Friday, September 30, 2011

::TABAHNYA HATIMU IBU::

*Kisah ini sy baca melalui fb..dah disharekan di wall fb sy..mengalir airmata sy bila baca kisah ini..tabahnya hati ibu tersebut..redha dengan pemergian anak lelaki yang dicintai dengan sepenuh hati*


Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.

Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.


Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.

"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah.

Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.

"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"

Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.

Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.

Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"

Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.

Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.

Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.

Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.

Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu? Empat tahun dua bulan mak membesarkan Abang. Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya. Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita Abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir. Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum Abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari. Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis?

Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.

Januari 2011- Perut Abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman Abang sudah rosak, sudah 'reput'. Tidak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk Abang.

26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah! Hah Hah.. Tergelak mak. Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah, Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur , tetapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang Abang minta. Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan Abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti. Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, Abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.



7 Mac 2011- Keadaan abang semakin kritikal. Perut abang semakin membesar. Abang tidak mampu untuk bergerak dan lebih banyak terbaring serta asyik sesak nafas. Mak semakin tidak tahan melihatkan keadaan Abang sebegini rupa. Mak bawa Abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat Abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan-lahan. Mak redha dengan ketentuan ilahi. Dalam hati mak juga terdetik, masa Abang sudah tidak lama lagi. Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan keadaan Abang? Mak cuma mampu untuk jawab, "InsyaAllah, Abang akan sihat!" Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tidak mahu mereka semua lemah semangat jika mereka tahu Abang sudah tiada harapan lagi. Mereka pun sedang bertarung dengan ujian Allah apabila anak-anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri yang telan.

13 Mac 2011- Hari ini merupakan hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa Abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah Abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan disaat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan Abang. Di rumah, setiap hari mak akan tanya, "Abang nak apa harini?"

Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab, "Mak, Abang nak naik kereta bomba!"

Mak termenung dengar permintaan Abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana?

Mak jawab, "Balai bomba!"

Sampai di situ, mak meminta izin daripada pegawai bomba. Mak kata padanya, Abang teringin sangat nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu cuma garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala. Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju Abang ke paras dada.

Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu, "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!" Bila lihat perut Abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tidak tunggu lama. Terus dicapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu. Lantas dia terus dukung Abang dan letakkan Abang ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembira sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Tetapi Abang tidak perasan, ketika itu mak palingkan muka selama lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi pada abang, "Abang nak apa?"

Abang pun jawab: "Abang nak naik lori sampah!" Mak dukung Abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.

"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?" Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju Abang dan beritahu perkara sama. Terus berubah mimik wajah mereka. Segera mereka angkat Abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup untuk melihat Abang lama-lama. Sedih agaknya. Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Kalau Abang nak tengok gajah, mak akan bawa Abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa.

Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung Abang. Abang pinta nak tengok burung, mak bawa Abang ke taman burung. Abang nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja Abang nak pergi dan apa sahaja yang Abang inginkan, semuanya mak tunaikan! Setiap hari juga mak tanya Abang nak makan apa. Macam-macam Abang teringin nak makan. Murtabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung , rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikan walaupun makanan itu Abang pinta pada pukul 3.00 pagi.

Mak tahu dan faham, masa Abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Abang sudah tidak mampu untuk berkata-kata, apatah lagi untuk bergerak seperti biasa. Mata Abang kuyu dan Abang hanya mampu terbaring sambil memeluk Aina, anak patung kesayangan Abang. Mak segera pinta abah bawa Abang ke hospital.

"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!" Itulah kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.

5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama Kakak sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan Kakak pulang.

"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!" Mak pinta pada cikgu dan Kakak diizinkan pulang. Kemudian, Dr. Adura, doktor yang sinonim merawat abang juga datang melawat. Ketika itu mak ceritakan yang mak terkilan sangat tidak dapat tunaikan permintaan Abang yang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat Abang lagi. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk Abang tengah hari ini. Rupa-rupanya, tengah hari itu tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura datang membawa kek lori sampah yang Abang mahukan sebelum ini. Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sangka, Dr Adura rajin menulis mengenai kisah abang didalam blognya dan ramai yang menawarkan diri untuk menyediakan kek yang abang pinta. Para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk Abang. Tetapi abang kurang ceria, wajah Abang tampak letih dan nafas abang turun naik.

8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tetapi abang sangat lemah. Abang sekadar terbaring merenung kek itu. Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah Abang, bacaanya meningkat naik. Tetapi hati mak dapat merasakan yang Abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan Abang berada di dalam bilik. Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah Abang, mak peluk dan usap rambut Abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.

Dalam tangis itu, mak katakan pada Abang, "Mak tahu Abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu Abang nak pergi. Jangan tahan-tahan Abang. Pergilah menghadap Ilahi. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa sahaja hajat yang Abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan Abang dalam hidup mak walaupun seketika."

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Mak juga berjanji bahwa mak tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia.

9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa Abang dah dekat sangat. Mak lihat Abang sudah kritikal. Wajah Abang sudah tampak biru, lebam! Dada Abang berombak, tercungap-cungap menarik nafas.

Abang sudah tidak mahu makan dan minum lagi sejak malam tadi. Pukul 8.00 pagi, abah dan kakak-kakak sampai. Mak suruh Kak Long bacakan Yaasin di sebelah Abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, Abang semakin lesu. Lantas mak ajak Abang keluar berjalan-jalan.

"Abang, abang nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"

Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung Abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi Abang hanya minum seteguk. Kemudian, Abang lentukkan kepala pada bahu mak.

"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak tak sinar matahari tu? Cantikkan?" Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu. Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.

"Abang ngantuk!" Itu kata Abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak. Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang. "Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak-kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja.

Sampai sahaja di wad, mak terus baringkan Abang di atas katil.

Dan Abang terus merintih dalam nada yang lemah, "Makkk..sakit perut..!"

Suara Abang amat perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi Abang.

"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan Abang pergi. Mak halalkan segala makan minum Abang. Mak halalkan air susu mak untuk Abang. Pergilah Abang. Mak izinkan Abang pergi!" Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalam mata Abang yang semakin kuyu. Saat Abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup Abang selagi Abang masih bernafas. Mereka kucup pipi Abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu Abang dengar kamu menangis! Jangan seksa Abang dengan tangisan kamu semua!" Mak marah mereka. Mak tidak mahu Abang lihat kami menangisi pemergian Abang. Mak tahu, Abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput Abang. Mak tidak mahu tambahkan lagi kesedihan Abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya. Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat Abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

"Pergilah Abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah.."

Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan Abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...

Pukul 3.50 petang, akhirnya Abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillahiwainnailahirajiun.

Mak kucup dahi Abang. Mak bisikkan di telinga Abang, "Tenanglah Abang di sana . Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak Abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"

Abang, sekarang mak sudah dapat jawapanya. Mengapa mak tidak menangis? Pertama, Abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti. Kedua, apa saja keinginan Abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak. Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat Abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk Abang. Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi Abang dan menggembirakan Abang setiap saat dan waktu. Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti Abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran Abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan. Mak telah beri segalan-galanya melebihi seratus peratus untuk Abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tidak perlu menangis lagi.

Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa Abang tapi... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran Abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar. Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahannya yang gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidak lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).

Al-Fatihah buat Allahyarham adik Iqbal Fahreen.

::8 JAM TANPA AJEEQ::

Semalam adalah permulaan harinya..:)..permulaan hari untuk sy meneruskan hari-hari bekerja sy dan permulaan hari untuk sy tinggalkan permata hati+anugerah terindah sy itu selama 8 jam sehari..setiap isnin hingga jumaat..hanya sabtu, ahad dan cuti umum je sy dapat bersama dengan Ajeeq encem manja tu...:)..

Hanya ALLAH je yang tau betapa rindunya sy dekat Ajeeq sepanjang berada di pejabat ni..sebelum ni tak pernah sy berpisah lama-lama dengan Ajeeq..dan now bila dah terpaksa berpisah, memang terasa la rindu tu..hmmm..sebelum Ajeeq duk depan mata je..kalo tidur tutup mata pun Ajeeq ade kat sebelah..tapi semalam dan hari ni, Ajeeq berada jauh nun di rumah while sy pulak disini, dipejabat tempat sy mencari rezeki bagi membantu Mr.HUBBY dan meneruskan kerjaya sy..

Rindu sangat-sangat dekat Ajeeq..kerap sangat sy mesej Mr.HUBBY tanya ape yang Ajeeq tengah buat sekarang..tidur ke dia??menyusu ke dia??dah mandi ke belum??Ajeeq nangis tak hari ni??Ajeeq bersembang tak hari ni dengan PAPA??..macam-macam yang sy tanyakan just nak tahu tentang anak kesayangan sy tu..

Then sy jugak akan 3G dengan Mr.HUBBY..nak tengok Ajeeq..rindu sangat rasanya dengan budak comey tu..geram nk cium-cium dia..Ajeeq pulak dah pandai sangat tengok kamera telefon bila 3G..nampak booolattt je anugerah terindah sy tu..mata boooolattt, muka boooolattt, dahi also booooolatttt..huhuhuhu..

Tak sabar nak menunggu jam bergerak ke angka 5, terus nak balik rumah tengok Ajeeq..nak ceoooommmm..hanya gambar Ajeeq dalam koleksi telefon je yang jadi pengubat rindu sy sekarang ni..sy akan tatap gambar anak kesayangan sy tu lama-lama..









Thursday, September 29, 2011

::ALHAMDULILLAH, PKMD KINTA::

Hari ni merupakan hari pertama sy start bekerja selepas 3 bulan bercuti bersalin..hehehe..malasnya jangan cakap la..huhuhu..tak terkata malasnya tu..nak bangun pagi pun malas sangat..pagi tadi pun nasib baik tak terbabas tidur..hehehe..kalau tak, lewat la sy hari ni..hari ni Mr.HUBBY hantarkan..so, merempit la kami pagi ni..tak de la sy mengharungi jem tu..pukul 7.30 baru kami keluar dari rumah..

Masuk je office HQ ni ramai yang tak cam..ye la, dulu masa lapor diri, mengandung, now dah bersalin slim melim la..hehehe..diorang cakap muka dah nampak lain bila dah bersalin..pagi je terus berjumpa dengan Pengarah sebab nak tahu penempatan sy..tak nak tunggu lama-lama dah..tak tahan nak tahu dimana penempatan sy..

Masuk je lam bilik Big Boss, dah rasa gemuruh takut dihantar ke daerah yang jauh-jauh..huhuhu..kalu boleh sy nak kerja ni HQ ni..tapi Pengarah cakap sebab sy tak de pengalam dekat daerah cmane nak duduk HQ..sebagai rujukan kepada pegawai-pegawai di daerah yang lain..huhuhu..betul jugak tu..tapi, takkan sy nak dihantar ke daerah yang jauh-jauh..

Keluar dari bilik Pengarah, lagi la jantung ni bergerak laju je..cam baru lepas lari 100m..dengan otak semak memikirkan dimana la sy akan ditempatkan..bergantung kepada kekosongan yang ada di mana-mana daerah..dalam hati hanya mampu berdoa je, semoga sy ditempatkan di Ipoh sahaja..tak nak la sy jauh-jauh dengan suami..susah dengan anak yang masih kecil lagi.."YA ALLAH Ya Tuhanku, bantulah hambamu ini..kasihani la hambamu ini..jangan aku ditempatkan di daerah yang jauh-jauh..amin ya rabbal alamin"..

"awak sy tempatkan di pejabat kebajikan masyarakat daerah kinta..memandangkan suami awak berkeja disini, then tak de la jauh pun"..tersenyum je sy mendengar..Terima Kasih Ya ALLAH memakbulkan doa sy selama ini..Engkau telah memudahkan urusanku..tapi sekarang ni sy akan terus stay dulu di HQ ni sehingga Pengarah dah berbincang dengan Boss di PKMD Kinta..Alhamdulillah.

Tuesday, September 20, 2011

::KOKTAIL YANG SANGAT SIMPLE::

Haaaa, sama cam tajuknya..koktail ni tersangat la simple..budak darjah 1 pun tau buat..hehehe..simple dan senang sangat nak sediakan..dan rasanya pulak memang la sedap..sedap sangat-sangat..marvelesss..dalam entry sebelum ni pun sy ada sebut yang sy nak buat koktail ni sebab sedap sangat sy rasa..

So petang tadi sy ke Giant dekat dengan rumah tu..dekat sesangat..5 minit pun tak sampai..Ajeeq sy tinggalkan dengan Mr.HUBBY..tapi sy dah mandikan dan susukan Ajeeq siap-siap la..bukan main tinggal camtu je..:)..nak buat ape pun kebajikan anak tetap kena jaga..itu pesanan suamiku yang terchinta itu..:)..tersemat di dalam dada sy ni..hehehehe..

Malam ni mula la misi untuk membuat koktail ni..Mr.HUBBY tolong bukakan buah-buah dari dalam tin..sy tak pandai nak kopek tin tu..even tin susu sekalipun..hehehe..bini sape la ni??..tak pandai ke malas..huhuhuhu..so sy dah sediakan mangkuk yang agak besar..sebab buahan lam tin ni pun sy amik yang besar..punya la nak wat banyak sebab sedap..hehehe..then tuang je semua buah-buahan tu masuk dalam mangkuk..then tuang susu cair..taraaaa, dah siap..kan sy cakap memang simple dan senang giler..budak-budak pun pandai buat..lepas dan siap semua, apeee lagi, selamat masuk dalam mulut sy dan Mr.HUBBY..huhuhuhu..




::AJEEQ DEMAM HARI NI::

Pagi tadi masa bangun tidur, terkejut sy bila pegang kepala Ajeeq..panasnya la kepala anak kesayangan ni..Ajeeq demam ke??macam-macam persoalan bermain dalam kepala sy ni..start daripada tu perasaan risau dah ada lam diri..then pegang badan pun panasnya la badan Ajeeq..terus sy angkat Ajeeq turun ke bawah..nak call Mr.HUBBY..sebab hari ni Mr.HUBBY kerja pagi..sebelum call Mr.HUBBY sy check dulu berapa suhu badan Ajeeq..nasib baik la hari tu sy ada beli tester suhu simpan di rumah..senang nak guna bila time-time camni..38'c..mak aiii, tingginya jugak demam anak sy ni..tak boleh jadinya..

Alahai, nak call Mr.HUBBY pulak tak boleh sebab telefon dah kena barred..hmmmm..sebabnya adalah tak bayar bil..haaa tu la..hehehe..camane la nak buat ni..duk gelabah sorang-sorang jap..takkan nak pinjam telefon rumah jiran..rasa cam tahap kemaluan sy tinggi je nak buat camtu..huhuhuhu..nasib baik la terpandangkan lappie..haaa, buka fb then cari kakak ipar sy..dalan hati berdoa je bagi la kakak ipar sy tu online..nak minta dia call gitau Mr.HUBBY..Legaa, buka-buka je fb tengok Princess Lulu tu duk online..hehehe..mak cik tu time office ni memanjang je dia berfb..hehehehe..ape lagi, terus chat kakak la cerita ape yang terjadi dan minta dia call Mr.HUBBY..

10 minit lepas tu Mr.HUBBY call sy balik..sy cakap Ajeeq ok lagi..sebab lepas sy mandikan Ajeeq tadi, then sy check balik suhu badan dah turun 37.6'c..setengah jam lepas tu sy dengar bunyi moto Mr.HUBBY..Mr.HUBBY balik nak bawa Ajeeq pegi klinik..tak nak biar badan Ajeeq panas lama-lama..nanti lain pulak jadinya..then kami terus ke Klinik Kesihatan Tanjung Rambutan..Ajeeq dibekalkan dengan syrup paracetamol..balik rumah terus susukan Ajeeq dan bagi ubat..after that Ajeeq terus tidur..cian sangat sy tengok muka bila Ajeeq tengah tidur..ditambah pulak dengan Ajeeq duk merengek..lagi la sy kecian..Mr.HUBBY pulak tak buat ape dah, duk baring je sebelah Ajeeq..

So malam ni sy pakaikan cool fever dekat kepala Ajeeq lepas bagi Ajeeq makan ubat tadi..walaupun badan Ajeeq dah tak panas dan suhu badan dah kembali ke normal, sy pakaikan jugak..takut kalau suhu tu naik balik malam-malam ni..air asam jawa pun sy dah sapukan kat dahi dan kepala Ajeeq tadi..minta-minta la Ajeeq cepat sembuh ye..mama risau bila sentuh je rasa panas je badan anak kesayangan mama tu..cepat sembuh ye sayang..tak sanggup mama tengok anak mama ni demam lama-lama..mama sayang Ajeeq busyuk mama tu..:)


ajeeq kusyuk duk tengok tv..







::CERITERA LEBARAN K.A.M.I Part 4::

On that day, Ajeeq jenjalan raya with Mak Tok Dan Tok Ayah..:)..kebetulan hari sabtu hari tu, Mak Tok dan Tok Ayah datang ke Perlis nak pergi open house kawan Tok Ayah @ Padang Besar..then terus la Mak Tok dan Tok Ayah singgah tengok Ajeeq sama..dan kebetulan jugak hari tu PAPA pun balik Perlis..jadi boleh la PAPA bawa Ajeeq dan mama jenjalan raya lagi hari tu..raya kan sebulan..

Kami ke Kuarters Imigresen Padang Besar..seingat sy, sy pernah datang dulu kat rumah kawan Ayah ni..masa ni sy dan Mr.HUBBY tak kahwin lagi tapi Ibu dan Ayah ajak sy datang jugak..hehehehe..tak malunya la..hahahaha..tapi untuk tahun ni sy siap bawa anak lagi..aik, dah dapat anak ye..:)..

Dan menu yang paling sy suka untuk open house ni adalah koktailnya..huhuhu..walaupun simple tapi sedap dan mengancam..marvelesss..sy suka..sedap sangat..:)..lebih kurang cam kastard yang ibu mertua sy buat tapi yang ini lagi senang sebab tak payah buh kastard..boleh cuba buat ni..lupa pulak sy nak snap pic koktail tu..tak pe, sy dah siap minta resipi lagi..haaa, cewahhh..semangat berkobar-kobar ni nak buat sebab rasanya yang sedap tu..ape lagi, jom layannnn makannnnn..:)


ajeeq with tok ayah
ajeeq with papa..
pak cu azim yg sebokkkk..hehehe..
mak tok yg vouge selalu...
pak cu azim pakai baju angry bird..
ajeeq buat muka kecian..hehehe..
ajeeq sayang papa..
mama yg dah chubby semula..hehehe..

Monday, September 19, 2011

::AJEEQ IN PINK!!!!!::

Waaa, boleh tahan tajuk yang sy taip tu ye..siap berderet lagi tanda seru tu..heheheh..malam ni, Ajeeq sy pakaikan baju warna pink..sebab tu la tajuk entry ni pun sama macam tu..baju tu dapat free ok..Boss Tok Ayah yang kasikan hamper siap dengan bajunya sekali..tapi bajunya warna pink...ala, kawan Tok Ayah tu tak tau yang cucu Tok Ayah ni hero..

Tak pe la, pakai je baju tu..sayang dan rugi la kalau dibiarkan macam tu je..lagipun pakai kat rumah tak de sape nak perasan pun..tapi chomelll je Ajeeq pakai baju warna pink kan..hehehe..sama chomel cam PAPA..PAPA pun ada baju kaler pink ok..:)..



Friday, September 16, 2011

::SELSEMA+SAKIT TEKAK+BATUK::




Hari ni dah 5 hari sy tak sihat..sy selsema+sakit tekak+batuk..semuanya bermula akibat terkena hujan pada hari Ahad yang lepas..gara-gara nak cop border pass masa nak balik Thailand hari tu..huhuhu..sungguh sy x selesa..tambah-tambah bila tengok kat Ajeeq..ye la, dah tak leh nak nk cium-cium, dah tak leh nk gomol-gomol Ajeeq dah..rindu sangat rasanya dengan keadaan tu..rindu nak cium bau Ajeeq..takut berjangkit pulak selsema ni nanti..biarla sy yang sakit sorang sudah la..huhuhuhu..tak nak la anak kesayangan tu pun berjangkit sama..

Sy pulak just makan panadol je..tak berani nak ambil ubat lain..takut effect pada susu..nak pegi ke Klinik rasa cam tak boleh pulak nak drive..rasa pening-pening sikit kadang-kadang tu..lagipula besok Mr.HUBBY dah nak balik ambil sy dan Ajeeq balik ke Ipoh dah..so, nanti kalau tak baik jugak selsema ni, memang kena ambil ubat dekat Ipoh la jawabnya..

Yang paling sy tak tahan adalah dengan batuk..huh, kalau batuk lama-lama rasa cam perit je lam perut kat tempat bedah tu..hmmmm..tambah-tambah kalau kuat pulak batuknya..sakit je rasa..pedih dan ngilu pun rasa kadang-kadang..seksanya la..YA ALLAH, Kau sembuhkan la selsema+sakit tekak+batuk sy ni..Aminnnnnnn..

Wednesday, September 14, 2011

::WAJAH KESAYANGAN HAMBA::





Tenang rasanya bila dapat menatap wajah cahaya cinta+anugerah terindah sy bersama Mr.HUBBY tu..memang tenang setenang nya..segala masalah akan hilang rasanya..itu la kelebihan apabila sy menatap wajah Muhammad Zamir Hazeeq..sungguh indah kelebihan yang ada padamu wahai anakku..dan setiap malam, wajah itu akan sy tenung dalam-dalam..sambil membisikkan betap sayang dan cintanya sy pada anak sekecil itu..anak yang sy kandung selama 9 bulan 15 hari..anak yang lahirnya adalah hasil cinta sy bersama Mr.HUBBY yang sy cintai dengan sepenuh hati..

Cukup indah kurniaan Ilahi ni kan..sy suka tenung pada wajahnya yang polos dan suci itu..tanpa secalit dosa yang ada padanya..bak kain putih yang bersih..begitu jugak dengan Mr.HUBBY, walau sepenat manapun balik ke dari kerja mesti anak yang akan ditengok dahulu..dicium-cium, dipeluk-peluk anak yang dicintai itu..hinggakan rasa kepenatan dan keletihan setelah bekerja hilang macam tu je..bagai dihembus angin..dan sy jugak akan merenung pada dahi, kening, mulut, mata, hidung yang mirip sy dan jugak Mr.HUBBY..dan yang paling sy suka adalah bulu matanya yang panjang itu..chomeell sangat rasanya anugerah terindah sy ini..dan sy sebagai seorang ibu bersyukur kepada Ilahi dengan kurniaan seorang putera kecil yang sihat dan sempurna ini..

::HANYA KERANA SEEKOR NYAMUK::


Ini adalah cerita rewind..
Saja sy nak menceritakan perihal seekor nyamuk yang sesat masuk ke dalam kamar beradu sy bersama Ajeeq dan Mr.HUBBY..kalau sesat je tak pe, ni diciumnya Ajeeq dikepala, dahi dan pipi..dikepala paling banyak dalam 8 gigitan, dahi 2 dan pipi 1..geram sungguh sy dengan nyamuk itu..mau ditampar hingga penyek hilang terus dari muka bumi ni..padang dengan muka..

Malam tu Mr.HUBBY kerja pukul 1pg,sebelum nak masuk bilik memang Mr.HUBBY dah spray ridsect terlebih dahulu..then sy dengan Ajeeq pun masuk tidur seperti biasa..Ajeeq pun tak de nak nangis dan hanya terjaga untuk menyusu macam biasa je..paginya bila Mr.HUBBY balik kerja, sy masih lagi tak perasan kesan gigitan nyamuk tu..dalam pukul 9 baru Mr.HUBBY perasan..YA ALLAH terkejut sy tengok..banyaknya kesan gigitan nyamuk tu..dah sampai bengkak dah sikit kepala Ajeeq tu..marah memang la marah dekat nyamuk tu..juga marahkan kecuaian diri sendiri..

Dan kebetulan jugak hari tu sy nak balik kampung..sure kena marah dengan mak dan mak mertua la ni..kelalaian sy menyebabkan anak digigit nyamuk sampai macam tu sekali..sampai dirumah ibu, memang kena la, tapi tak teruk sangat la marah ibu tu..maybe ibu segan sebab sy menantu..tapi bila balik rumah mak sy, memang kena marah kaw-kaw punya la..huhuhuhu..sampai rasa cam nak nangis pun ada..dan mak sy pulak airmata dah bergenang bila tengok kepala cucu kesayangan sekecil itu yang dah dibantai nyamuk..mak cakap nasib anak tak demam..huahuahau..lagi la nak mengalir airmata sy ni..

Tapi bukan sy sengaja nak biarkan anak si digigit nyamuk tu..masa tu tengah tidur lagipun Ajeeq pun tak de nak nangis ke ape..dan lagi pula Mr.HUBBY dah spray ubat nyamuk sebelum tu..tak pe la, ini pengajaran sy dalam menempuh kehidupan sebagai seorang ibu..lepas ni sy akan lebih berhati-hati dari semua sudut..takkan sy biarkan lagi anak kecil kesayangan sy itu walaupun untuk dihinggap oleh seekor nyamuk sekalipun..

Sunday, September 11, 2011

::AJEEQ RINDUKAN PAPA::

Bila Ajeeq dah tidur, baru dapat sy nak mengadap lappie ni..tak kira la mengupdate blog atau buka fb..malam ni nak menceritakan perangai anak kesayangan sy tu hari ni..sejak Ajeeq dah kenal orang ni, Ajeeq tak pernah lagi berpisah jauh dengan PAPA..just berpisah sekejap masa Mr.HUBBY pergi kerja..then bila Mr.HUBBY balik rumah, mula la Ajeeq bersembang dengan PAPA..macam-macam benda yang dicerikan atau diadukan dengan PAPA..PAPA pun layan la anak kesayangan tu..

Then hari ni bila PAPA tak de, Ajeeq cam mencari-cari je..tak pernah sy tengok Ajeeq macam ni..hmmmm..sedih pulak tengok dia..bila Ajeeq tengok Ami Idin dia, iaitu adik sy yang no 4 tu, tengok je..MY LOVELY MOM cakap maybe Ajeeq ingat PAPA dia kot..kesian pulak sy tengok..then terus ambil hanset terus sy gitau dekat Mr.HUBBY.."anak mesti rindu kat PAPA''..tu la pasal..hmmmm..kesian sangat..

Masa Ajeeq nak tidur lepas mandi dan hisap susu tadi, selalunya PAPA yang akan tidurkan Ajeeq..lepas sy selesai susukan Ajeeq, then Mr.HUBBY akan ambil tugas untuk tidurkan Ajeeq pulak..PAPA akan dodoikan Ajeeq sambil cium-cium sampai la Ajeeq tertidur..hanya PAPA je yang boleh tidurkan Ajeeq macam tu..dengan orang lain taknak nya dia..tapi petang ni sy la yang susukan Ajeeq hingga la Ajeeq tertidur..then kalau Ajeeq terjaga dari tidur, Mr.HUBBY akan tepuk dan dodoikan balik hingga la Ajeeq tertidur balik..

Tiba-tiba tadi Ajeeq terjaga sambil nangis..nangis cam sedih sangat..selalunya Ajeeq akan nangis manja je kalau terjaga dari tidur..tap pernah lagi sy tengok Ajeeq menangis macam tu..bila dipujuk-pujuk baru la diam..then sambung tidur balik..sian sangat sy tengok anak sy tu..maybe teringatkan PAPA..tak pe la sayang, nanti kita balik duduk dengan PAPA ye..PAPA pun dah rindukan Ajeeq tu..





Saturday, September 10, 2011

::DAY 1 WITHOUT HUBBY::

Pagi tadi Mr.HUBBY dah bertolak balik Ipoh..hari ni Mr.HUBBY kerja pukul 7mlm..so Mr.HUBBY kena naik bus pagi la..kalau naik bus petang, tak sempat pulak..then pagi ni, sy, Ajeeq hantar Mr.HUBBY ke stesyen bus..Mr.HUBBY tinggalkan kereta dengan sy, supaya senang sy nak bergerak kemana-mana sepanjang sy berada di sini..sedih sangat tadi, masa Mr.HUBBY nak keluar dari kereta..tapi sy tahan hati dan perasaan supaya tak menangis..kuat dan tabahkan hati..

Selalunya sy akan menghantar Mr.HUBBY hingga naik bus tapi tidak untuk kali ni..sebab tak nak nanti Ajeeq hidu bau asap daripada ekzos bus..tak elok untuk baby kan..so, sy tak hantar la Mr.HUBBY hingga ke bus..lepas Mr.HUBBY keluar dari kereta, sy pula terus menekan minyak untuk balik ke rumah..

Dan selepas itu, bermula la kehidupan sy tanpa suami disisi..dan tanpa kehadiran seorang PAPA bersama-sama Ajeeq tersayang..tapi tak pe, sebab perpisahan ni untuk sementara je..sebab ini jugak keinginan sy untuk balik bercuti di kampung..kena sabar la untuk menghadapi keadaan ni..ala, kejap je..pejam celik, pejam celik..dah sampai masa untuk sy kembali ke pangkuan Mr.HUBBY sy yang busyuk masham tu..hehehe..

Bila rindu dengan Mr.HUBBY, sy tatap muka Ajeeq puas-puas..huhuhuhu..malam ni dah start tidur tanpa suami disisi..huhuhuhu..

Thursday, September 8, 2011

::MAMA & AJEEQ WITHOUT PAPA::

sob, sob, sob..malam ni perasaan sedih sikit..besok sy dan Ajeeq dah nak balik Perlis..balik ke rumah MY LOVELY MOM..sy nak balik menghabiskan sisa-sisa cuti bersalin sy disana..disisi bonda yang sy cintai..:)..dapat merasa air tangan masakan bonda sy..suka, suka, suka..tapi dalam masa yang sama, sedih tetap ada untuk meninggalkan suami yang sy cintai jugak..huhuhuhu..

Dah plan nak balik rumah mak dalam seminggu lebih..sebab haritu masa dalam pantang just duduk sana dua minggu saja..then dah balik ke Ipoh..so, sebelum cuti ini berakhir, memang sy nak balik sana..Mr.HUBBY pulak asyik cium Ajeeq je..sedih sangat katanya Ajeeq nak balik kampung..tinggalkan PAPA sorang-sorang kat sini..nanti bila Mr.HUBBY balik kerja, mesti sunyi je rumah..selalu sy akan sambut kepulangan Mr.HUBBY dengan senyuman yang ikhlas..bab makan pun nampaknya Mr.HUBBY kena makan nasi bungkus je la..ciannya suami busyuk sy tu..:(..selalunya sy akan memasak untuk Mr.HUBBY walaupun just lauk yang simpe je..tapi cukup untuk mengenyangkan perut suami sy tu..huhuhuhu..

Jadi selama seminggu lebih ni, akan sunyi la rumahku syurgaku ni..tanpa gelak tawa sy dan tangisan Ajeeq..jugak suara Ajeeq yang dah pandai bersembang sekarang ni..kadang-kadang sampai menjerit-jerit dia nak bersembang dengan PAPA.." nanti mesti PAPA rindukan Ajeeq dan mama "..sedih sy dengar bila Mr.HUBBY cakap macam tu.." tak pe la hubby, kejap je..nanti kan mama dan Ajeeq dah nak duk sini terus dah..kita akan hidup bersama-sama dah lepas ni..no more PJJ..hehehee.."

Nak kemas baju pun rasa cam malas je..hmmmm..Mr.HUBBY pun tak cakap nak bertolak balik pukul berapa besok..selalunya kalau nak balik kampung, kitaorang memang happy..dan sy yang paling semangat untuk packing baju semua..tapi tidak untuk kali ni, sebab hanya sy berdua sahaja dengan Ajeeq yang akan stay di kampung while Mr.HUBBY pulak akan balik ke Ipoh untuk bekerja..huhuhuhuhu..

Malam ni tidur nak hug Mr.HUBBY kuat-kuat..hohohohohoho..


suamiku Muhammad Izzad bin Ahmad Kamal,
hubby duk sini elok-elok ye..jaga diri baik-baik..makan minum semua jaga ye..jangan sampai tak makan..bawa moto elok-elok, jangan laju sangat..hati-hati selalu ye..then yang penting jangan duk perasan bujang sangat ye..hehehe..ingat mama dan anak..mama dan anak sayang sangat-sangat dekat PAPA..:)..we love u PAPA..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...