Wednesday, July 10, 2013

::SELAMAT TINGGAL HUBBY::

Salam 1 Ramadhan untuk semua.. hari ni semua umat Islam berpuasa.. menunaikan kewajipan kepada Ilahi.. dan bagi mommy, Ramadhan kali ni banyak coretannya yang tersendiri.. dan yang pastu pembuka cerita adalah tentang coretan duka.. hehehehe.. ayat sedih, skema.. tapi itu je yang terlintas dalam fikiran untuk diceritakan menerusi diari online ni..

Hari ni, Mr.HUBBY terpaksa bertugas di luar daerah.. di negeri pantai timur.. Terengganu Darul Iman.. disebabkan pilihanraya kecik Dun Kuala Besut yang akan dijalankan pada 24 Julai ni, so Mr.HUBBY menjalankan tugas demi negara untuk berkhidmat disana.. disebabkan Mr.HUBBY menganggotai LSF.. Light Strike Force or bahasa ringkasnya ialah yang ala-ala FRU.. hehehehe.. kan senang.. semua orang faham kan..

So disaat mommy menaip entry ni, Mr.HUBBY dah gerak menuju ke Pantai Timur.. hopefully perjalanan Mr.HUBBY dipermudahkan Ilahi.. semoga Mr.HUBBY sampai dengan selamat.. dan yang paling touchingnya ialah sebab sekarang ni bulan Ramadhan.. huhuhuhu.. tu yang feeling lebih sikit bila Mr.HUBBY terpaksa bekerja luar daerah.. tinggal la mommy berbuka puasa berdua je ditemani anak teruna mommy tu.. huhuhuhu.. akan sunyi la rumah kami, selalu riuh sikit bila Mr.HUBBY main-main dengan Ajeeq..

Dan ini jugak adalah yang pertama kali Mr.HUBBY tinggalkan mommy dan anak.. selalunya mommy dan anak yang tinggalkan Mr.HUBBY.. kadangkala mommy berkursus dan bercuti balik kampung.. tapi kali ni berlainan bila saat mommy yang ditinggalkan.. tadi masa sesi salam dan cium tangan Mr.HUBBY, airmata bergenang dah, tapi ditahan tak nak untuk terus menitis.. biarkan Mr.HUBBY pergi dengan senang hati.. huhuhuhu.. cuma pesanan dari Mr.HUBBY, jaga anak elok-elok..

Lepas ni hanya alat komunikasi je la yang menghubungkan kami.. call, mesej, whatsApp.. dan tadi Mr.HUBBY tinggalkan baju yang dah dipakai untuk Ajeeq.. untuk Ajeeq ke untuk mommy Ajeeq??hehehehee..untuk Ajeeq peluk bila tidur malam, sebabnya Ajeeq akan berpusing untuk peluk Mr.DADDY bila tidur malam.. dan Ajeeq jugak suka tidur mengiring ke arah Mr.DADDY..

Untuk Hubby, jaga diri elok-elok kat sana.. masa sahur, kena sahur, at least makan kurma dengan minum air pun dah cukup.. masa berbuka, makan elok-elok.. kerja elok-elok kat negeri orang.. dan cepat-cepat la balik sini.. i miss you already.. 

Kan best kalau hari ni Mr.HUBBY pergi, esok Mr.HUBBY dan balik..huhuhuhuhuhu..


anak daddy yang suka buat muka comel bila bergambar..
sebelum Mr.HUBBY bertolak ke Terengganu..
Mr.HUBBY jangan risau, mommy dengan anak kat sini akan baik-baik saja.. mommy akan jaga anak kita sebaik-baiknya.. nanti bila anak cari Mr.DADDY, mommy akan cakap daddy pergi kerja.. so anak akan faham.. Bye Mr.DADDY sayang.. mmuuuaaahhh.. im gonna miss u so much..

1 comment:

  1. kak dd pulak rasa touching lebih ni.. yelah bulan posa ni syahdu lain sikit rasa.. time berbuka dan bersahur, mcm kak dd dah biasa kerja shift kan..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...