Friday, June 22, 2012

::LAYAN MEE UDANG LAGI::

Ini ceritera rewind..hehehe..aktiviti bersama Ajeeq dan Mr.DADDY dikala dalam perjalanan nak balik Ipoh hari ahad lepas..aktiviti yang disukai ramai..especially mommy yang suka sangat makan..hehehe..sebenarnya dah lama nak makan mee udang kat Juru ni..dulu pernah makan sekali masa mengandungkan Ajeeq..masa tu perut baru 5 bulan.. now Ajeeq dah nak masuk setahun umurnya, lamanyaaaa tak makan..:)..

So bila dah on the way nak balik Ipoh, Mr.DADDY cakap terus la nak makan mee udang..lagipun kami tak perlu tergesa-gesa so boleh la nak menyinggah untuk makan..:)..i loikeeee..so pilihan kami adalah Warung Pak Su Mee Udang..dekat Juru ni semua kedai jual mee udang, mee ketam..so kena pandai buat pilihan kedai mana yang best dan sedap..

Sampai je tengok orang ramai, walaupun hari dah lewat petang..sy tengok atas meuja masing-masing semua ada kulit udang, tak pun ketam..hehehehe..tapi pilihan mommy memang mee udang la..sama jugak dengan Mr.DADDY..while Ajeeq pulak mommy suapkan bubur ayam Mc.D buat santapan malam..hehehe..

Tapi Ajeeq lebih teruja nak berjalan sebenarnya..mentang-mentang la baru dapat kaki..tak nak duduk lelama dalam baby chair..nk menapak je kejanya..:)..sampai Mr.DADDY berpeluh-peluh nak menjaga dan mengikut Ajeeq takut Ajeeq terjatuh..huhuhu..







Selesai makan, kami pun meneruskan perjalanan ke rumah..dan selamat sampai semuanya..Alhamdulillah..

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...