Thursday, May 19, 2011

::WELCOME TO MATERNITY WARD, HRPB::

Alhamdulillah, hari ni sy dah boleh balik rumah selepas hari malam check in dekat Wad Bersalin, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh..sukanya la dapat balik rumah..rasa happy sangat..semuanya bermula bila sy rasa pedih dekat bahagian ari-ari..malam tu tak leh nak tidur sangat..Mr.HUBBY pulak tak de, keja malam..then sy tahankan je la sakit tu..bila terjaga paginya, sakit tu dah hilang..tapi dalam pukul 10pg, dah start sakit balik..hmmmm..nak nafas pun susah sebab bila tarik nafas tu, lagi terasa pedihnya tu..

Then Mr.HUBBY ambil keputusan nak bawa sy ke hospital..check ape yang tak kenanya..risau tengok keadaan sy yang terpaksa menanggung kepedihan tu..mula-mula sy memang tak nak pegi, sebab dah agak dah kalau pegi hospital, sure kena tahan punya sebab kandungan sy dah 8 bulan sekarang..then kami terus ke kecemasan, tapi pihak kecemasa suruh terus ke wad bersalin sebab diaorang hanya menerima kes 6 bulan ke bawah..kalau dah 6 bulan ke atas, semua kena ke wad bersalin..

So terus ke wad bersalin, then terus diperiksa oleh doc yang bertugas..sebelum tu diorang check pergerakkan jantung Lil HERO untuk 20 minit..then doc pun terus memulakan tugasnya..1st time sy diperiksa sebegitu rupa..malunya..hehehe..nasib baik la doc perempuan..kalau doc lelaki, tak dapat sy nak bayangkan..huhuhuhuhu..perasaan kemaluan tu berada di tahap yang paling tinggi..hehehe..then doc cakap " sy terpaksa tahan awak di wad ye..kita nak pantau keadaan awak dulu "..huaaa, kan sy dah cakap, mesti kena masuk wad punya..

nama dekat katil
tag tangan
@ maternity ward
Kemudian bermula la kehidupan sy di dalam wad..huhuhu..boringnya la..kejap-kejap nurse datang check tekanan darah dan degupan jantung Lil HERO..so far tekanan darah sy dan degupan jantung Lil HERO normal..kuat je sy dengar degupan jantung Lil HERO..boringnya la bila terpaksa duduk hospital ni..asyik-asyik baring, duduk, baring, duduk..hmmmm...while Mr.HUBBY pulak lagi la cian sy tengok..terkejar-kejar..dengan keja lagi, nak temankan sy kat hospital lagi, nak hantar makan dekat sy lagi..maklum la, makanan yang pihak hospital sediakan ada sukatan, jadi tak berapa nak cukup la untuk sy dan Lil HERO..so, terpaksa la Mr.HUBBY hantarkan makanan dekat sy..then makanan kat hospital ni kan kekurangan garam, jadi, so tak leh nak makan banyak la makanan yang tawar-tawar ni..huhuhuhu..

dinner hari 1
lunch hari ke 2
dinner hari ke 2
lunch hari ke 3
Mr.HUBBY setia menunggu
sedang belai-belai Lil HERO kesayangan
alololorr, ciannyer papa busyuk ni
semangat temankan isteri di hospital
Bila dah duduk lama-lama dekat hospital ni, sy pun dah jadi lemau dah..hmmmmm..boringnya dah tahap cipan dah..tapi yang bestnya duk wad bersalin ni boleh jalan-jalan tengok baby-baby yang dah lahir..semuanya comel-comel je..heeeyyy, geramnya tengok..ada ibu-ibu yang tengah dodikan baby, ada yang tengah salinkan baju baby, ada yang tengah susukan baby, ada yang tengah salinkan pampers baby..wuuuaaa, bestnya dapat tengok pemandangan macam ni..rasa tak sabar pulak nak tunggu Lil HERO keluar..:)..boleh dengar baby menangis, boleh sembang-sembang dengan kakak-kakak yang baru bersalin tu..banyak pengetahuan yang sy dapat sebenarnya..dapat pegang baby-baby yang baru lahir..:)..suka, suka, suka..

Dan hari ni selepas hari sy berda di wad ni, doc gitau sy dah boleh balik..horaayyyy, sukanya la..terus muka jadi ceria..sampai ada nurse india tu tegur " waaa, dah boleh balik, muka terus jadi ceria "..hihihihihi..mesti la..suka dapat balik rumah..duk hospital tak best pun..hehehehe..pape pun TQ kepada semua staff wad bersalin, hospital raja permaisuri bainun kerana dah jaga sy sepanjang hari malam sy kat sana..esp nurse-nurse yang semuanya murah dengan senyuman..doc dah sahkan sy tak de pape, semuanya OK dan normal..

Nanti InsyaALLAH kalau Lil HERO nak terkeluar dekat Ipoh, sy akan check in lagi..hehehe..

~ tapi sebenarnya, kalau malam-malam sy still lagi rasa pedih tu, tapi tak cakap pun dekat doc sebab tak nak duduk wad lagi..kalau gitau yang sy still lagi sakit, sure sy tak boleh balik lagi..hehehe..~


* untuk suamiku, terima kasih banyak sebab jaga syg dengan elok sepanjang syg kat hospital..walaupun b selalu terkejar-kejar, nampak kat muka b tu yang b penat, tapi b tak pernah mengeluh..syg rasa kecian sangat kat b..semuanya demi syg dan Lil HERO kita..x pe, lepas ni lagi sekali syg check in kat hospital terus untuk keluarkan Lil HERO ye..:)..b pun dah tak sabar sangat nak tunggu Lil HERO keluar kan..hehehe..terima kasih b..syg sayang b..suami dunia dan akhirat..mmuuuaaahhhh..

4 comments:

  1. lorwh...masuk HBPB xgtau...heheheh...conform akak org yg jaga wktu dlm wad tu hehe :)

    ReplyDelete
  2. ye ke??x prsan la plak..hihihihi..

    ReplyDelete
  3. kadang2 bukan sakit nak bsalin,myb silap makan..like makanan yg berangin,zana kna pun mcm tu gak la.sakit smpai nak bangun pun xlh..

    ReplyDelete
  4. ye ke??tpi rsanya akk x mkn bnda2 berangin pg msa sakit tu..mkn roti cnai je..tp dh nk sakit kn..smlm pun duk rsa jugak..rsa smpai cm nk nangis2 je..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...