangan terindah sy dan Mr.HUBBY melalui hari-hari penuh bahagia masa alam percintaan ketika remaja..hehehe..:)







Monday, April 18, 2011

::365 HARI SEBAGAI ISTERI::


Hari ini 18 April 2011, cukup la setahun sy dan Mr.HUBBY melayari hidup sebagai suami isteri bersama..kami dinikahkan pada tarikh ini jugak tahun lepas..:)..tersenyum je bila teringatkan balik kenangan akad nikah dan masa hari kenduri..dan pagi ni dimulai dengan senyuman bila bangun tidur je terus dapat ciuman dari Mr.HUBBY dengan ucapan " happy anniversary sayang "

Now sy cukup bahagia bergelar seorang isteri kepada suami yang dicintai..walaupun kami tak hidup dalam keadaan serba mewah, namun sy cukup bahagia dengan keadaan yang serba sederhana ni..dan yang paling membuatkan hari-hari sy dan Mr.HUBBY bertambah bahagia ialah bila sy disahkan mengandung..kini sy sedang melalui hari-hari terindah dengan Anugerah Terindah daripada Ilahi..SYUKUR..

Untuk suamiku, sayang cukup-cukup bahagia sangat sekarang ni..hubby terlalu baik sangat untuk syg..hubby jaga syg dengan sempurna..dan cinta yang hubby curahkan untuk syg tu, syg akan hargai sampai bila-bila..dan syg tak pernah ragu-ragu dengan cinta dan kasih sayang dari hubby sebab syg tau dan yakin, cinta dan kasih sayang hubby tu untuk syg seorang je..syg harap, moga perasaan cinta hubby untuk syg tu akan terus kekal mekar hingga ke akhir hayat hubby..

Terima kasih jugak untuk hubby coz dah bahagiakan syg selama ni..memang keputusan syg masa terima lamaran daripada hubby tu tak salah..dan paling syg terharu ialah kesabaran hubby melayan syg terutamanya masa syg morning sikcness masa awal-awal pregnant dulu..hubby tak pernah mengeluh, hubby tak pernah menunjukkan muka yang letih atau marah walaupun hubby terpaksa buat semuanya..hanya untuk seorang isteri yang hubby cintai..

Dan syg jugak nak hubby tau, syg sayang sangat-sangat dekat hubby..I LOVE U SO MUCH..mmmmmmuuuuaaaahhhhhh...

Sunday, April 17, 2011

::CHINTA QAISARAH::

Sedap kan nama tu..itu la nama cucu saudara sy..hehehe..sy dah jadi tok su kini..tok su muda..:)..actualy Chinta Qaisarah ni 2nd princess kepada Nurol Asriah & Mohd Zaidy..1st princess diaorang ialah Qaseh Maisarah..so hari ni kakak sy iaitu kak uda, ada wat kenduri kesyukuran sempena kelahiran Cinta Qaisarah..kami ke rumah kak uda yang terletak di kem UPP Padang Besar dalam kul 11.30 pagi..sy, Mr.HUBBY dan MY LOVELY MOM..sampai je orang dah ramai..cam besar la plak kendurinya..

Sampai-sampai je terus cari Chinta Qaisarah..tak sabar nak jumpa Lil Princess ni..chomeellll je tengok..pipinya tembam..hemmm, geram sungguh sy tengok..siap-siap ambil gambar lagi dengan Chinta Qaisarah..Mr.HUBBY pulak takut-takut nak pegang baby..hehehhe..tak berani katanya..ye la, baby Chinta baru 49 hari..baru lepas pantang..last-last pegang jugak Mr.HUBBY tu..
"lambat je la rasanya Lil HERO nak keluar kan..PAPA tak sabar dah ni..hehehe.."..itulah luahan hati ketidaksabaran seorang PAPA..hehehe..nak menunggu detik-detik kelahiran Lil HEROnya.."sabar ye B, tinggal lagi 2 bulan je ye syg"..hehehe..

Jom tengok pic sy dan Mr.HUBBY with baby Chinta Qaisarah..



ni Qaseh Maisarah







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...