Thursday, September 29, 2011

::ALHAMDULILLAH, PKMD KINTA::

Hari ni merupakan hari pertama sy start bekerja selepas 3 bulan bercuti bersalin..hehehe..malasnya jangan cakap la..huhuhu..tak terkata malasnya tu..nak bangun pagi pun malas sangat..pagi tadi pun nasib baik tak terbabas tidur..hehehe..kalau tak, lewat la sy hari ni..hari ni Mr.HUBBY hantarkan..so, merempit la kami pagi ni..tak de la sy mengharungi jem tu..pukul 7.30 baru kami keluar dari rumah..

Masuk je office HQ ni ramai yang tak cam..ye la, dulu masa lapor diri, mengandung, now dah bersalin slim melim la..hehehe..diorang cakap muka dah nampak lain bila dah bersalin..pagi je terus berjumpa dengan Pengarah sebab nak tahu penempatan sy..tak nak tunggu lama-lama dah..tak tahan nak tahu dimana penempatan sy..

Masuk je lam bilik Big Boss, dah rasa gemuruh takut dihantar ke daerah yang jauh-jauh..huhuhu..kalu boleh sy nak kerja ni HQ ni..tapi Pengarah cakap sebab sy tak de pengalam dekat daerah cmane nak duduk HQ..sebagai rujukan kepada pegawai-pegawai di daerah yang lain..huhuhu..betul jugak tu..tapi, takkan sy nak dihantar ke daerah yang jauh-jauh..

Keluar dari bilik Pengarah, lagi la jantung ni bergerak laju je..cam baru lepas lari 100m..dengan otak semak memikirkan dimana la sy akan ditempatkan..bergantung kepada kekosongan yang ada di mana-mana daerah..dalam hati hanya mampu berdoa je, semoga sy ditempatkan di Ipoh sahaja..tak nak la sy jauh-jauh dengan suami..susah dengan anak yang masih kecil lagi.."YA ALLAH Ya Tuhanku, bantulah hambamu ini..kasihani la hambamu ini..jangan aku ditempatkan di daerah yang jauh-jauh..amin ya rabbal alamin"..

"awak sy tempatkan di pejabat kebajikan masyarakat daerah kinta..memandangkan suami awak berkeja disini, then tak de la jauh pun"..tersenyum je sy mendengar..Terima Kasih Ya ALLAH memakbulkan doa sy selama ini..Engkau telah memudahkan urusanku..tapi sekarang ni sy akan terus stay dulu di HQ ni sehingga Pengarah dah berbincang dengan Boss di PKMD Kinta..Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...