Alhamdulillah, bersambung dari entry mommy sibuk mencari-cari hadiah.. now inilah majlisnya.. Majils Perkahwinan officemate mommy.. majlis berlangsung hari sabtu yang lepas.. rumah pengantin pun dekat je dengan rumah, walaupun Mr.HUBBY kerja, mommy pergi berdua je dengan anak teruna mommy tu..:).. peneman setia dan body guard mommy.. hehehe..
Pukul 1 tengahari mommy gerak dari rumah.. memandangkan rumah dekat, so tak perlu nak gerak awal-awal.. sampai tengok orang tengah ramai.. tapi kawan-kawan yang lain dah siap bergambar dengan pengantin.. memandangkan kami terlambat sikit, tak pe lah, janji dapat tengok pengantin.. cantek sangat warna tema diorang iaitu biru laut.. serius memang cantek.. baju yang K.Linda pakai pun cantek..:)..
Memandangkan Mr.DADDY tak ikut, memang susah la untuk mommy nak makan.. masa ambilkan nasi untuk Ajeeq pun, mommy tinggalkan Ajeeq dengan Anne.. nasib Ajeeq ok je duduk sebelah Anne.. huhuhuhu.. sambil suap Ajeeq pun boleh la suap masuk mulut mommy jugak.. tapi memang tak feel makan nasi kenduri la.. heheehe..
Balik dari rumah kenduri, kami singgah Mekdi.. hehehe.. beli makan tengahari untuk mommy pulak.. Ajeeq tak pe la, dah kenyang mommy suapkan dia makan..
To K.linda & Faisal,
Selamat Pengantin Baru.. semoga kekal hingga ke akhir hayat.. sabar dan tabah dalam mengahadapi cabaran dan liku-liku perkahwinan.. dan semoga dapat baby cepat-cepat..:)..aminnnnn..
Amin...Terima kasih d atas kehadiran dan ucapan tersebut..
ReplyDelete