Friday, October 10, 2014

::BERCUTI KE SABAH Part III::

Ok, ni cerita tentang hari terakhir kami di bumi Sabah.. hari ketiga ni kami tak de nak jenjalan mane dah sebab flite pukul 2.05 petang, so dah kena ada di airport jam 12 lebih.. so bangun pagi pun lambat sikit, merehatkan diri selepas seharian berjalan masa hari kedua..:).. so pagi ni la baru mommy nak kemas-kemaskan barang, packing baju busuk masuk dalam beg balik.. asingkan pulak mane yang dah pakai, yang tak pakai lagi.. hehehehe.. so pukul 11 lebih kami dah check out dari hotel, kereta sewa kena diserahkan pada jam 12.00 tengahari..

Sebelum ke airport kami singgah lunch terus di kedai makan.. mahu kenyangkan perut, nanti dalam flite tak perlu nak beli makan.. tidur je sementara nak sampai KL.. hehehehehe.. 





Alhamdulillah selepas 2 jam 30 minit perjalanan, kami selamat tiba di KLIA 2.. perjalanan kami dipermudahkan semuanya.. flite tak delay, cuaca yang baik.. Syukur Alhamdulillah.. bila dah turun flite, nak berjalan ambil laggage pulak punya la jauh, dah tu nak keluar entrance pun punya la jauh.. penat ibu mengandung ni berjalan.. rasa cam nak tumpang Ajeeq naik troli tu sama.. biar Mr.DADDY je yang tolak.. hehehehehe.. luasnya laaa haaiii KLIA 2 ni..




Then kami dijemput lagi oleh Cik Li untuk ambil di airport.. sekali lagi TQ to Cik Li sudi ambil kami 3 beranak.. hehehehe.. then malam tu tidur rumah nenek Mr.HUBBY semalam lagi, sebelum bergerak balik ke Ipoh.. sebelum tamatnya percutian yang best ni.. bila dah sampai Klang, rindunyaaa dengan Sabah.. mommy cakap dekat Mr.HUBBY, boleh dijadikan aktiviti percutian tahunan ni.. hehehehe.. 2 tahun sekali pergi Sabah andai ada rezeki lebih dan panjang umur.. bawa anak-anak berjalan.. :).. Moga ada rezeki kami untuk sampai ke Sabah lagi..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...