Tuesday, April 12, 2011

::MALAM BERINAI::

Malam ni dekat rumah nenek akan diadakan malam berinai sempena majlis perkahwinan Cik Pi & Cik Mira..masa siang tu sy dan Mr.HUBBY pun ringan tulang je menolong..Mr.HUBBY tolong basuh pinggan, kikis perut lembu..sampai bajunya pun dah berbau lembu..while sy pulak tolong Cik Anis untuk sediakn gift untuk tetamu..dan sy pulak tak tau yang malamnya akan diadakan malam berinai..that why la sy bawa 1 helai je baju kurung untuk dipakai masa majlis persandingan hari ahad tu..tapi tak pe, memandangkan sy ni preggy, so pakai suar dan baju preggy pun dah ok..:)..Mr.HUBBY pun tak kisah..sebabnya suami sy tu la yang jadi perunding imej sy..kalau nak beli baju pun, kalau dia kata cantik baru beli..ye la, kita bergaya semua untuk suami jugak kan..:)..

Malam ni sy dan Mr.HUBBY tolong nenek untuk sambut tetamu yang datang dan serahkan gift untuk tetamu yang dah nak balik..sekali dengan Mak Eton dan Cik Ijal..seronok jugak merasa kenduri malam-malam ni..tak panas..angin malam sejuk je..dekat kampung pulak tu..tak sangka pulak sy ramai jugak yang datang majlis malam ni..macam kenduri siang-siang pulak..:)..dan menu untuk malam ni ialah nasi lemak, sambal sotong, sambal ikan keli, sayur campur dan roti canai..saya sempat makan roti canai je..itu pun Mr.HUBBY yang suapkan..nasi lemak tak sempat nak makan coz dah habis..orang datang ramai..

Malam ni Cik Pi & Cik Mira pakai baju warna putih masa akad nikah aritu katanya..cantik bajunya..:)..ye la, Cik Mira pun still slim lagi..so pakai ape pun cantik la..:)..tak macam sy yang dah bulat sana, sini..hehehehe..sambil majlis ni berlangsung, macam biasa la akan ada karaoke..syiooookk dengar orang karaoke ni..dan malam ni pun MY GORGOUS MOM IN LAW pun tak melepaskan peluang untuk berkaraoke..hehehe..lagu syurga idaman..:)..ayah pulak tak nak..malu katanya..while pasangan pengantin baru  pulak sporting dan tak malu untuk mendendangkan lagu "jangan pisahkan"..sangat sesuai..:)..


Mr.HUBBY dan Lisa
gift untuk tetamu



cik mira, sy, ibu, mak eton
sy dan cik mira

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...