Friday, October 10, 2014

::BELANJAWAN SEPANJANG BERCUTI::

Assalam semua, entry ni nak buat entry tentang belanjawan kami sekeluarga sepanjang bercuti selama 3 hari 2 malam di Kota Kinabalu.. entry ini bersifat jujur ye sebab mommy nak share semua tentang belanjawan sebabnya mommy la menteri kewangan.. hehehehehe.. so segala-galanya mommy yang uruskan..

1 ) Tiket kapal terbang : kami sekeluarga menaiki kapal terbang Air Asia, tambang murah terbesar di asia katanyaaaa.. hehehehe.. mommy booking tiket bulan Nov 2013, dan tarikh penerbangan adalah pada September 2014.. bayangkan penantian kami hampir 1 tahun semata-mata nak pergi Sabah.. mommy booking time Air Asia buat promosi free seat.. kalau tak membooking lama, tak merasa la, sebab tiket mahal.. mommy dapat tiket pergi dan balik just RM26.00 untuk seorang termasuk Ajeeq.. So total pergi dan balik kami 3 beranak adalah RM 260.00.. memang tersangat murah.. sebab kalau ikutkan rate biasa tiket sehala pun dah boleh mencecah RM200.00.. 

gambar dari encik google
2 ) Hotel : sepanjang 3 hari 2 malam kami menginap di De Galleria Hotel, No 14, Jalan Sentosa, Kampung Air, 88000 Kota Kinabalu, Sabah.. mommy dan family ambil bilik duluxe queen.. cukup la katil untuk kami 3 beranak.. dekat rumah pun katil saiz queen je.. hehehehe.. hotel ni memang berada di tengah-tengah bandaraya Kota Kinabalu.. semuanya senang dan dekat.. dibawah hotel pulak memang ada pasar malam pada setiap malam, kalau nak berjenjalan tengok-tengok barang ape yang boleh dibeli, memang disyorkan hotel ni.. bilik pun bersih.. boleh la bagi yang mencari hotel bajet macam kami.. so hotel mommy booking melalui Agoda.Com.. rates bilik adalah RM80.00 semalam.. dicampur dengan 2 malam menginap dan juga services dan tax yang dikenakan total RM185.00.. dan yang paling penting walaupun hotel bajet, hotel ni ada lift.. tak de la ibu mengandung ni penat naik tangga.. hehehehe..

ehsan encik google
ehsan encik google
3) Kereta Sewa : Sepanjang disana, nak berjenjalan kami sewa kereta Viva Automatik.. mommy mencari-cari perkhidmatan kereta sewa ni pun melalui internet je, then terus wassap no telefon yang diberikan.. Alhamdulillah sangat senang berurusan dengan En Faizul daripada Fedura Services & Enterprise 019-4817846.. mommy booking dan berikan segala maklumat yang diperlukan, then bayar deposit RM100 untuk booking, then tunggu je masa hari sampai di airport KK diorang datang hantar kereta then baru bayar balance.. so sewa untuk kereta Viva ni RM110 sehari.. dan yang bestnyer diorang kira kadar sewaan cukup 24 jam baru sehari.. total mommy bayar untuk kereta sewa RM220.00 sepanjang 3 hari 3 malam berada di sana..

ehsan encik google jugak
Services diorang sangat on time.. tepat jam 11 pagi driver datang hantar kereta iaitu En. Rizan 016-5865771.. En Rizan ni pun memang bagus.. sangat mesra pelanggan.. rupa-rupanya dia pun orang Utara yang dah lama tinggal di KK ni.. then dia senaraikan tempat-tempat best yang kami boleh pergi.. memang servis sangat bagus.. boleh disyorkan diorang ni kalau sesape yang nak pergi ke KK.. then nak dijadikan cerita, rim kereta viva yang kami sewa ni terkeluar pulak tengah-tengah jalan.. huhuhu.. tapi nasib baik diorang tak kenakan apa-apakan bayaran.. legaaa.. then kami pulangkan kereta lewat sejam dari masa yang dijanjikan pun tak dikenakan apa-apa bayaran.. tapi maklum awal la, nanti kang tertunggu-tunggu pulak diorang di airport nak ambil kereta.. hehehehe..

So itu sahaja lah perbelanjaan kami..

Tiket                      RM   260.00
Hotel                      RM  185.00
Kereta Sewa          RM   220.00
Perbelanjaan lain  RM   400.00 ( makan, minum, minyak kereta, beli ole-ole dari Sabah )
Total                      RM   1100.00

1 comment:

  1. Bagus nie.. Nnt nk pergi boleh try contact no kt atas nie ja

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...