Thursday, March 24, 2011

::TOM YAM @ SULINI RESTORAN::

Malam ni nak makan ape ye??hihihi..sejak preggy ni, keja susun atur je nak makan ape and dekat kedai mane yang nak makan..bila hasrat mulut tu disuarakan kepada Mr.HUBBY, maka akan tertunai la hasrat mulut sy ni..best kan macam ni..:)..Mr.HUBBY pula layan sy cam queen..nak pegi mane??nak makan ape??juz cakap je..InsyaALLAH Mr.HUBBY akan cuba untuk tunaikan..even kalau ke KL pun kami pegi..cam dulu, tergedik-gedik nak makan ice cream dekat ice room..last-last sampai jugak..:)

Sama la jugak situasinya dengan malam ni..sy rasa cam nak makan tom yam putih..cuma ada 1 je kedai yang wat tom yam putih iaitu Sulini Restoran..actualy dekat je dengan teratak mahligai kami..so, tak payah pegi jauh-jauh..bila makan tom yam putih ni, teringat pulak dekat tom yam dekat kampung halaman sy di Thailand..kebanyakkan kedai memang wat tom yam putih..selalunya kalau kita makan tom yam, warnanya cam merah sikit kan..ni jernih je kuah dia tu..tapi perasa memang tom yam..sedappp sangat..sy suka..:)..

Kami sampai tu orang dah ramai..maybe sebab hari ni pay day..so ramai yang bawa family kuar makan di kedai..sekali sekala kan..sampai je terus order..sy nak minum tembikai while Mr.HUBBY pulak tembikai laici..aik, tembikai laici lagi..bukan ke semalam dah minum??..senyum je suami sy tu..:)..malam ni kami order nasi putih+tom yam campur+ayam goreng kunyit+kailan ikan masin+telur dadar..sedapnya la..rasa cam dah tak sabar nak makan..BABY inside pulak duk kick+boxing je.."lapar ke syg??"..masa tengah menunggu makan yang kami order tu sampai, mata sy ni ternampak pulak keropok ikan yang dijual.."hubby, nak keropok.."..then Mr.HUBBY pun order keropok pulak..Mr.HUBBY cakap makan sampai habis..ye, baik..:)..

Mr.HUBBY yang sengetzzz

sy yang bulat
tembikai & tembikai laici
muka serius suamiku busyuk


keropok ikan
tengok, licin kami makan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...