Sunday, May 8, 2011

::TAK BOLEH TIDUR::


Huhuhuhu..masuk semalam, dah dua malam sy tak leh tidur..kenape ye??hmmmmm..pusing kanan tak kena, pusing kiri tak kena, tidur telentang lagi la tak kena..sebab perut akan rasa cekang bila Lil HERO duk wat mengeras tu..susahnya sy nak gambarkan camane bila tak boleh tidur ni..nasib baik la hari minggu, kalau hari bekerja, mesti keesokkan harinya sy dah tersengguk-sengguk dekat office..

Tapi ada 1 yang sy pasti, bila Mr.HUBBY pegi keja, baru sy dapat tidur dengan nyenyak..kalau Mr.HUBBY ada dekat sebelah, Lil HERO akan wat macam-macam aktiviti kat dalam perut chomell sy ni..hehehe..ade jugak camtu ye..ye la, jumaat malam sabtu tu, Mr.HUBBY tak keja, coz hari sabtu tu Mr.HUBBY keja pukul 7 pagi..dan malam tu la sy tak dapat nak tidur..tidur pun sekejap je dari pukul 2pg hingga 3pg..lepas tu dah tak leh tidur dah..mata duk klip pop klip pop sorang-sorang sampai la Mr.HUBBY bangun subuh dan besiap nak pegi keja..tapi bila Mr.HUBBY dah pegi keja, Lil HERO pun akan diam, then sy ambil peluang ni la untuk tidur..cover balik semalam yang sy tak leh tidur tu..

Dan semalam merupakan sabtu malam ahad..Mr.HUBBY ada operasi malam minggu..start pukul 2pg hingga 5pg..lagi sekali sy tak leh nak tidur..mula-mula layan fb, tapi mata ni rasa mengantuk sangat, tapi bila baring, Lil HERO pun memulakan aktiviti malamnya..ape la yang syg mama duk buat kat dalam tu..sampai mama pun tak leh nak tidur ni..while Mr.HUBBY pulak nyenyaknya tidur kat sebelah..then pukul 1pg Mr.HUBBY dah bangun siap-siap nak pegi keja, dan bila Mr.HUBBY dah pegi keja, Lil HERO pun diam balik..so sy boleh tidur la sampai pukul 5pg tu..

Then sy tersedar Mr.HUBBY balik dari keja..dengar je suara Mr.HUBBY, Lil HERO pun terjaga agaknya..terus memulakan balik aktivitinya..menggerak-gerakkan badan dan kick je dalam perut ni..dan lepas tu sy dah tak leh nak tidur dengan nyenyaknya..juz tidur-tidur ayam je..haaaiii, mengantuknya la rasa..:(..agaknya Lil HERO dah pandai rasa kehadiran PAPA ye..kalau dengar suara PAPA je, bukan main lagi aktif kat dalam perut mama ni..hehehe..tersenyum sorang-sorang bila teringatkan gelagat anakku yang sorang ni walaupun masih dalam kandungan ku lagi..:)..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...