Saturday, April 30, 2011

::BILA HATI DIGURIS::

Sakit kan rasanya..:(..pedihnya tak terkata..cuma bila kita melalui saat itu, baru kita rasa macam mane..tapi bagi orang yang mengguriskan hati dan perasaan kita tu, rileks je..macam tak de ape pun yang berlaku..dia tak dapat nak rasa ape yang kita rasa..semoga ALLAH S.W.T terus memberikan sikap sabar dalam diri sy ni..maybe bila tahap kesabaran itu selalu sangat diuji, tak mustahil perasaan menyesal tu akan wujud dalam diri insan-insan yang selalu buatkan sy terasa..:(..

Sy rasa hanya sy je yang bodoh asyik nak jaga perasaan dan hati semua orang..padahal orang disekeliling tak pernah pun nak ambil tau dan pedulikan perasaan sy..ape yang sy nak??ape yang sy dah impikan??..semuanya tak penting untuk diaorang..yang penting hasrat diorang tercapai..bergembira seadanya..sedangkan ada lagi orang lain yang terluka dengan hasrat dan kegembiraan yang dioarang rasa..dan sekarang, sy bukan seorang..ada nyawa dalam kandungan sy yang perlu sy ambil kira sama..yang perlu untuk sy fikirkan kepentingannya sama..

Tapi kenapa orang-orang lain tak pernah nak pedulikan sy dan nyawa yang sy terlalu jaga sekarang ni??bila sy menangis, nyawa sy pun akan rasa jugak kesedihan yang sy rasa..bila sy ketawa, nyawa sy jugak akan rasa kegembiraan yang membuatkan sy tersenyum dan ketawa..kenapa susah sangat kegembiraan itu datang dalam tempoh masa yang lama, supaya sy rasa kehidupan dan masa sekarang adalah masa yang paling terindah untuk sy hadapi..

Semalaman sy menangis memikirkan nasib diri dan juga nyawa sy..tapi ade ke orang yang nak pujuk sy??orang yang akan membuatkan airmata sy ni berenti daripada mengalir dengan lajunya..tak de pun kan..bila sy tak berselera untuk makan, ade ke orang yang bertanyakan samada sy dan nyawa sy ni dah makan ke..tak de pun kan..membiarkan tidur malam sy dengan perasaan yang terguris dan terkilan dengan sikap dan tingkah laku insan-insan lain.

Kalau sebelum sampainya semalam, sy rasa happy sangat, rasa tak sabar, sy asyik je mengira waktu untuk sampainya hari ni, sy rindu sangat,...tapi sekarang, semua perasaan tu dah tak de..hilang dalam sekelip mata..tak tinggal walau secebis..apa yang sy rasa hanyalah perasaan hambar..kosong..semangat sy jugak entah hilang ke mana untuk meneruskan liku-liku kehidupan ini..sy dah macam insan yang tak de perasaan dah sekarang ni..

YA ALLAH, Ya Tuhanku, hanya padamu aku memohon dan meminta segala petunjuk..hanya padamu aku ceritakan segala-galanya yang hati ini rasa..Kau tenangkanlah hati ni demi nyawa yang aku kandungkan sekarang..Kau kuatkan la diri ini demi nyawa yang aku kandungkan sekarang..tiada ape yang lebih penting dalam hidupkan selain daripada nyawaku yang seorang ini..yang membuatkan aku kuat untuk teruskan kehidupan ku..

Satu hari nanti, bila sy dah pergi terlalu jauh dengan insan-insan ini, mungkin diorang akan sedar tentang sikap diorang yang satu itu..yang selalu membuatkan hati sy terguris dan air mata sy mengalir..:(..dan sekarang pun semasa sy menaip tentang isi hati sy ni, airmata tetap jugak laju mengalir walaupun cuba untuk tidak menangis lagi..YA ALLAH...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...