Thursday, April 7, 2011

::XTVT WITH HUBBY::


Bermulanya hujung minggu nanti, maka bermula la jugak episod percutian sy bersama suami sy yang bushuk masham tu..Muhamad Izzad bin Ahmad Kamal..:)..Mr.HUBBY dah mohon cuti selama 10 hari iaitu dari 9hb hingga la 18hb April..while sy pulak mohon 5 hari je memandangkan sabtu dan ahad sy dah tetap cuti..dan cuti kami tu telah pun diluluskan oleh boss masing-masing..:)..

Hujung minggu ni kami akan balik kampung rumah nenek Mr.HUBBY di Batu 8, Sijangkang, Klang..hoyeeee, dah lama jugak kami tak balik ke sana..last balik haritu bulan 12 kalau tak silap sy..kali ni kami balik sebab kenduri Pak Cik Bongsu Mr.HUBBY..kendurinya pada hari ahad..tapi jumaat malam tu kami dah bertolak balik Klang..kami bertolak balik dari Perlis, coz Mr.HUBBY tak izinkan sy untuk drive ke Ipoh..so, Mr.HUBBY la balik sini dulu dengan bus, then kami sama-sama bertolak balik Klang dengan menaiki Cik Saga kesayangan..saya nak sama-sama merasai kemeriahan masyarakat jawa..hehehe..walaupun dengan keadaan perut yang dah besar dan berat ni..:)..Lil HERO pun mesti suka nak balik sana..yeayayy..ni la 1st time st nak rasa kenduri dekat sana..

Sepanjang 3 hari 2 malam kami berada di sana, ingat nak ajak Mr.HUBBY ke i-city..sy tak pernah lagi pegi kesana..rasa teringin pulak nak pegi..tapi kena tengok dulu cmane keadaannya..tapi kalau tak jadi pegi pun, sy still OK lagi..tak majuk-majuk dah..hehehe..

Then kami rancang nak balik Bedong hari Isnin..maybe Isnin pagi atau tengahari sikit..sebab dah plan nak singgah makan mee udang kat kuala sepetang..haaa, yang ni kalau tak jadi sy akan majuk..sebab Mr.HUBBY dan janji dengan sy dan Lil HERO..:)..kepada suamiku tersayang, jangan lupa ye janji yang telah dilafazkan..:)..

Dari hari Isnin hingga Khamis, kami akan bercuti di rumah family Mr.HUBBY..dah lama tak balik sana lama-lama sikit stay sana..selalunya kalau balik pun tidur semalam je..kali ni 3 malam memandangkan kami dua-dua bercuti..Khamis dan Jumaat dah rancang nak berhoneymoon lagi..kali ni kami nak ke Langkawi..:)..tak sabarnya la nak pegi bercuti dengan Mr.HUBBY..last honeymoon hari tu dekat Cameron Highland..Then hari Jumaat hingga Isnin, kami akan stay dekat rumah MY LOVELY MOM pulak..dan yang paling bestnya tok, mak sedara dan sepupu-sepupu sy dari Thailand jugak akan datang sini..diaorang nak tengok sy dengan perut yang memboyot ni mengandungkan Lil HERO..lagipun dekat sana, musim cuti sekolah sekarang ni..uissshhh, bestnya..mesti riuh rendah rumah mak sy tu..:)..

Hari Isnin tu pulak kami akan celebrate our 1st wedding anniversary..tak sangka, kejap je dah setahun kami bernikah..pejam celik,pejam celik dah sampai 18 April 2011..:)..kami jugak akan gunakan hari-hari tak bekerja dengan sepenuhnya..masa itu emas..so, kami akan menikmati percutian kami ni dengan setiap detik yang lebih berharga..can't wait..:)..

2 comments:

  1. bestnya kak pah.. :)
    enjoy ur time eaa....
    heppy2 selalu...

    ReplyDelete
  2. tq..best la..skang ni tengah menikmati hari-hari cuti bersama suami tersayang..:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...