Friday, October 10, 2014

::BERCUTI KE SABAH Part II::

Alhamdulillah, ini sambungan hari kedua semasa berada di bumi Sabah.. aktiviti harini agak padat.. so kami memang bangun awal, sebab perjalanan jauh dan memakan masa hampir 2 jam dari Kota Kinabalu.. Perjalanan berpandukan bantuan waze Mr.HUBBY.. hehehehe.. dan yang penting, sabah cerah awal ok, pukul 7pagi dah terang benderang macam pukul 8.30 di semenanjung.. :)..




Yeayyy, kami 3 beranak dah ready untuk berjalan hari kedua ni.. Mr.DADDY cakap mommy kemain lagi nak berjalan, tak padan dengan mengandung.. hehehehe.. aihhh, mesti la daddy, berpeluang datang ke Sabah ni, kena kuatkan badan untuk berjalan.. so pagi tu kami brakfast dulu, kenyangkan perut, sebab ada kawan mommy gitau sepanjang perjalanan ke Gunung Kinabalu memang dah tak de boleh nak makan-makan dah.. kita tak sure tentang halal sebab dekat sana ramai penduduk yang beragama kristian.. tapi memang betul la, sebab sepanjang perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kundasang, memang banyak gereja je tepi-tepi jalan.. 

So ini lah destinasi kami hari kedua ni.. Gunung Kinabalu.. tapi tak de la sampai nak mendaki Gunung Kinabalu, just di kaki gunung sahaja.. cukup la dapat merasa kesejukkannya.. tapi memang sejuk, lagi sejuk daripada Cameron Highland..:)..










Untuk makluman, bayaran masuk ke Gunung Kinabalu ni RM3.00 untuk dewasa dan kanak-kanak bawah 3 tahun free.. dan nak naik ke kaki gunung pulak bayaran RM8.00 naik dan turun dengan menggunakan kenderaan van yang pihak diorang sediakan.. dan sekali lagi kanak-kanak bawah 3 tahun free..:).. 

Then kami teruskan lagi perjalanan ke Desa Dairy Farm.. nak tengok lembu-lembu tompok-tompok feeling ala-ala New Zealand.. heheehhe.. feeling sangat macam duduk dekat New Zealand, sebab suhu dekat sini memang sejuk.. best jerr.. bahagianya laaaa kalau dekat Ipoh cuaca sejuk macam ni.. comfirm bertambah putih.. hehehehehee.. Dan yang penting, nak masuk ke Desa Dairy Farm ni pun dikenakan bayaran iaitu RM4.00 seorang untuk dewasa dan sekali lagi free untuk kanak-kanak bawah 3 tahun..





Then selesai di Desa Dairy Farm, kami turun menghala ke Kota Kinabalu balik.. so dalam perjalanan balik, kami singgak lagi di Rumah Terbalik.. orang kata kalau datang Kota Kinabalu, wajib pergi Rumah Terbalik ye.. sebabnya hanya di sini je satu-satunya ada Rumah Terbalik ni..  nak masuk Rumah Terbalik ni pun dikenakan bayaran iaitu RM10.00 untuk dewasa warganegara dan sekali lagi free untuk kanak-kanak bawah 3 tahun.. :).. sebenarnya dekat Rumah Terbalik ni gambar hanya boleh diambil dekat luar je, masa dibawa masuk ke dalam rumah, langsung sama sekali tidak dibenarkan untuk mengambil gambar..






So dengan berakhirnya lawatan ke 3 tempat tu, maka berakhir la agenda untuk harini kedua ni.. balik hotel rehat-rehat, mandi-manda.. mommy pun perlu diurut-urut untuk melegakan lenguh kaki mommy ni.. hehehehehe.. lepas dah rehat semua, kami keluar balik untuk mencari makan malam.. itu pun antara agenda yang wajib.. hehehehe.. then nak menyopping baju-baju dan mutiara-mutiara yang ada.. so destinasi kami ialah Pasar Filipina.. banyak pilihannnn.. rambang mataaa.. then makan pun, kami makan disitu.. memasing dah tak larat nak berjalan mencari tempat makan.. mau makan cepat-cepat, balik bilik dan tidur.. keesokkan harinya kami dah mau fly balik ke KL semula.. sayangnyaaa nak tinggalkan bumi Sabah ni.. entah bila la nak dapat jejakkan kaki semula ke sini.. huhuhuhu..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...