Showing posts with label JOM LAYAN FILEM. Show all posts
Showing posts with label JOM LAYAN FILEM. Show all posts

Monday, October 15, 2012

::AKU TERIMA NIKAHNYA::


Ini ceritera hari Jumaat yang lepas.. aktiviti mommy bersama kawan-kawan sepejabat..huuhuhu.. memandangkan masa rehat pada hari Jumaat ni agak lama, so boleh la berjimba-jimba tengok wayang..hehehe..kami semua mau tengok filem Aku Terima Nikahnya.. tengok preview dulu cam best je.. lagipun Min dah ajak sangat nak tengok.. so layankan je la keinginan ibu mengandung..hehehehe..

Keluar dari office agak awal sikit daripada masa rehat yang sebenarnya, tapi tak awal banyak pun..sikit je..heheheehe.. destinasi kami ialah Jusco Kinta City.. sampai je terus beli tiket..:)..so dah selesai urusan pembelian tiket, sambil menunggu tu sempat la snap gambar dulu..hehehe.. then beli popcorn buat kunyah-kunyah masa tengah layan wayang tu nanti..:)..

Pada mommy citer ni mendatar je..huhuhu..kalau datang dengan Mr.HUBBY sure dia bosan.. entah-entah dah tertidur dalam panggung..huhuhu..while Min dan k.Fazila memang kusyuk betul layan.. hehhee.. sampai teresak-esak la..huhuu..memang sedih citernya.. pada sape yang dah bergelar isteri, pasti hati kecil akan tersentuh.. andainya perkara yang tak kita ingini berlaku dalam hidup kita..

Tapi serius, baju-baju Nora Danish dalam citer ni semuanya cantek-cantek.. sampai la ke baju tidur pun semuanya cantek.. mommy suka.. then ada 1 kasut yang Nora Danish pakai yang mommy suka..cantek!!!!..sandal, tapi tinggi.. sesuai kalau nak pakai berjenjalan.. nampak comel je kasut tu.. dah siap gitau MR.HUBBY lagi, nanti mommy nak cari kasut camtu la..hehehe..

our tiket..




Lepas menjamu mata dengan movie, perut pun dah berkeroncong, laparrrrr..:)..so terus ke food court Jusco..mommy order koew teow tom yam..nyummmii.. memang sedap..antara tom yam yang best dan terbaek la tom yam dia..marveles..then beli buah mangga sebagai pencuci mulut..:)..

Monday, June 13, 2011

::KL GANGSTER, BEST!!::


Untuk filem ni sebenarnya Mr.HUBBY yang beriya-iya sangat nak tengok..semangat berkobar-kobar Mr.HUBBY tu start dari k.a.m.i tengok preview filem ni sebelum filem Nur Kasih ditayangkan..tapi masa tu sy tak berminat sangat nak tengok..then bila filem ni dah keluar, Mr.HUBBY nak sangat tengok..mula-mula sy nak bagi je Mr.HUBBY tengok ngan kawan-kawan dia..tapi memandangkan masa kawan-kawan Mr.HUBBY pegi tengok, Mr.HUBBY still lagi di Perlis, so tak leh la Mr.HUBBY nak join kawan-kawan dia..

Dan k.a.m.i buat keputusan nak tengok filem tu hari ni..terpaksa la sy temankan Mr.HUBBY walaupun sebenarnya tak berminat sangat nak tengok..dengan keadaan perut yang semakin membesar ni..ye la, dah 36w pun still tengok wayang lagi..hehhee..sebenarnya k.a.m.i dah plan nak tengok semalam, tapi bila sampai je kat kaunter tiket tu, sumenya dah sold out..uissh, macam goreng pisang panas pulak..

Sebelum nak masuk dalam panggung tu, sy perasan yang sy sorang je ibu mengandung yang tengok cerita ni..hehehe..yang lain semuanya la anak-anak muda dan orang yang tak mengandung..bila dah mengandung ni, sy rasa cm dah tua sikit pulak..hehehhee..tapi jiwa tetap muda tak pe..terus cakap dekat Mr.HUBBY " hubby, perasan tak syg sorang je yang mengandung B..hehehe.."..

Bila dah start filem ni baru best pulak rasanya..bagi sy la..tak sempat nak rasa bosan pun dengan adegan-adegan yang ada dalam filem ni..TAHNIAH buat Shamsul Yusoff..dan yang paling sy suka nak tengok sekali adalah Aaron Aziz..teringat watak dia dalam drama Nora Elena..hehehehehe..Mr.HUBBY senyum je bila sy cakap camtu..serius, kalo watak Seth dalam Nora Elena, Aaron seorang yang romantik, caring, sayangkan isteri..tapi dalam filem ni banyak adegan tumbuk yang melibatkan Aaron..


Dan watak yang menceriakan filem ni adalah watak Abang Long Fadhil @ Abang Long Dhil yang dilakonkan oleh Zizan Raja Lawak..kalau adegan yang melibatkan Zizan, sure 1 panggung yang gelak..kelakar dengan lakonan dia yang bersahaja tu..memang best la..tapi endingnya pulak tak best sebab Zizan mati..huhuhuhu..


Pape pun filem ni memang best la..suka, suka, suka..:)..

Saturday, May 21, 2011

::HEBATNYA NUR AMINA::

Semalam sy dan Mr.HUBBY dah rancang nak tengok filem melayu romantik yang baru keluar khamis lepas..NUR KASIH..sebenarnya Mr.HUBBY hanya temankan sy je, sebab sebelum ni Mr.HUBBY tak pernah layan Nur Kasih di TV..so, sy la yang excited lebihnya nak tengok Nur Kasih ni..:)..sebuah filem yang bercirikan Islam dalam semua aspek..:)..

Tapi sebelum tu, kami je Jelapang dulu, nak makan mee kari..Mr.HUBBY cakap mee karinya sedap..sy pun nak try la kalau sedap..:)..tp sy yang terlebih tamak..hehehe..order mee kari dan mee bandung sekali gus..ye la, mulut rasa cam nak makan mee bandung, terus la order..nanti kalau tak try, asyik duk teringat je..hehehe..memang gitu dah pe'el sy sejak preggy ni..while Mr.HUBBY pulak just order wantan mee ayam..tapi last-last, semuanya Mr.HUBBY yang habiskan..hehehe..banyaknya suami busyuk sy tu makan..:)


wantan mee ayam
mee bandung
mee kari
Then kami terus ke Jusco Kinta City nak tengok Nur Kasih..Bila dah tengok filem ni, sungguh sy berbangga dan kagum dengan watak Nur Amina..watak yang dilakonkan oleh Tiz Zaqyah..


* seorang isteri yang begitu cintakan suaminya..yang sanggup mencari suami tanpa kenal erti putus asa sehingga jumpa..
*seorang isteri yang kuat menghadapi dugaan dalam meniti kehidupan..tak pernah merungut tentang dugaan yang datang bertimpa-timpa..
*seorang isteri yang sanggup menjaga suami yang sedang sakit walaupun ketika itu dia jugak sedang sarat mengandung..
*seorang isteri yang tak bersedia untuk kehilangan suami yang dicintai dengan sepenuh hati..
*seorang isteri yang dimatanya jelas ketakutan kerana terlalu takut untuk kehilangan suami..
*seorang isteri yang solehah, menjaga batas-batas isteri dan dicintai suaminya hingga si suami sanggup berkorban ape saje kecuali isterinya Nur Amina..

Walaupun masa tengah kusyuk duk layan filem ni, ada jugak masa Lil HERO buat wat mengeras..huhuhu..sungguh tak selesa..tapi gagahkan diri jugak sebab nak tengok Nur Kasih punya pasal..Masa ending filem ni, menangis y dibuatnya..:(..tak leh tahan dah airmata ni..memang sangat tersentuh dengan watak Nur Amina..membayangkan jika sy berada di tempat itu, berharap sy juga akan kuat dan tabah seperti Nur Amina..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...