Thursday, July 12, 2012

::BERSHOPPING HINGGA KE K.L::

Ni la aktiviti mommy dengan sahabat-sahabat tersayang a.k.a officemate..kak fazila, kak linda dan anne.. sukaaaaanyaaa dapat shopping sempena nak raya ni..hehehe..puasa pun belum, dah siap shopping untuk raya..hehehe..bukan ape, nanti dah tak perlu nak fikir shopping baju raya dah, cuma perlu tambah sikit-sikit je..:)..

Ceritera yang berlaku semalam, kami semua dapat cuti gantian sempena bekerja di hari sabtu yang lepas..nasib boss bagi cuti ganti..hoyeeeee, boleh la teruskan aktiviti yang telah kami rancangkan..:)...memang plan nak pergi hari bekerja, sebab semuanya ada anak kecil, so senang bila anak ada dengan pengasuh..kalau nak pergi shopping dengan bawa anak semua, memang tak la kan..:)..

So perjalanan kami bermula seawal jam 8 pagi..dah rasa cam pergi kerja punch kad macam biasa..so berhenti sarapan pagi kejap di R&R Tapah..pilihan mommy adalah ketupat with rendang tok..nyummmmiii..sedapnya dapat makan..dah lama tak makan ketupat..


kak linda dan kak fazila
mommy dan anne
Destinasi kami adalah Sogo dan Jalan Tar..dan inilah hasilnya selepas kami selesai bershopping sehari suntuk semalam..hehehehe..


Bertolak balik pukul 6 petang..maunya sampai rumah dekat pukul 9..:)..hhehe..kesian Ajeeq kena tinggal duk dengan pengasuh..Mr.DADDY ambil Ajeeq kejap je, then hantar Ajeeq balik sebab  Mr.DADDY kerja pukul 7 malam..so bila dah sampai rumah tu, terus mommy shower dan ambil Ajeeq..semalam, masa bersama Ajeeq 1 jam lebih je..sebab malam tu Ajeeq dah gosok mata tanda dia dah mengantuk..tapi sementara duk main dengan Ajeeq, sempat jugak snap gambar baju yang dibeli..:)..

baju untuk Ajeeq
baju mommy
tudung mommy
kain pasang untuk Pn. Bonda

tudung corak harimau untuk Pn. Ibu
shirt untuk Mr.DADDY
baju raya tema peach..rahsiaaaaaaa..
 
kain pasang untuk geng gorgous kinta

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...