Tuesday, April 5, 2011

::KURSUS @ OFFICE::

"Kursus motivasi untuk semua kakitangan"..akhirnya sampai la hari yang telah ditetapkan untuk kursus tu..:)..ye, hari ini..dan hari ini sy masuk office seperti biasa..cuma semangat untuk bekerja tu agak kurang lately ni..maybe sebab pembawakan budak..rasa malas semacam je sy ni..kalau ikutkan hati cam nak ambil cuti 9 bulan je sepanjang sy preggy ni..hehehe..amboi, melampau tu..:)..

Kursus pagi bermula pada jam 9.00 pagi..nasib baik sy dah sempat sarapan dah dekat rumah pagi tadi..MY LOVELY MOM siapkan teh o panasa untuk sy while adik Buele pulak dah beli bihun goreng dan beberapa jenis kuih..so, sempat la untuk menampung perut sy daripada lapar sehingga sampainya minum pagi masa dalam kursus tu..

Walaupun kursus ni diadakan di tempat kita bekerja, tapi tetap best dan boleh fokus kepada ape yag cuba disampaikan melalui kursus ni..tak terfikir pulak beban kerja yang lain-lain tu..semua officemate jugak memberikan kerjasama yang memuaskan dan semua orang berpuas hati dengan slot-slot sepanjang kursus ni berjalan..dan kursus ni juga tamat semasa waktu bekerja juga habis iaitu pada jam 5.00 petang..

Tahniah diucapkan kepada Unit Kaunseling terutamanya adik-adik praktikal yang telah berjaya menganjurkan kursus ni untuk semua kakitangan..memang best la..:)..rasa seronok je sepanjang kursus ni berjalan..

slot ke-2
slot ke-2 jugak
my BFF tengah kusyuk melukis ayamnya..:)
kumpulan sy..~wani,sy, k.intan~
cantik kan rumah impian kumpulan sy
taraaaa, inilah hasil kumpulan kami
ekspresi marah & gembira sy
ekspresi sedih & kecewa sy
fasa-fasa dalam kehidupan sy
impian sy

1 comment:

  1. aik....4 ja anak pah...bukan nak 8 ke???!!! ari 2 kata nak 8 hehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...