Tuesday, September 6, 2011

::GOODBYE AMI MUTA::

2/9/2011 yang lepas iaitu hari Jumaat dan merangkap hari raya yang ke-4, sy, Mr.HUBBY dan Ajeeq ke KLIA untuk menghantar adik sy yang akan kembali ke Dublin, Ireland bagi menyambung kembali study kat sana setelah balik ke tanah air untuk bercuti selama sebulan..mak, dik syed dan iera pun ikut sekali..tapi sy dan family just bertolak dari Ipoh je la..sebab raya ke-3 tu kitaorang dah balik rumah coz Mr.HUBBY dah start bekerja..

Perjalanan ke KLIA sungguh memenatkan walaupun jaraknya tak la lama sangat..tapi memandangkan kereta yang nak kembali je KL tersangat la banyak, jalan jadi sesak..ada setengah tempat meter kereta hanya mampi bergerak ke angka 20km/j..huhuhuhu..cuba bayangkan betapa boringnya memandu kenderaan di highway dengan kelajuan 20km/j..dan memandangkan Cik Saga sy tu automatik, tak payah nak tekan minyak pun..hehehe..

Tapi kitaorang sempat sampai ke KLIA sebelum pukul 6 petang..flight Muta pukul 8.15 malam..sebelum tu kami sempat makan-makan bersama, posing-posing bersama..while Ajeeq pulak suka je sy tengok..mood Ajeeq pun OK petang tu..ambil gambar pun dah pandai tengok kamera..hehehe..tapi yang kelakarnya, Ajeeq asyik usha je pramugari-pramugari yang makan kat meja sebelah kitaorang..hehehe..bila sy alihkan kepalanya. nanti dia akan pusing balik kepala untuk tengok lagi..lama pulak tu duk mengusha pramugari-pramugari tu..heheeh..amboi, tak padan dengan kecik ye..:)..PAPA senyum je tengok Ajeeq duk usha anak-anak dara ni..

Then lepas hantar Muta, kami terus ke Klang..balik rumah nenek Mr.HUBBY..nak beraya di sana pulak..lagipun nak bawa Ajeeq jumpa ngan buyut ( panggilan moyang bagi masyarakat jawa ) coz Ajeeq adalah cicit yang pertama dalam family Mr.HUBBY..semua orang tak sabar nak jumpa Ajeeq tambah-tambah buyut dan nenek Anis..:)..seronoknya beraya di Klang walaupun dah raya yang ke-4..dan Ajeeq pun banyak dapat duit raya..huhuhuhu..tapi sayangnya MAMA pulak lupa nak snap pic sepanjang kami berada di rumah nenek..ruginya la..apa-apa pun enjoy dapat beraya di sana..:)








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...