Monday, April 4, 2011

::AKHIRNYA::

Hari ini seperti yang dijanjikan, akhirnya Mr.HUBBY balik ke Perlis..yeayyy..asyik tertunda-tunda je rancangan Mr.HUBBY nak balik sini sebab kena tugas khas..mula-mula nak balik hari sabtu, x jadi, then hari ahad, also tak jadi..then now hari isnin baru Mr.HUBBY dapat balik..semalam Mr.HUBBY cakap nak balik naik bus hari ni jam 9.00 pagi..dan seperti biasanya sy jugak akan buat perangai nak suruh suami sy tu balik cepat..hehehe..then semalam sy terjaga dalam pukul 3.30 pagi..tengok tak de pun sms dari suami sy tu..risau pulak, then sy pun sms Mr.HUBBY..tapi senyap je tak jawab pun..then sy buat friend finder..

Ya ALLAH, suami sy tu berada di Penang..Mr.HUBBY balik jugak malam ni..risaunya la sy..dah tak boleh nak tidur dah sy ni..hmmmm,macam ni agaknya la bila kita risaukan orang yang kita sayang..dari pukul 3.30 sy terjaga, langsung tak boleh nak lelapkan mata ni..klip pop klik pop je tengok dinding..jangan la jadi perkara yang bukan-bukan dekat Mr.HUBBY..15 minit berselang, sy akan buat friend finder..ye la, sms dan call Mr.HUBBY tak balas..juru, butterworth, sg.dua, bedong, alor setar, jitra, kubang pasu, changloon dan last sekali arau..sy hanya dapat tau kedudukan semasa Mr.HUBBY melalui friend finder je..nasib baik ada friend finder..bila dah tengok Mr.HUBBY sampai arau, baru la rasa lega sikit hati ni..

Then dalam 10 minit lepas tu, tengok-tengok Mr.HUBBY sampai..terus sy buka pintu..Mr.HUBBY pulak terkejut tengok sy..ye la, tengok muka cam bukan baru bangun tidur..ye la, dari 2 jam lepas sy tak leh tidur.."ala, ingatkan B nak wat surprise".."banyak la B punya surprise..syg risau sangat"..tapi, bila Mr.HUBBY dah selamat sampai, bersyukur sangat..sepanjang 2 jam tu, sy asyik berdoa je semoga ALLAH selamatkan perjalanan suami sy tu..sampai je rumah, Mr.HUBBY terus tidur..sian sangat tengok muka suami sy tu masa dia tidur..punya la sanggup nak balik tengok sy dan Lil HERO..balik jugak lepas abis waktu keja pukul 1 pagi..

Terharu pulak tengok suami sy tu..sanggup wat ape je untuk sy dan Lil HERO..special TQ to B..we're love u so much PAPA..:)..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...