Showing posts with label RUMAHKU SYURGAKU. Show all posts
Showing posts with label RUMAHKU SYURGAKU. Show all posts

Thursday, April 11, 2013

:: DAPURKU YANG SENTIASA COMEL::

Alhamdulillah selamat pagi.. pagi ni mommy masih lagi bekerja seperti biasa.. dan dah siap bersarapan.. menunya ialah lontong.. nyummmiii.. sedap sangat..:).. serius mommy uska dengan lontong di kedai yang satu ni.. hehehe.. bila perut kenyang, mata pun layu je.. tapi kerja tetap perlu diteruskan.. hehehehe..

Kali ni entry nak share tentang salah satu bahagian rumh yang menjadi feveret mommy.. dan kesinambungan daripada tajuk tu, hehehe.. adalah beberapa pujian yang diterima daripada kawan-kawan dan keluarga yang datang ke rumah kami.. hehehe.. kembang sekejap.. sampaikan Pn. Bonda kalau nak memasak di rumah, Pn. Bonda cakap susah nak cari barang, sebab mommy simpan.. hehehe..

Walaupun mommy jarang memasak, tapi mommy suka bahagian dapur ni.. hehehe.. biarlah dapur kita kecik or sempit sekalipun, yang penting, dapur mestilah kemas dan cantek selalu.. hehehehe.. walaupun rumah sewa ye.. bagi mommy, rumah sewa bukan alasan kita nak duduk dalam keadaan yang tidak kemas..

Sekarang Mr.HUBBY pun dah faham dengan perangai dan feel mommy sejak 3 tahun berumahtangga ni.. hehehe.. serius benda yang paling mommy tak suka dan benci adalah rumah bersepah.. tambahan pulak dengan Ajeeq yang sekarang ni tengah membesar.. memang mainanya bersepah.. tapi Ajeeq pun seakan faham dah dengan apa yang mommy ajar, lepas main mainan semua mesti simpan balik dalam bakul.. jangan sepah-sepahkan..

Now berbalik kepada bahagian dapur, orang kata dapur adalah lambang keperibadian kita.. dan didapur jugalah kita menyediakan makan kepada keluarga kita, bayangkan kalau memasak dalam keadaan yang tak kemas dan dapur yang kotor, ada selera ke nak makan?? hehehehe.. buka dada, tanya diri sendiri..

dapur gas dan dinding tu wajib dilap setiap kali lepas masak.. tak nak ada minyak-minyak yang terpercik..
tempat keramat mommy.. hehehe.. segala bawang, garam, asam, rempah ratus..
segala tepung-tepung semua duk sini..
barisan balang yang comell.. nestum, gula, milo dan teh..
ni rak pinggan untuk kegunaan harian..
pembakar roti, blender, oven dan rice cooker
almari kabinet
canne nak bersihkan bekas karat tong gas tu?? tak suka betul tengok.. nor tong gas dah dialas..
my mr. hitachi..

rumah sewa pakai je almari kabinet, nanti rumah sendiri nak buat kitchen kabinet
cawan kena letak luar, kalau orang lain masuk dapur mommy, memang cari cawan tak jumpa.. hehehehe..
Now tengah berangan-angan tentang dapur rumah baru.. hehehe.. bestnyaaaa.. tak sabar nak masuk rumah baru.. yang paling penting, meja makan tu nak ditukar.. nak beli yang besar sikit, 6 kerusi.. sekarang kalau family datang, nak makan kena gilir-gilir.. untuk kami 3 beranak sesuai lagi  la pakai meja makan ni.. esok-esok kalau anak dah bertambah, kena beli jugak.. hehehehee..

Monday, March 18, 2013

::FRIDGE MAGNET KESAYANGAN MOMMY::

Salam Isnin untuk semua.. dah petang-petang sikit baru dapat update blog.. huhuhuhu.. busy sesangat seminggu dua ni.. sampaikan hari sabtu dan ahad pun bekerja.. dan disambung terus dengan hari ni Isnin, memang tak de istilah cuti la bagi mommy.. yang paling kesiannya dalah Ajeeq.. terpaksa tinggal dengan pengasuh.. ni semua gara-gara Karisma @ Hati Rakyat..

Tapi tak pe, entry kali ni bukan pasal bayaran Karisma @ Hati Rakyat.. kali ni nak story tentang fridge magnet.. mommy sure ramai lagi yang suka dengan fridge magnet ni kan.. sebagai penyeri pintu peti ais di rumah masing-masing.. kalau tak, suram je nampak peti ais tu.. hehehehe.. dan mommy pula lebih-lebih suka lagi kalau letak gambar-gambar.. gambar insan-insan kesayangan mommy.. kalau letak dalam album, dua tiga bulan sekali baru tengok.. tapi kalau letak dekat fridge, tiap-tiap kali nak buka peti ais boleh tengok.. sehari tak tau berapa kali buka peti ais.. hehehehe..

gambar raya pertama sebagai suami isteri
with Pn. Bonda

Ajeeq 1 hari







Yang fridge magnet oversea tu semua adik mommy yang belikan masa dia belajar dekat Ireland dulu.. untung la ada fridge magnet made by oversea.. hehehehe..

Friday, March 8, 2013

::LAMPU RUMAH vs AJEEQ::

Salam petang Jumaat untuk semua.. penghulu segala hari.. hari ni mommy dah masuk pejabat macam biasa.. semalam cuti 1 hari je sebab pergi KLIA ambil adik mommy yang dah habis belajar di Ireland.. dan keadaan di pejabat hari ni suram sikit.. staff tak ramai yang ade petang ni.. masing-masing semua sibuk keluar untuk pembayaran baucer Karisma Dihati Rakyat.. bagi kawasan Parlimen Ipoh Barat..

Dan entry kali ni bukan lah tentang pembayaran baucer Karisma tu ye.. hehehe.. nak update tentang lampu rumah.. hehehehe.. mentang-mentang la nak masuk rumah baru ye.. tapi lambat sangat rasanya masa ni berjalan.. huhuhuhuhu.. kejadian ni lama dah berlaku, sesi menyervey lampu untuk rumah baru.. hehehe.. perginye berdua dengan officemate je, Anne.. sebab Anne pun nak masuk rumah baru jugak hujung tahun ni.. lagi awal dari mommy.. 

suka sangat pattern lampu camni..


Suka sangat mommy dengan pattern lampu yang tergantung tu.. suka sesangat.. menyervey tu pun memang servey lampu yang pattern camtu.. mommy dah siap plan untuk ruang makan memang nak letak lampu cenggitu.. cantek sangat rasanya.. hehehe.. untuk ruang dapur pun dah ada lampu yang diidamkan, then di ruang depan pulak memang dah lampu yang dihajati.. tunggu dan lihat je ye.. hehehe.. akan mommy update lagi..

Dan entry seterusnya tentang Ajeeq pulak.. entry gabungan kali ni.. hehehehe.. malas nak wat asing-asing.. wat je sekali, senang.. kejadian ni pun dah lama rasanya.. sebulan yang lepas.. hari tu Mr.DADDY kerja petang.. so mommy bawa anak pegi Giant.. saja nak bagi Ajeeq naik kereta elektrik tu.. dah Mr.DADDY tak de.. sekali dah naik, Ajeeq tak nak turun pulak.. haruuu mommy.. menangis-nangis Ajeeq tak nak turun.. lama pulak tu Ajeeq naik, nasib kereta ni free je.. kalau yang masukkan token tu, maunya pokai mommy..



Sabar je la mommy dengan anak kesayangan satu-satunya ni.. hehehehe.. dekat 1 jam Ajeeq duduk atas kereta tu je..

Thursday, February 7, 2013

::TERATAK CINTA K.A.M.I::

Alhamdulillah, urusan kami ke arah untuk memiliki rumah kami sendiri, cerah perjalanan menuju ke arah itu.. moga ALLAH S.W.T terus mempermudahkan segala urusan yang berkaitan.. memang impian kami suami isteri nak memiliki rumah sendiri sebelum umur 30 tahun.. sebelum ni mommy pernah post rumah yang kami booking di Taman Meru Perdana.. mungkin jodoh kami dengan rumah tu tak panjang..

Kini, kami dah selesai urusan membooking, juga telah selesai proses menandatangani perjanjian jual beli rumah dengan pejabat peguam.. dan rumah baru yang bakal kami duduki ni terletak di Bandar Lahat Baru.. jarak dengan pejabat mommy dan balai Mr.HUBBY pun tak jauh..satu yang mommy berkenan tentang rumah ni adalah design rumah tu sendiri.. memang mommy suka design yang macam tu.. sebabnya kedudukan bilik dan dapur terlindung.. tak de la, bila orang datang, masuk rumah terus nampak dapur.. then kalau kita ulang alik masuk bilik pun tetamu kat depan tak nampak.. hehehehe.. itu pun salah satu faktor penting tu..

Now macam-macam yang mommy dah plan tentang rumah tu.. hehehe.. excitednya nak masuk rumah sendiri.. hehehehe.. doa-doakan la ye semoga rumah tu menjadi milik kami akhirnya.. dalam setiap sujud mommy kepada-Nya, mesti mommy berdoa moga segala urusan pembelian rumah di dipermudahkan.. Aminnnn..

pandangan dari depan rumah..
ruang tamu kedua
laluan dari ruang tamu ke dapur
ruang tamu pertama
bilik air kedua
bilik kedua a.k.a bilik Ajeeq
master bedroom
dapur..
bilik air master bedroom
bilik ketiga a. k.a bilik untuk tetamu
rumah fasa 1..

Gambar yang mommy upload ni adalah rumah contoh.. 

* plan pertama sekali untuk rumah ni ialah nak sambung bahagian belakang rumah untuk dijadikan dapur basah.. ruangan dapur sekarang ni mommy nak buat ruangan meja makan je.. hehehehe.. ermmmm, tak sabarnya.. itulah adalah misi utama buat masa ni.. so start dari sekarang kena start berjimat cermat sebab nak masuk rumah baru ni macam-macam yang perlu difikirkan, dan dilaksanakan.. InsyaALLAH..

Monday, December 19, 2011

::PINK THEME!!!::

Sesuai ke tema warna pink ni??tapi memandangkan nak jugak warna pink menghiasi rumahku syurgaku, so sy tak kisah sape nak bagi pandangan..yang penting sangat menarik dimata sy..huhuhuhu..sungguh sy suka dengan warna pink ni..sejuk mata memandang..lagipula, bukannya semua benda yang berwarna pink..just nak dapatkan kombinasi yang menarik untuk mendeko-deko rumah..huhuhu..sebelum ni thema warna merah, si skang kombinasinya dah jadi, merah + pink..

Mr.HUBBY pulak tak kisah dengan ape dan warna ape yang Mrs.WIFFY nk deko-deko..ini, yang menaikkan semangat lagi pula..tambahan pula Mr.HUBBY ringan tulang nak membantu..:)..hari jumaat lepas, sy ke Jusco, bersempena dengan sale, nak jugak membeli curtain yang dah lama sy idamkan..hehehe..dan setelah dapat warna pinky yang dihajati, terus je beli tanpa fikir panjang..

Balik je ofis terus mesej Mr.HUBBY ''syg balik ofis dah..malam ni ade benda yang B kena tolong syg..hihihi..''..balik je lepas mandi terus bergotong royong dengan Mr.HUBBY nak memasang curtain baru..hehehe, ye la, curtain yang lama tu pun dah setahun lebih usianya..:)..bila dah siap semua, rasa happy sangat..walaupun bersederhana, namun hati sy puas..even dengan rumah sewa, tapi iaianya tak membataskan sy untuk menghias rumah kami itu sebaik yang mungkin..:)


lepas ni kena tukar bunga pulak, dah tak sesuai warna bunga tu kat meja ni







Cat rumah sy pulak warna krim, so  nampak sangat menyerlah warna pink itu..cantek..:)..sesuai dengan jiwa sy..dan yang penting semuanya dibeli berperingkat-peringkat..hehehe..tak boleh nak beli serentak semuanya sekali..bankrup ler laki ceq..hehehe..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...