Thursday, December 27, 2012

::SELAMAT PENGANTIN BARU IDHAM & SITI::

Alhamdulillah, pada 25 Disember 2012 yang lepas, berlangsungnya majlis perkahwinan kawan baik Mr.HUBBY.. majlis yang berlangsung di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.. namun kami sekeluarga berjaya juga untuk menghadiri majlis ni.. kebetulan Mr.HUBBY kerja pukul 7 malam, so sempat la untuk kami pergi dan balik semula ke Ipoh..

Kami sekeluarga bertolak pukul 9 pagi.. tapi bukan kami je tau, kawan-kawan balai Mr.HUBBY pun ada sekali.. kami konvoi ramai-ramai ke Bukit Mertajam.. masing-masing teruja nak menghadiri majlis perkahwinan Idham..

So pagi tu walaupun hari cuti, mommy bangun awal jugak.. siap-siap ape yang perlu dibawa.. then masakkan air untuk Ajeeq.. takkan la mommy sanggup nak bagi Ajeeq mandi air paip yang sejuk tu pagi-pagi buta ni.. hehehe.. dah siap semua, kami sedia untuk gerak.. then tunggu team konvoi yang lain di Plaza Tol Jelapang.. then kami singgah sarapan di R&R Sungai Perak.. mengisi perut yang tenagh berkeroncong.. sebelum nak menjamah nasi kenduri..

Then Alhamdulillah selamat sampai rumah kenduri dan Alhamdulillah kami tak sesat.. hehehe.. masing-masing tak tau dengan jalan di Bukit Mertajam.. nasib baik Mr.HUBBY ada call tanya kawan dia petunjuk nak ke Bukit Mertajam dan berpandukan peta di kad kahwen, kami telah selamat sampai ke rumah kenduri..:)..

Ajeeq tido je sepanjang perjalanan sebab mengantuk bangun awal.. huhuhu..
my hero



my prince
Ajeeq with his daddy..
Yang bestnya mommy rasa kenduri rumah Idham ni adalah lauk-lauk dia.. lauk kenduri yang membuatkan mommy rindukan kenduri di Perlis.. huhuhu.. serius sedap semua lauk-lauk dia.. dan yang paling menjadi kegilaan mommy adalah kerabu taugeh!!!!.. hehehe.. teruja kejap masa nampak kerabu taugeh kat atas meja.. huhuhuhu..dah lama kot mommy tak makan kerabu taugeh ni masa kenduri.. syookk sungguh!!!!.. puas dapat makan..


kerabu taugeh + perut lembu..
ayam masak merah, gulai daging, gulai ikan masin+nenas, dalca, daging kicap & kerabu taugeh!!!
yang ni pinggan kedua.. yang kat atas tu pinggan pertama.. huhuhu..

Ajeeq asyik layan Upin Ipin je..
Kami tetamu jauh yang datang dari Ipoh ni diberi layanan istimewa.. tak sama dengan tetamu yang lain.. hehehe.. untungnya rasa.. dengan ahli keluarga Idham yang ramah-tamah semuanya.. kami dijamu makan dengan cara berhidang.. waaaa, untung ni.. boleh makan banyak.. hihihihi.. then bila dah selesai makan, tunggu kejap.. sebab nak tengok pengantin.. tak sah la kalau datang kenduri kahwen tapi tak tengok pengantin kan..

Idham & Siti
Lepas bergambar dengan pengantin, kami semua ambil keputusan nak terus balik Ipoh.. sebab masing-masing yang pergi semuanya nak masuk kerja pukul 7 malam.. hehehe.. so tak leh nak balik lambat.. kang lambat masuk kerja..

Dalam perjalanan balik, Ajeeq langsung tak tidur.. mommy pulak yang mengantuk.. perut dah kenyang, mata pun layu je.. hmmmm..



sibuk nak pakai spek Mr.DADDY..
Alhamdulillah pukul 4 lebih kami selamat sampai rumah.. sempat la Mr.HUBBY berehat-rehat kejap sebelum pergi kerja..

To Idham & Siti,

Selamat Pengantin Baru.. semoga kekal hingga ke akhir hayat.. sabar dan tabah dalam melalui liku-liku perkahwinan.. jangan cepat melatah dengan setiap cubaan yang datang.. hope korang dapat melayari bahtera perkahwinan dengan aman damai.. then hope dapat baby cepat-cepat..:)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...