Showing posts with label KEGEMBIRAAN KAMI. Show all posts
Showing posts with label KEGEMBIRAAN KAMI. Show all posts

Wednesday, May 9, 2012

::CORET-CORET KEHIDUPAN::

Saya Yang Bahagia :


Alhamdulillah, bersyukur kepada Ilahi, masih bernafas di muka bumi yang indah ini.. masih lagi sihat walafiat. masih lagi gembira dan bahagia dengan kehidupan sekarang..sebagai mommy kepada anak sy, sebagai isteri kepada suami sy, sebagai anak kepada bonda sy, sebagai kakak kepada adik-adik sy..syukur sy masih punya dan dikelilingi dengan insan-insan yang menyayangi sy setulusnya.. kasih sayang yang tiada sempadan dan tiada tolok bandingnya..

Saya Yang Kecil Hati :


Adat dalam berkehidupan, pasti ada yang berkecil hati.. tapi kecilnya hati sy ini bukan kepada insan-insan yang sy sayangi, tetapi insan-insan yang mulutnya lantang berkata-kata..yang pasti sedikit sebanyak kata-kata itu membuatkan sy terasa dan terluka..yang suka memperlekehkan tentang kehidupan sy dan apa yang sy miliki sekarang.. bila dah tak tertanggung, pastinya perkara itu akan diluahkan dalam FB..dan respon yang diterima daripada kawan-kawan akan membuatkan sy rasa lebih tabah untuk berhadapan dengan orang-orang yang sedemikian.. dan sy rasa, sy tau bagaimana nak membelanjakan wang dan gaji sy bersama suami.. jangan nak memperlekehkan kami, kami punya komitmen lain yang lebih penting berbanding apa yang perlu kami miliki..sy rasa kebahagiaan insan-insan yang tersayang yang akan membuatkan kehidupan kami bertambah bahagia sekarang..

Bayaran BR1M :


Haaa, ini pulak kesibukkan sy di pejabat.. kena buat bayaran untuk Bantuan Rakyat 1 Malaysia.. walaupun sebelum ni bayaran dibuat oleh LHDN, tapi baru-baru ni JKM terima arahan untuk buat bayaran BR1M bagi penerima bantuan pulak..huhuhu..maunya masing-masing tak sibuk, nak kena buat bayarran sebelum 10 Mei 2012.. dan jumlah yang perlu dibayar agak ramai.. tapi Alhamdulillah kawasan sy iaitu Ipoh Timur jumlahnya hanya 360 orang..dan dengan kecekapan anak buah menjalankan kerja masing-masing, pembayaran kami berjalan dengan lancar..

Tapi sekarang hati sy berbunga-bunga..huhuhu..tengahari nak lunch dengan suami terchenta dan malam ni nak dinner bersama My Lovely Friend a.k.a Mrs. Mama..kami nak makan-makan steamboat malam ni..:)..Can't Wait!!!!!..

Thursday, May 3, 2012

::MEE UDANG + ZOO TAIPING::

Hallloooo, salam buat semua rakan blogger..dah bersawang diary kesayangan sy ni..hehehe..sy tak kemana pun, cuma pulang ke kampung halaman di negeri Perlis Indera Kayangan dan jugak kampung Mr.HUBBY, negeri Kedah Darul Aman, so masa tu terhad, tak sempat nak update macam-macam cerita yang mewarnai hidup sy dan insan-insan yang sy sayangi..:)

Entry ni pun dah rewind..ceritera hari ahad yang lepas..tapi nak gak update..huhuhu..sayangla kalu dibiarkan je..hehehe..ahad lepas, plan asalnya nak sambung shopping lagi with Mr.HUBBY dan Lil Hazeeq @ AEON..tapi masa lepas keluar rumah tu tergerak hati nak mesej My Lovely Friend a.k.a Mrs. Mama..then Mrs.Mama ajak kitaorang pergi Zoo Taiping then makan Mee Udang Mak Jah..ape lagi, jommmmmm..sementara nak tunggu diorang siap, memandangkan sy sekeluarga dah siap awal, kitaorg gerak dulu la slow-slow..then dah janji nak tunggu lepas tol Jelapang.. 

Alkisahnya sebelum sampai Terowong Menora, Cik Saga pulak buat perangai..kipas enjin tak berpusing, then temperature Cik Saga naik mendadak..ape lagi, Mr.HUBBY pun memberhentikan kereta serta merta la..huhuhuhu..sementara menunggu Mrs.Mama & Mr.Papa sampai, memang kepanasan la kami anak beranak..kesian sangat dengan Lil Hazeeq..berpeluh-peluh..so, Mr.DADDY yang penyayang tu terus la menjalankan tugas mengipas Ajeeq dan mommy dengan menggunakan bantal Ajeeq..hehehe..

Bila Mr.Papa sampai, terus masuk dalam kereta Mr.Viva milik Mr.Papa..waaa, lega mommy..sejuk kena air cond..huhuhuhu..dah satu hal pulak lagi nak menunggu towing sampai, lambatnye la..dekat 1 jam jugak la kami menunggu towing sampai..hmmmmmm, tapi alhamdulillah semuanya selamat dan berjalan lancar walaupun duit terbang RM 150.00 bayar untuk towing..huhuhuhu..Cik Saga ditowing balik ke Ipoh, while kami pulak meneruskan perjalanan ke Taiping dengan menaiki Mr.Viva..

Sampai Taiping, terus menuju ke Kuala Sepetang..kami nak makan, masing-masing dah kelaparan..huhuhu..dan semestinya pilihan kami adalah Mee Udang Mak Jah..mee udang paling sedap di Kuala Sepetang..huhuhuhu..punya la banyak kereta dan orang, dah nampak cam kenduri kawen pun ada..sampaikan ade abang Rela yang jaga jalan..punya la popular Mak Jah ni..:)..makan kami kali ni Mr.DADDY yang sponsor..TQ Mr.DADDY..:)..sayang daddy sangat-sangat..:)..









Lepas semuanya dah kenyang, kami terus menuju ke Zoo Taiping, memang plan nak naik keretapi..tak larat nak jalan kaki, tambah pulak baru lepas makan, then Mrs.Mommy dan Mrs.Mama pakai high heel..tak kuasa la nak berjalan..dah tu nantu nak kena dukung anak, walaaaweii, lagi la tak larat..hehehehe..so, keretapi adalah penyelesaiannya..hehehe..taki ni tiket masuk Mr.Papa pulak yang sponsor..:)..TQ Mr.Papa..:)..seronok juga sekali sekala tengok binatang-binatang ni..Irfan pulak happy la, while Ajeeq pulak tak mengerti apa-apa..bak kata Mrs.Mama..hehehe..Ajeeq tengok semua binatang yang mommy dan daddy tunjuk, tapi Ajeeq tak kenal la, cuma dah pandai tegur je..:)..mulut tu tak berhenti menegur..chomell la manja mommy tu..:)..













Tuesday, January 24, 2012

::MASA TERINDAH K.A.M.I.::

Alhamdulillah, cuti sempena sambutan tahun baru cina ni, sy dan Mr.HUBBY dapat juga pulang ke kampung halaman..berjumpa dengan keluarga terchenta yang senantiasa menunggu kepulangan kami..especially kerinduan tu menggunung untuk cucunda yang dikasihi, Muhammad Zamir Hazeeq..semuanya menanti kepulangan kami sekeluarga..dan sy pula, ambil kesempatan ni, tak de ape yang nak di bawa balik untuk keluarga tersayang, hanya kek cokelat moist hasil air tangan sy je yang menjadi buah tangan dari kami..hehehe..

Malam sebelum nak bertolak balik, sibuknya jangan cakaplah..sampaikan Mr.HUBBY mengambil peranan menjaga anak dengan 100%..hehehe..sebabnya Mrs.MOMMY sibuk nak menyiapkan kek tu..bukan senang ye..dan kebetulan malam tu, dengan mercun berbunyi sana sini, sampaikan Mr.HUBBY cakap rasa cam nak raya pulak..dengan bunyi mercun, dengan mommy duk buat kek..hehehe..ye la, memang nak raya pun daddy..raya cina..:)..bukan raya melayu ok.:)

Kali ni kami balik tidur di rumah Mr.HUBBY.. tapi kami juga turut melawat bonda sy di Perlis..rindu sangat dengan bonda sy..masa ni rumah family Mr.HUBBY, sempat la mengambil gambar kami sekeluarga..saja untuk kenangan..kini family dah bertambah kepada 8 orang ahli keluarga..:)..










Thursday, December 1, 2011

::AJEEQ TEMAN DADDY MAIN BOWLING::

Semalam sy, Mr.HUBBY dan Ajeeq ke Ipoh Parade..nak main bowling..tapi Mr.HUBBY je yang main..mommy dan Ajeeq jadi penyokong kuat Mr.DADDY..malam ni ada perlawanan persahabatan bowling antara balai Mr.HUBBY iaitu Balai Pusat, IPD Ipoh dengan Balai Kampung Rapat, Medan Gopeng..seawal jam 7.45 kitaorang gerak ke Ipoh Parade..sampai je sana tengok dah ramai orang..

Mulanya sy segan jugak nak ikut, tapi memandangkan nasib ada Ajeeq tak de la malu sangat..then bestfriend Mr.HUBBY dan isterinya Zabidi & Azila yang merangkap jiran kami jugak pergi, so boleh la sy sembang-sembang dengan diorang..walaupun ada jugak kawan-kawan Mr.HUBBY yang sy kenal, tapi tak serapat dengan Zabidi & Azila..

Malam ni mood Ajeeq tersangat-sangat la OK..senang hati sy tengok..senyum je memanjang..sape yang nak dukung pun Ajeeq tak kisah..OK je..tak de nak merengek-rengek segala bagai..pastu Ajeeq ada dapat duit raya jugak..kawan daddy yang bagi..jom jom tengok picture yang sy snap sepanjang malam tu..

nma sy muhammad zamir hazeeq
mlm ni Ajeeq nak teman daddy main bowling


ni daddy Ajeeq..






daddy, ramai kwn daddy ckp muka kiter sama la..:)







ajeeq love u mommy..
mommy, muka kiter sma tak??:)










thumb's up after strike





daddy, ambat g ke nk abish??ajeeq dah nantuk..
While sementara Mr.DADDY tengah kusyuk dan fokus main bowling, sy dan Ajeeq jenjalan masuk dalam Parkson..niat di hati saje je nak cuci mata, tapi bila dah pegi baby department, terus juling biji mata nampak sale..huhuhuhu..rasanya cam ade duit lebih dalam purse ni..hehehee..boleh laaaa, dah alang-alang sampai sini..

Terus ke Baby Kiko, then tengok ada kasut yang cantek-cantek..Ajeeq kan dah nak masuk 5 bulan dah, so memang sy nak pakaikan kasut dah untuk Ajeeq..anakanda sy tu dah semakin besar..sini banyak pilihan, tak sama cam Jusco yang tak de pilihan..huhuhuhuhu..dan hasilnya...........taraaaa.....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...