Tuesday, April 5, 2011

::SEPETANG @ WANG KELIAN::

Alhamdulillah, hari ni Mr.HUBBY sampai rumah dengan selamat..sy bersyukur sangat..dan hari ni jugak kami dah plan nak ke Wang Kelian..tujuannya hanya 1 iaitu untuk beli pulut ayam..feveret sy dan Mr.HUBBY..dan coming soon akan menjadi feveret Lil HERO pulak..hehehe..so, pagi tu sy bagi peluang untuk Mr.HUBBY tidur dulu puas-puas..sebab semalam Mr. HUBBY tak tidur..cian suami sy tu..pagi ni dia tidur tak sedar ape..

Bila Mr.HUBBY dah bangun, terus siap dan Mr.HUBBY nak pegi ambil uniform kerja dulu yang dah ditempah dekat Chong Tailor..lepas Mr.HUBBY balik kami terus bertolak ke Wang Kelian..dari rumah sy nak ke Wang Kelian ambil masa 45 minit maybe..nak naik bukit tu yang lambat tu..Sampai je Wang Kelian tengok orang tak ramai..kedai pun tak banyak yang buka..ye la, Wang Kelian ni orang ramai hari Ahad je sebab ada pasar sehari..jadi penduduk Malaysia dan Thailand banyak la yang datang ke pasar ni..now,kami boleh berjalan dengan tenang..tapi kami perlu berjalan masuk ke sempadan Thai dan melepasi Imigresen Thailand untuk beli pulut ayam tu..nasib baik diorang tak tanya pape..ye la, sebab hari ni bukan hari ahad..selalunya pelepasan untuk hari ahad je..

Mata sy ni pulak tajam je cari kedai feveret pulut ayam sy tu buka ke tak..Yeaaayyy, nasib baik buka..kalau tak buka, maunya frust sy..tapi kedai lain pun ada, cuma tak sesedap kedai yang satu ni..hehehhe..mula-mula beli pulut ayam, then nampak luck chin, beli lagi..tiba-tiba mata ni ternampak pulak dengan ais kacang..ape lagi, ajak la Mr.HUBBY beli..dekat kedai yang jual ais kacang tu pulak ada jual goreng pisang..beli lagi goreng pisang..hehehehe..banyaknya la..:)..biar la, bukan selalu nak dapat datang..sekali sekala je..beli je la..Mr.HUBBY pulak senyum dan layan je ape kehendak sy..ni la yang sayang sangat dekat suami sy tu..mmmuuuaaaahhh..lepas beli semua, kami pun terus balik rumah coz dah tak sabar nak makan pulut ayam ni..:)..nyummmmiii..

While Lil HERO pulak sangat aktif hari ni..maybe dapat dengar suara PAPA dan suka bila PAPA balik sini..PAPA pulak tak henti-henti cakap dengan Lil HERO, gosok-gosok perut comel mama ni bila Lil HERO tengah aktif..:)..

muka Mr.HUBBY setia menunggu sy bersiap







luck chin


ais kacang

goreng pisang

taraaa, pulut ayam

3 bungkus Mr.HUBBY makan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...