Saturday, May 21, 2011

::HEBATNYA NUR AMINA::

Semalam sy dan Mr.HUBBY dah rancang nak tengok filem melayu romantik yang baru keluar khamis lepas..NUR KASIH..sebenarnya Mr.HUBBY hanya temankan sy je, sebab sebelum ni Mr.HUBBY tak pernah layan Nur Kasih di TV..so, sy la yang excited lebihnya nak tengok Nur Kasih ni..:)..sebuah filem yang bercirikan Islam dalam semua aspek..:)..

Tapi sebelum tu, kami je Jelapang dulu, nak makan mee kari..Mr.HUBBY cakap mee karinya sedap..sy pun nak try la kalau sedap..:)..tp sy yang terlebih tamak..hehehe..order mee kari dan mee bandung sekali gus..ye la, mulut rasa cam nak makan mee bandung, terus la order..nanti kalau tak try, asyik duk teringat je..hehehe..memang gitu dah pe'el sy sejak preggy ni..while Mr.HUBBY pulak just order wantan mee ayam..tapi last-last, semuanya Mr.HUBBY yang habiskan..hehehe..banyaknya suami busyuk sy tu makan..:)


wantan mee ayam
mee bandung
mee kari
Then kami terus ke Jusco Kinta City nak tengok Nur Kasih..Bila dah tengok filem ni, sungguh sy berbangga dan kagum dengan watak Nur Amina..watak yang dilakonkan oleh Tiz Zaqyah..


* seorang isteri yang begitu cintakan suaminya..yang sanggup mencari suami tanpa kenal erti putus asa sehingga jumpa..
*seorang isteri yang kuat menghadapi dugaan dalam meniti kehidupan..tak pernah merungut tentang dugaan yang datang bertimpa-timpa..
*seorang isteri yang sanggup menjaga suami yang sedang sakit walaupun ketika itu dia jugak sedang sarat mengandung..
*seorang isteri yang tak bersedia untuk kehilangan suami yang dicintai dengan sepenuh hati..
*seorang isteri yang dimatanya jelas ketakutan kerana terlalu takut untuk kehilangan suami..
*seorang isteri yang solehah, menjaga batas-batas isteri dan dicintai suaminya hingga si suami sanggup berkorban ape saje kecuali isterinya Nur Amina..

Walaupun masa tengah kusyuk duk layan filem ni, ada jugak masa Lil HERO buat wat mengeras..huhuhu..sungguh tak selesa..tapi gagahkan diri jugak sebab nak tengok Nur Kasih punya pasal..Masa ending filem ni, menangis y dibuatnya..:(..tak leh tahan dah airmata ni..memang sangat tersentuh dengan watak Nur Amina..membayangkan jika sy berada di tempat itu, berharap sy juga akan kuat dan tabah seperti Nur Amina..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...