Tuesday, March 29, 2011

::HUJAN,HUJAN,HUJAN::


Hari ni hujan turun tak berenti lagi daripada petang semalam..petang semalam, lebat sangat hujan..akibat kelalaian sy sendiri, tutup tingkap tak rapat, then habis air hujan masuk dalam bilik..dah kena mop balik pulak..nasib baik dekat tingkat tu tak de perabot ke ape, just mop je la..kalau tak abis basah la..

Dan hari ni hujan turun tak berenti lagi..tadi dapat maklumat yang air sungai jalan yang selalu sy lalu tu dah penuh..nak melimpah dah..then ofismate pulak gitau yang kawasan Panggas dan Batu Bertangkup air dah naik..nak banjir pulak ke??cukup la banjir besar yang melanda Perlis 5 bulan yang lepas..rasanya cam baru sangat lagi..ni takkan nak banjir lagi pulak..my BFF dari JKM Kedah gitau yang diaorang dah dapat mesej bersedia untuk menghadapi banjir..tapi kami di JKM Perlis masih lagi tak menerima sebarang amaran banjir ..

Mr.HUBBY pulak risaukan sy cmane nak drive bali keja jap g..ye la, kalau air sungai gial tu melimpah, sure jalan sume akan banjir la..Mr.HUBBY juga risaukan kalau Cik Saga sy tu enjinnya mati dalam banjir..haaa??cmane tu??tapi ikut kenangan sejarah yang lepas, Cik Saga sy tu steady lagi la..walaupun meredah banjir yang airnya dalam jugak..:)..sy cakap "x pe, jap g syg berenang la"..hehehe..mesti Mr.HUBBY tersenyum je baca sms sy..dan Mr.HUBBY pulak balas " x pe, syg kan ada pelampung"..turn sy pulak tersengih sorang-sorang bca sms dari suami sy tu..hehehe..while Lil HERO inside pulak tak berenti kick+boxing mama..dah makin kuat pulak tendangannya tu..tersenyum bahagia sy setiap kali Lil HERO membuat kick+boxing..:)

Sy pulak kalau hujan-hujan ni cepat je lapar..hmmm..nak makan ape pun tak de spare makanan kering dekat office..sedapnya la kalau dapat makan kek ke..rasanya jap g nak ke Kangar la..meronda cari kek coklat..rasa teringin pulak..

Sampai sekarang hujan still lagi lebat dan tak de tanda-tanda nak berenti..awan pulak gelap je hari ni..dalam facebook pulak ramai member-member yang post dekat wall masing-masing jangan la banjir melanda lagi..pape pun kita hanya mampu berdoa sahaja..moga ALLAH S.W.T makbulkan doa dan biar hujan pun berenti..AMINN..

p/s: hujan makin bertambah lebat la pulak..dan sy pulak rasa cam teringin nak mandi air hujan..:)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...