Showing posts with label I LOVE MY HUBBY. Show all posts
Showing posts with label I LOVE MY HUBBY. Show all posts

Friday, August 3, 2012

::FROM HUBBY, WITH LOVE::

Selamat pagi bloggers.. pagi yang agak lemau, dengan kondisi badan yang tak berapa nak sihat.. selsema menyerang lagi..huhuhuhu..tidur pun tak selesa semalam  coz hidung tersumbat..hmmmm..tapi dalam hati mommy bukan main gembira lagi..hehehee..berbunga-bunga dan mekar dalam hati..:)..

Dah lama diidamkan, tapi sumber kewangan tak berapa nak memberangsangkan..now bila ade rezeki lebih, mommy dah dapat benda yang diidamkan tu..Syukur Alhamdulillah..akhirnyaaaaa..pemberian ikhlas dari Mr.HUBBY yang terchenta..

Semalam, walaupun dengan badan yang kurang sihat, tapi tetap bersemangat nak mencari Cik Tab untuk mommy..hehehe..dah tak boleh nak tunggu siang dah, kena beli malam tu jugak rasanya..hehehe..cari, cari dan terus mencari..akhirnya k.a.m.i decide nak beli dekat baranch Samsung @ Greentown Mall..hoyeaayyyy..




To Mr.HUBBY,

B, terima kasih sebab belikan jugak untuk syg.. syg sayang sangat kat B tau..mmuuuuaaahhh.. walaupun terpaksa habis ribu riban untuk belikan syg ape yang syg nak..ternyata B memang sayangkan syg lebih dari sayangkan duit..heheheeh..i love u B..:)..


Friday, July 29, 2011

::MUHAMAD IZZAD BIN AHMAD KAMAL::

My Dear Husband Muhamad Izzad bin Ahmad Kamal...has made me laugh, wiped my tears, hugged me tight, saved my life, watched me succeed, seen me fail, cheered me on, kept me going strong, put up with my mood swings, has said everything will be alright when things get tough, keeps me sane. My husband is a promise from Allah that I'll have a friend forever .. 






Thursday, June 9, 2011

::MODE = HAPPY MENANTI KEPULANGAN::

Semalam sy ada pemeriksaan kandungan untuk mingguan di Klinik Santan..dan seperti biasa, nak tengok air kencing, check tekanan darah, timbang berat badan, nurse check perut dan check degupan jantung Lil HERO..so far semuanya dalam keadaan yang normal..suka hati sy mendengarnya..:)..cuma hari ni sy kena jumpa doc di Klinik Kesihatan Kangar..sebabnya HB sy rendah..hmmmm, bila la HB sy ni naik betul-betul naik melepasi paras yang normal ye..asyik main-main je..10.6, 10.2,10.8..bila la nak naik sampai 11 dan keatas ni..ubat Iberet tu sy makan seperti biasa je..

Then terus sms Mr.HUBBY "hubby, besok syg n Lil HERO kena jumpa doc..nk check up sebab HB syg kan rendah..hubby nak temankan syg dan Lil HERO tak''..then dapat jawapan yang positif daripada Mr.HUBBY.."ok jugak syg"..hehehe..maknanya Mr.HUBBY akan balik sini lagi..:)..suka,suka,suka..kebetulan hari ni adalah offday untuk Mr.HUBBY..jadi boleh la Mr.HUBBY lari balik kejap temankan sy dan Lil HERO check up hari ni..cuma kadang-kadang tu sy keciankan Mr.HUBBY..ye la, mesti letih badan duk ulang-alik balik sini..tapi Mr.HUBBY cakap selagi termampu dan tak sakit, Mr.HUBBY tak kisah..semuanya untuk isteri dan anak yang dikasihi..:)..

Dan kali ni Mr.HUBBY balik naik bus..boleh la Mr.HUBBY tidur dan rehat atas bus tu sepanjang 4 jam perjalanan nak balik sini..while sy dan Lil HERO pulak akan sabar menunggu kepulangan Mr.HUBBY dan PAPA busyuk tercinta tu..:)..semoga Mr.HUBBY selamat sampai balik sini..:)..AMIN..dan petang ni k.a.m.i akan sama-sama ke Klinik Kesihatan Kangar untuk check up kandungan sy..best,best,best, pergi sambil ditemani suami tercinta..:)

Sunday, May 15, 2011

::BerCHENTA WITH Mr.HUBBY::

Hari ni dah plan nak kuar jenjalan dengan Mr.HUBBY..nak berchenta-chenta dengan Mr.HUBBY..nak dating-dating, nak makan-makan, nak tengok wayang sesama..hehehe..dah lama jugak tak kuar camni dengan Mr.HUBBY..last tengok wayang dengan Mr.HUBBY citer Hantu Kak Limah Balik Rumah..lepas tu dah banyak filem yang sy terlepas..semuanya sebab kesihatan yang tak mengizinkan time mengandung ni..

So hari ni kami ke Jusco Kinta City..nak tengok filem melayu yang baru keluar..KONGSI..tiket kitaorang dah beli semalam, so hari ni tak perlu nak kalut-kalut beli tiket sume..rileks je..sampai Jusco tengok orang ramainya la..ye la, hari minggu kan..sekarang pulak tengah sale..tu yang lagi ramai orang tu..sy pun sempat belikan baju from Padini untuk Mr.HUBBY..discount sampai 70%..rambang mata masa nak beli tu..

Then perut pulak terasa lapar.." hubby, jom kita makan dulu nak sebelum tengok wayang??syg dan Lil HERO dah lapar la.."..sy dan Mr.HUBBY nak makan KFC kali ni..fast food lagi..boleh menyebabkan kedebaban berlaku ni kalau hari-hari makan fast food..hmmm..tapi nak buat cmane, mulut sy ni teringin yang makan fast food..hehehe..jom makan before tengok wayang..nyummmmmii, sedap pulak rasanya ayam ni bila dah lama tak makan..hehehe..




After makan semua, baru kami masuk dalam panggung..perut pun dah kenyang..:)..mak ai, ramainya orang..hmmm, nasib baik kami dah beli tiket semalam, kalau tak memang tak sempat la..tempat semua full..sy pulak amik yang couple seat punyer..best sikit nak duduk dengan Mr.HUBBY..bebas sikit untuk bergerak-gerak if lenguh pinggang nanti..faham-faham je la time sarat cam sekarang tapi nak jugak tengok wayang..hehehe..masa sebelum citer ni start, tengok preview untuk filem Nur Kasih..cam best je..huhuhu..nak ajak Mr.HUBBY tengok la Nur Kasih ni..rugi pulak rasanya kalau tak tengok kan..sebelum ni dah sedap duk layan kat TV, sekarang nak layan kat panggung pulak..

Then citer kongsi ni start..best jugak citer ni..banyak yang kelakar..hehehe..memang tak jemu la tengok..tambah-tambah aksi kelakar daripada Sam dan Azad..memang tak kering gusi sy dan Mr.HUBBY..while Lil HERO pula aktif je malam ni..kick je memanjang..:)..hehehe..ada pendapat orang yang citer ni tak best, tapi bagi sy dan Mr.HUBBY memang best..tak rugi tengok..


Lepas tengok citer ni, sy rasa cam nak makan ice cream pulak.." jom Mr.HUBBY kita makan ice cream Baskin Robbin..:).."..banyak betul yang sy makan..hehehe..bukan ape, bila mulut rasa teringin tu, kalau tak makan, asyik teringat je..rugi pulak rasanya kalau tak makan..:)..kali ni sy pilih Lost Classic Chokolate + strawberri juice + jelly..nyummmii, nyummmiii, nyummmmiii..sedap, sedap, sedap..makan berdua dengan Mr.HUBBY..








Monday, May 9, 2011

::WISH FROM HUBBY::


Semalam, kita semua telah sambut Hari Ibu kan..iaitu pada 8hb..minggu kedua bulan May..dan tahun ni jugak 1st time sy dapat ucapan sempena sambutan Hari Ibu ni..dan semestinya daripada suami sy yang tercinta..En. Muhamad Izzad bin Ahmad Kamal..:)..sungguh sy terkejut, ingatkan tahun hadapan baru Mr.HUBBY nak wish..tapi tak sangka pulak Mr.HUBBY nak wish start dari tahun ni..start dari Lil HERO still inside lagi..hehehehe..now, sy dah boleh menerima ucapan selamat Hari Ibu dah la ye..suka, suka, suka..:)..

Ucapan daripada Mr.HUBBY sy terima menerusi wall FB sy..huhuhuhu..sekarang ni canggih, pelbagai cara dah boleh digunakan selain dari mulut dan jugak thru sms..


* kepada my lovely wife, selamat hari ibu b ucapkan..walaupun baby tak lahir lagi tapi tak lama lagi syg dah nak jadi ibu dah..semoga syg dapat jadi ibu yang terbaik untuk anak-anak kita nanti..b sayang syg dan baby kita *

Sungguh sy terharu bila baca ape yang Mr.HUBBY ucapkan untuk sy..:)..walaupun sy belum lagi dapat jadi ibu sepenuhnya, tapi sungguh sy terharu bila Mr.HUBBY menghargai sy..dan jugak harapan yang Mr.HUBBY sandarkan kepada sy..mengharapkan sy akan dapat menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anak Mr.HUBBY..

* dear my lovely hubby, TQ so much..syg pun mengharapkan benda yang sama..terima kasih jugak sebab dah membahagiakan syg selama ni..syg dan baby bertuah sangat sebab dapat b sebagai suami dan papa *

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...