Wednesday, July 3, 2013

::CUTI-CUTI CINTA Part 2::

Alhamdulillah, baru berkesempatan nak mengupdate entry baru dalam blog kesayangan ni.. hehehehe.. hari ni baru tak busy sangat.. 2 hari bekerja sebelum ni, busynyer tak hengat-hengat.. semalam, sampai nak lunch pun tak sempat, sebab terkejar-kejar nak siapkan laporan dan bawa kes ke mahkamah.. 

Kali ni entry bersambung tentang percutian kami di Langkawi.. honeymoon bertiga dengan Ajeeq.. best dan bahagia dapat bercuti dengan insan-insan tersayang..

Hari kedua kami di Langkawi, dimulakan dengan aktiviti Islan Hopping.. memula ingat tak nak amik pakej Island Hopping ni, memangdangkan semalam berjenjalan di sepanjang Pantai Cenang, dapa pulak diorang buta tour untuk Island Hopping dengan harga RM 25 seorang.. Ajeeq free.. mommy buat keputusan nak join.. so sebelum gerak, kami berbreakfast dulu di gerai seberang jalan dengan chalet yang kami mengidap, dah elok je selesai makan, van yang akan bawa kami ke tempat berkumpul untuk Island Hopping pun sampai..



Ini la tempat jeti yang akan kami naik bot untuk aktiviti Island Hopping ni..





Destinasi kami yang pertama ialah Tasek Dayang Bunting.. best tempatnyaaaaa, tetapi penatnyaaaaa sementara nak sampai ke Tasek tu.. hmmmm berjalan menaiki dan menuruni bukit, dan disebalik bukit tu baru jumpa Tasek Dayang Bunting.. dikesempatan ni mommy minum jugak airnya untuk membuntingkan diri.. hehehehe..



sesi bagi ikan makan

Destinasi yang kedua ialah Engle Feeding.. tapi Mr.DADDY tak ambil gambar, khusyuk duk tengok helang tu.. ditambah pula dengan keterujaan Ajeeq.. last-last bila bot dah gerak, baru menyesal..hehehe.. so kita teruskan ke destinasi yang ketiga iaitu Pantai Beras Basah.. pantai ni memang cantek sangat.. dekat tepi-tepi pantai pun dah boleh nampak ikan yang warna warni yang macam ikan nemo tu.. cantek sangat..




Selesai semua aktiviti Island Hopping ni, kami terus balik ke chalet.. mau istirehat.. setelah penat seharian naik bot.. makan tengahari pun kami makan Mc.D je.. hehehehe.. sebabnya dah tak larat nak mencari kedai makan, yang nampak hanyalah restoran Mc.D yang terdekat.. lepas makan, terus tidur, masing-masing keletihan.. petangnya pulak kami mandi laut lagi.. hehehe.. best la mandi laut ni.. dah macam ketagih pulak.. malam ni kami ada agenda yang lain pulak..

Malamnya, kami ke rumah kawan mommy masa sekolah menengah dulu.. Aliff, kawan yang tolong carikan chalet, carikan kereta sewa.. hehehehe.. semuanya Aliff yang banyak tolong tentang percutian kami di Langkawi ni.. Aliff ni mengajak kami berdinner.. banyak lauk yang disediakan..

sebelum pergi rumah Aliff, repeat makan koew teow sup siam yang sedap ni.. hehehehe..
makan pulak dengan ais kacang, memang mantop laaa...
 Ni la menu-menu yang Aliff jamu kami makan..











Lepas makan, balik semula ke bilik, terus tidur, kekeyangan.. makan banyak.. Mr.DADDY sampai 3 pinggan makan.. sedap makan kari ikan salmon katanya.. Ajeeq pun sama.. makan nasi banyak.. sedap betul kari ikan salmon yang Aliff jamu kami tu.. lain kali boleh kami request la ye menu tu.. hehehehe..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...