Friday, November 15, 2013

::CERITA HARI INI::

Selamat petang semuaaaa.. hari ni ni diary online ni bersiaran daripada UTC Ipoh.. mommy bertugas disini petang ni.. sampai la pukul 10.00 malam jap lagi..  bosannyaaaa laaa. lepak kat rumah dengan famili lagi best kot.. tapi apakan daya, saya yang menurut perintah.. huhuhuhuhu.. so memandangkan harini akan bertugas sehingga malam, terus mommy ambil time off awal-awal pagi tadi.. masuk kerja selepas time rehat.. tak de la lemau sangat rasanya..

So tengahari tadi sempat la masak-memasak untuk lunch dengan Mr.HUBBY sebelum solat jumaat.. hari ni Mr.HUBBY masih lagi cuti sakit.. nak dijadikan cerita semalam Mr.HUBBY ku sayang muntah-muntah cirit birit.. food poisoning la kot.. dapat la cuti sakit 1 hari.. so tengahari ni mommy masak la untuk suami tersayang..  so ini je menu kami tengahari tadi.. masak yang simple-simple je.. main campak-campak, terus siappp, terus hidang, terus makan.

kacang buncis goreng 
ayam kicap halia
Itu je menu yang paling cepat dan senang nak dimasak.. kalau nak bersambal ke, berkari ke, berasam pedas ke, bermasak lemak ke, tunggu la hari minggu ye.. hehehehee..

Selesai masak terus makan, sebab Mr.HUBBY dah lapar.. selesai makan, mommy layan lagu hindustan jap.. filem Dulhan Hum Le Jeyenge.. lagu-lagu filem ni semua mommy suka.. ditambahkan lagi dengan pelakon kegemaran mommy.. Salman Khan dan Karishma Kapoor.. layaaaannn laaaaa..











Filem ni mommy layan masa zaman sekolah dolu-dolu.. with my best friend.. petang-petang je kami akan layan lagu-lagu ni.. hehehee.. terimbau pulak kenangan lama.. Now berbalik kepada cerita sekarang di UTC.. mengantuknyaa laaa haaiii.. tadi sibuk settlekan SKT dalam HRMIS.. nasib la line HRMIS laju petang ni.. dah sama laju macam FB.. baru la best nak settlekan kerja.. hehehehe.. 


Itu dia peneman mommy disini.. air mineral, air laici dan waffle.. nyummmmii.. boleh la makan alaskan perut sementara nak tunggu Mr.HUBBY datang ambil malam ni..  haaiiii la masa, lambatnya berjalan..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...