Monday, July 1, 2013

::CUTI-CUTI CINTA Part 1::

Salam pagi jumaat ye.. minggu ni, hari ni je mommy bekerja.. sebabnya 4 hari lepas, mommy bercuti.. bercuti bersama suami tersayang.. baru dapat bercuti bersama-sama dengan Mr.HUBBY untuk tahun ni k.. hehehehe.. memula ingatkan dah nak cancel cuti, tapi dengan izin ALLAH, dapat jugak kami sekeluarga bercuti.. Alhamdulillah..

Destinasi kami ialah Pulau Langkawi.. kami bercuti tempat yang dekat-dekat.. tak nak la pergi jauh-jauh.. cuti yang diluluskan pun tak banyak sangat harinya.. kami bercuti 3 hari 2 malam.. memang padat.. dengan aktiviti yang best-best.. maklum la pergi Langkawi kan.. padahal duk Perlis je mommy ni.. hehehehe.. tapi memang jarang nak pergi Langkawi.. dulu last pergi masa mengandungkan Ajeeq.. haaa dah 1 tahun lebih la tak menjejakkan kaki ke Langkawi..

Ajeeq atas feri


Kami naik feri pukul 12 tengahari.. bergerak dari rumah Pn. Ibu di Bedong, singgah kejap rumah Pn. Bonda letak-letak barang, then terus ke Jeti Kuala Perlis.. Sepanjang dalam feri, Ajeeq ok je.. tak de nak takut.. Ajeeq teruja.. sampai Jeti Kuah, terus ambil kereta sewa, terus singgah makan siap-siap then kami meneruskan perjalanan ke Pantai Cenang.. tempat untuk kami bermalam disini.. terus check in, masing-masing keletihan especially Ajeeq la.. tidur kepenatan dia.. hehehee..

Then petangnya mommy dan Mr.DADDY bawa Ajeeq mandi air laut.. best, best, best.. Ajeeq dapat main air masin.. pastu muka berkerut bila air laut masuk dalam mulut.. masin!!!!!!.. hehehehehe.. then Mr.DADDY ajak naik jetski.. yeayyyyy, bestnya naik jetski.. Ajeeq tak takut pun.. baik je duduk tengah-tengah antara mommy dan Mr.DADDY..




Then dah penat bermandi-mandian, kami siap untuk keluar berjenjalan naik kereta pulak.. sambil tu nak cari port untuk makan malam kami.. lapar la bila mandi laut..








Untuk dinner, kami singgah makan di Restoran Simpang 3 nama kedainya.. tapi tak tau tempat tu nama apa.. heheehe.. dan yang paling bestnya ada pulak koew teow sup siam pujaan hati mommy.. hehehehehe.. ape lagi, order la.. walaupun dah order nasi putih dengan lauk pauk yang lain.. nak jugak makan.. tak nak menyesal dikemudian hari.. hehehehehe..



siakap sweet sour ini memang marvelles.. nyummmii..

Balik bilik dengan perut yang buncit.. Ajeeq pun makan banyak.. nasib baik kedai ni makanan semuanya sedap.. tak rugi la.. ikan siakap pun murah je.. sampai ke saat ini mommy duk terasa lagi kesedapan siakap sweet sour tu.. huhuhuhuu.. lepas makan, terus kami balik ke chalet untuk berehat.. bestnya sekali sekala dapat bercuti..

1 comment:

  1. nginap kt chalet mna kt sna... tgh servey chalet kt sna..kot2 ada yg best..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...