Wednesday, May 9, 2012

::CORET-CORET KEHIDUPAN::

Saya Yang Bahagia :


Alhamdulillah, bersyukur kepada Ilahi, masih bernafas di muka bumi yang indah ini.. masih lagi sihat walafiat. masih lagi gembira dan bahagia dengan kehidupan sekarang..sebagai mommy kepada anak sy, sebagai isteri kepada suami sy, sebagai anak kepada bonda sy, sebagai kakak kepada adik-adik sy..syukur sy masih punya dan dikelilingi dengan insan-insan yang menyayangi sy setulusnya.. kasih sayang yang tiada sempadan dan tiada tolok bandingnya..

Saya Yang Kecil Hati :


Adat dalam berkehidupan, pasti ada yang berkecil hati.. tapi kecilnya hati sy ini bukan kepada insan-insan yang sy sayangi, tetapi insan-insan yang mulutnya lantang berkata-kata..yang pasti sedikit sebanyak kata-kata itu membuatkan sy terasa dan terluka..yang suka memperlekehkan tentang kehidupan sy dan apa yang sy miliki sekarang.. bila dah tak tertanggung, pastinya perkara itu akan diluahkan dalam FB..dan respon yang diterima daripada kawan-kawan akan membuatkan sy rasa lebih tabah untuk berhadapan dengan orang-orang yang sedemikian.. dan sy rasa, sy tau bagaimana nak membelanjakan wang dan gaji sy bersama suami.. jangan nak memperlekehkan kami, kami punya komitmen lain yang lebih penting berbanding apa yang perlu kami miliki..sy rasa kebahagiaan insan-insan yang tersayang yang akan membuatkan kehidupan kami bertambah bahagia sekarang..

Bayaran BR1M :


Haaa, ini pulak kesibukkan sy di pejabat.. kena buat bayaran untuk Bantuan Rakyat 1 Malaysia.. walaupun sebelum ni bayaran dibuat oleh LHDN, tapi baru-baru ni JKM terima arahan untuk buat bayaran BR1M bagi penerima bantuan pulak..huhuhu..maunya masing-masing tak sibuk, nak kena buat bayarran sebelum 10 Mei 2012.. dan jumlah yang perlu dibayar agak ramai.. tapi Alhamdulillah kawasan sy iaitu Ipoh Timur jumlahnya hanya 360 orang..dan dengan kecekapan anak buah menjalankan kerja masing-masing, pembayaran kami berjalan dengan lancar..

Tapi sekarang hati sy berbunga-bunga..huhuhu..tengahari nak lunch dengan suami terchenta dan malam ni nak dinner bersama My Lovely Friend a.k.a Mrs. Mama..kami nak makan-makan steamboat malam ni..:)..Can't Wait!!!!!..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...