Sunday, May 15, 2011

::TABLE FOR TWO::

Hari ni adalah hari minggu..jadi sy dah memang plan nak main masak-masak untuk Mr.HUBBY..hehehe..tiba-tiba mood rajin tu menjelma dalam diri..dah lama rasanya tak masakkan untuk Mr.HUBBY..ye la, sejak preggnant ni jarang sangat la sy masak..selalu makan dekat luar je..Mr.HUBBY pulak tak pernah merungut..maybe faham dengan keadaan sy sekarang..suami sy tu memang cukup memahami..:)..

So pagi ni lepas kemas rumah semua, terus keluar ke pasar untuk beli bahan-bahan mentah nak memasak..dalam fridge kat rumah ni langsung tak de pape..ye la, dah namanya pun jarang memasak..hehehe..so hari ni ingat nak wat masak lemak pucuk paku +  daging goreng kicap + ayam goreng..simple-simple je..dah lama tak masak, so teringin nak makan masak lemak pucuk paku dan daging goreng kicap..dekat pasar pulak semua bahan yang diperlukan ada..jadi, boleh la sy memasak seperti yang sy plankan tu..

Balik rumah terus jalankan agenda masak-memasak sy untuk hari ni..Mr.HUBBY kerja kul 7pg hingga 1tghri..so Mr.HUBBY balik keja jap g dah terus boleh makan..:)..sementara sy tengah seronok memasak ni, Lil HERO pulak tak nak duk diam..asyik kick dan bergerak-gerak je..pelik ye mama masak tengahari ni..hehehee..masa sy tengah menumbuk bawang nak wat masak lemak tu, Lil HERO pun sama naik je duk kick..kuat pulak tu..agaknya bising bunyi lesung maybe..hehehe..cheomelll la anak mama ni..:)..

Lepas memasak semua, hidangkan dan tunggu Mr.HUBBY balik keja sambil tengok TV..Anaconda..dah tak tau bape kali tengok citer ni tapi still tak jemu-jemu..Mr.HUBBY sampai rumah je kami terus makan..nyummmii..sy pun dah lapar..Mr.HUBBY sy lagi la..ciannn dier balik keja..tak sempat nak mandi dah katanya..nak makan dulu..jom makan...:)..

masak lemak pucuk paku
daging goreng kicap
ayam goreng


Paling best bila dah siap masak ni ialah bila tengok Mr.HUBBY makan dengan berseleranya..:)..rasa puas sangat..walaupun sy rasa tak de la sedap sangat sy masak ni..hehehe..tapi kalo tiap-tiap kali masak mesti dapat pujian daripada Mr.HUBBY.." sedapnya syg masak "..hehehe..senyum je sy dengar bila Mr.HUBBY cakap camtu..kembang semangkuk..kih kih kih..

Saturday, May 14, 2011

::DINNER WITH HUBBY::

Alhamdulillah Mr.HUBBY telah selamat sampai balik Perlis..sy and Lil HERO happy sangat dapat jumpa PAPA..camni la rupanya bila masing-masing duk jauh..hmmm..bila nak jumpa tu happynya bukan main..:)..banyak pengalaman sy bila duk berjauhan dengan suami ni..tambah-tambah pulak time preggy cam sekarang..cepat nak nangis la, cepat nak marah la, cepat nak terasa hati la..kalau dengan orang lain tak la sangat, tapi dengan Mr.HUBBY tu perangai makin menjadi-jadi..heeheehe..

So malam ni kami dah plan nak makan seafood dekat Kuala Perlis..tak de yang special pun kat sini, just makan biasa-biasa je..tapi memandangkan kami pun dah lama tak datang makan kat sini berdua-duaan, jadi ambil keputusan nak makan kat sini lagi..lagipun dulu Mr.HUBBY pernah cakap " dah lama tak makan kat Kuala Perlis kan "..ha tu tandanya suami sy tu memang teringin la nak makan kat situ..Mr.HUBBY sy tu kalau dia tak cakap, tu maknanya dia tak teringin..tapi bila dah terkeluar dari mulut dia, memang dia teringin la tu..hehehe..dah tau sangat pe'el hubbyku yang sorang tu..:)..

Dulu masa zaman muda-muda, sy dan Mr.HUBBY rajin jugak datang makan kat sini..esp bila time dapat gaji..hehehe..time tu masing-masing keja sambilan lagi, jadi bila dapat gaji tu, sini la tempatnya kami berdinner..:)..masa bulan puasa pun, kitaorang rajin datang untuk berbuka puasa disini..tempatnya tepi laut, cam medan ikan bakar..boleh rasa kesejukkan angin laut, boleh rasa deruan ombak..hehehe..so orang sentiasa penuh..parking pulak sentiasa full, nasib ler kalau dapat parking yang betul-betul dekat dengan kedai..kalu tak jenuh la nak kena menapak kalau parking jauh..

Nasib baik malam ni kami dapat parking dekat je..:)..betul-betul dengan kedai yang kitaorang pilih nak makan tu..:)..malam ni, menu makan malam sy with Mr.HUBBY adalah nasi putih, tomyam campur, kailan ikan masin, telur dadar, udang goreng tepung , satay..nyummmmmiii, makan sampai perut rasa ketat, padat dan sendat..hehehehe..dan kadang-kadang tu Lil HERO asyik mengeras je, jadi la bertambah sengkak sy ni..nak duduk pun rasa mengah sangat..hehehe..tu la, masa makan tak hingat dunia..kih kih kih..pape pun yang  penting sy kenyang, Lil HERO pun suka..:)..












Thursday, May 12, 2011

::SERAWA DURIAN::

Nyumiiii, nyummmiiii..sedap kan serawa durian..sy suka sangat..ditambah pulak kalau makan dengan pulut or roti..errmmmm, sedapnya..:)..so balik keja tadi tengok MY LOVELY MOM dah masak serawa durian petang ni..Fuhhhh!!!, sedapnya..boleh la makan petang ni..

Sebenarnya buah durian ni dah lama beli, tapi my Bro tak pandai nak beli durian, tengok-tengok isi dalam still tak masak lagi..hmmm, nampaknya kena tunggu lagi 2 or 3 hari la baru buah tu nak masak..tertunggu-tunggu je sy ni bila la buah durian ni nak masak ni??hmmm..lambat sungguh..so, hari ni mak cakap buah tu dah masak..dah boleh kalau nak masak serawa..

Okey,okey,,mak masakkan, then petang ni balik keja sy boleh makan terus..nyummmii, nyummmii..sy ni memang suka kalau pape yang berkaitan dengan buah durian..kecuali tempoyak je la kureng sikit sebab masam kan..selain tu semua sy suka..buah durian, serawa durian, ais krim perisa durian, jemput-jemput durian..haa, semua sy telan..hehehe..ingatkan besok nak minta mak watkan jemput-jemput durian pulak..buah durian tu still ada lagi dekat dapur..:)..

Sayang la Mr.HUBBY tak boleh nak balik..kalau tak boleh makan sama-sama..Mr.HUBBY pun dah belajar makan serawa durian dengan roti..sedap katanya..:)..dulu Mr.HUBBY pernah makan mak watkan..tu la, belum cuba belum tau kan..sy heran la dengan orang yang tak suka makan durian..ada member sy tu, nak bau pun tak leh..padahal kalau bagi sy, bau durian tu, alahaiiii wanginya la..:)..huhuhuhuhu..

Malam ni 2 round sy makan serawa tu..hihiihi..mula-mula makan dengan pulut..then bila my Bro beli roti, sy makan lagi dengan roti..nyummmiii..sedapnya..tak jemu-jemu pun..while Lil HERO pulak asyik kick dan gerak-gerak je masa sy tengah makan tu..suka ye Lil HERO ni dapat makan serawa durian..:)..tapi Lil HERO ni memang, kalu sy tengah makan je, dia pun bukan main lagi aktif..jom makan lagi..:)..

taraaaa, serawa durian
pulut pun ada
roti cicah serawa durian..nyummiii..


Wednesday, May 11, 2011

::KOEY TEOW SUP SIAM::

Ini lah antara makanan feveret sy..:)..sy suka sangat makan koey teow sup siam ni..sedappp sangat rasanya..tiada tandingannya..cuma di Perlis ni je yang ada koey teow sup siam yang sedap..so tengahari ni memang dah plan dengan my BFF, Wani nak makan koey teow sup siam..sekali dengan k.ju..:)..k.ju tu dah mengidam sangat dah nak makan..ingatkan nak makan semalam, tapi k.ju pulak sibuk dengan latihan kawad polis tu..:)..

So tengahari sy, Wani, K.Ju, K.Aida, K.Asma makan koey teow sup siam..K.Asma tu tak rancang pun, bila Wani gitau nak makan koew teow sup, dia pun teringin jugak nak makan..almaklum la keinginan ibu-ibu mengandung ni..:)..kalau dah teringin tu, nak makan jugak la..sama cam sy..hehehee..so, kami semua jumpa kat sana..then sebelum pegi tu sy sms Mr.HUBBY tu dulu gitau yang sy nak lunch tengahari dengan kawan-kawan..

Tengahari ni sy makan koey teow sup siam + ais kacang..nyummmiii..sedapnya..tengahari cam ni makan ais kacang..hilang dahaga..:)..dengan manisnya, sejuknya..fuhhhh!!!!..ditambah pulak dengan kepedasan koew yeow sup siam tu..marveles!!!!!!!!..macam-macam yang disembangkan esp bab-bab k.Ju sengetzzzz..:)..jangan mare ye k.Ju walaupun sy ambil gambar k.Ju curi-curi..hehehe..terpaksa la..:)..kalau tak k.Ju tak nak bagi kerjasama..

koey teow sup siam
k.Aida
sy, Wani, K.Asma
K.Ju sengetzzz

Monday, May 9, 2011

::WISH FROM HUBBY::


Semalam, kita semua telah sambut Hari Ibu kan..iaitu pada 8hb..minggu kedua bulan May..dan tahun ni jugak 1st time sy dapat ucapan sempena sambutan Hari Ibu ni..dan semestinya daripada suami sy yang tercinta..En. Muhamad Izzad bin Ahmad Kamal..:)..sungguh sy terkejut, ingatkan tahun hadapan baru Mr.HUBBY nak wish..tapi tak sangka pulak Mr.HUBBY nak wish start dari tahun ni..start dari Lil HERO still inside lagi..hehehehe..now, sy dah boleh menerima ucapan selamat Hari Ibu dah la ye..suka, suka, suka..:)..

Ucapan daripada Mr.HUBBY sy terima menerusi wall FB sy..huhuhuhu..sekarang ni canggih, pelbagai cara dah boleh digunakan selain dari mulut dan jugak thru sms..


* kepada my lovely wife, selamat hari ibu b ucapkan..walaupun baby tak lahir lagi tapi tak lama lagi syg dah nak jadi ibu dah..semoga syg dapat jadi ibu yang terbaik untuk anak-anak kita nanti..b sayang syg dan baby kita *

Sungguh sy terharu bila baca ape yang Mr.HUBBY ucapkan untuk sy..:)..walaupun sy belum lagi dapat jadi ibu sepenuhnya, tapi sungguh sy terharu bila Mr.HUBBY menghargai sy..dan jugak harapan yang Mr.HUBBY sandarkan kepada sy..mengharapkan sy akan dapat menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anak Mr.HUBBY..

* dear my lovely hubby, TQ so much..syg pun mengharapkan benda yang sama..terima kasih jugak sebab dah membahagiakan syg selama ni..syg dan baby bertuah sangat sebab dapat b sebagai suami dan papa *

::CERITERA AZIM BUSYUK::


Muhammad Azim bin Ahmad Kamal..itu la nama adik ipar sy yang bongsu..baru berumur 7 tahun..tapi pandai budak busyuk ni..hehehe..marah dia kalau sy panggil dia adik busyuk..then dia akan jawab balik " adik wangi la..adik dah mandi tadi..k.pah ni suka kata adik busuk "..hehehe..kadang-kadang tersenyum sy sorang-sorang bila teringatkan gelagat budak busyuk ni..:)..

Semalam, sy dan Mr.HUBBY balik rumah Ibu..kami ambil peluang ni nak tidur rumah Ibu coz Mr.HUBBY pun dah off..boleh la nak tidur semalam..:)..cukup la, melepas rindu terhadap ibu, ayah, abg chik dan adik..sampai je rumah ibu, macam-macam mulut azim berceloteh..kadang-kadang sampai kita pun naik penat duk layan dia cakap..hehehe..

Petang semalam, dia tanya " k.pah dah dapat gaji ke belum??gaji k.pah berape je bulan ni??"..hehehe..chomell je soalan dia tu..mesti dia nak pape la tu..tapi mukadimah tu membuatkan sy tersenyum.." ye, dah dapat gaji tapi gaji k.pah untuk bulan ni  rm10 je "..hihihihihi..Alaaaaaaaa..cam orang frust pulak budak ni bila gitau yang gaji sy bulan ni just rm10..then azim cakap dengan Mr.HUBBY " b.ngah belanja la adik makan Mc.D..b.ngah belanja k.pah boleh..takkan nak belanja adik tak leh"..senyum je Mr.HUBBY bila dia cakap camtu.. " ye la, ye la, petang ni b.ngah belanja makan Mc.D ".." adik nak beef burger + milo "..

Then malamnya sy bersembang-sembang lagi dengan azim busyuk kat dalam bilik..saje je dia pun mai nak menempel sama kat dalam bilik ni..dia cakap malam ni nak tidur dengan k.pah dan b.ngah la..:)..then sy tanya cmane ngan sekolah ok ke..OK je..then sy tanya nama penuh adik ape??muhammad azim bin ahmad kamal..ayah??ahmad kamal..b.ngah??muhamad izzad bin ahmad kamal..abg chik??muhammad nazmi bin ahmad kamal..ibu??lin kamalina..ish,ish tu nama ibu lam fb la..dah terpengaruh dah budak ni..hehehe..kakak??kakak nama noraini..hehehehe..yang ni sy tak tahan dengar ni..jauh bezanya noraini dengan nur ruzaini..nasib baik dia tak cakap kakak nama miisz iris..kalau tak nayaaaa..:)..

Then budak busyuk ni bercerita lagi, " haritu masa kakak balik, kakak kedekut je nak belikan mainan..kakak tak bagi beli yang rm20, rm30 dan rm40..kakak suruh ambil yang rm10 dan rm15 je..adik nak mainan yang rm40 tu..adik tengok dalam keta kakak ada banyak duit syiling..tapi kakak kedekut jugak "..hehehehehe..tergelak sy sorang-sorang..sy pulak pujuk dia cakap " kakak nak isikan minyak keta lagi, nak bayar tol lagi nak balik KL..sebab tu la tak leh nak belikan banyak mainan dekat adik..lagipun adik dah besar "..then dia cakap dengan Mr.HUBBY pulak, nanti Lil HERO dah lahir, letak la nama muhamad naim bin muhamad izzad..adik nak panggil baby naim..wat pala pulak budak sorang ni..hehehe..mesti kat sekolah ada kawan-kawan dia yang nama naim..sebelum ni dia dah ada suruh bagi nama rayyan..:)

Dan satu lagi soalan budak busyuk ni yang watkan sy tersenyum.." nape k.pah panggil Lil HERO??..panggil la Small HERO..kan hero kecil tu ".." saja la..Lil HERO pun sama jugak cam Small HERO..Lil tu singkatan dari Little HERO "..macam-macam cekadak sungguh budak ni..:)..last-last Ibu panggil suruh masuk tidur, dah lewat..besok nak bangun awal pi sekolah..sebelum kuar dari bilik, sempat lagi cium pipi sy kiri dan kanan..:)..

::THANKS KAWAN-KAWAN!!!::

Pagi ni masuk office dengan mood yang ceria..walaupun Isnin selalu dikaitkan dengan Monday Blues..dan pagi ni sy bersarapan dengan strawberi..nyummmmmiii..sedap walaupun dah tak segar sebab dah 2 hari turun dari Cameron Highland..


Terima kasih banyak-banyak dekat kawan-kawan yang tak pernah lupakan sy dan Lil HERO..:)..kemana pergi sy dan Lil HERO akan diingat selalu..hehehe..bertuah sy dapat kawan-kawan camni..sayang sangat dekat korang semua..

Sebenarnya office sy ada buat lawatan ke Cameron Highland untuk 2 hari 1 malam..so ramai la officemate yang pegi..sy pulak dah tak leh nak join sekali sebab tak leh nak naik bus lama-lama..kalo sy pun sihat mesti lagi best sebab dapat join depa semua..

So pagi ni sy dapat ole-ole daripada my officemate..1st sekali breakfast sy dengan buah strawberi..TQ sangat dekat my BFF..Nur Iwani binti Yazid..dan Wani jugak ada bagi keychain untuk sy..kenangan dari Cameron..dan sy jugak dapat 1 lagi keychain daripada K. Nor..TQ sangat to K. Nor..while Miera Edora pulak bagi kepit memo ukiran buah strawberi..( betul ke sy gelar benda ni cmtu?? )..hehehe...abaikan je, yang penting maksudnya sampai..:)..TQ to sahabatku Nur Mazidah a.k.a Miera Edora..:)..


TQ Miera Edora

TQ k. Nor

TQ Wani Yazid

Sekali lagi terima kasih diucapkan pada yang bagi ole-ole kenangan dari Cameron Highlands..:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...