Alhamdulillah bersyukur kepada Ilahi masih dipanjangkan umur untuk menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ni..:)..masih diberi kesihatan yang sihat untuk menunaikan ibadah dibulan yang berkat ni..syukur..tahun lepas tak berkesempatan untuk berpuasa selepas kelahiran Lil Hazeeq dan masih lagi tempoh berpantang..
Kali ni pertama kalinya menyambut ramadhan berjauhan dengan Pn. Bonda yang disayangi..terasa sedih jugak sebenarnya..tapi itulah kehidupan seorang anak perempuan.. bila dah berkahwin, pasti tempatnya adalah disisi suami, bukan lagi bersama Pn. Bonda yang tersayang..
Kalau dulu-dulu masa zaman bujang, memang best la menyambut dan berpuasa bersama bonda dan ahli keluarga yang lain..bermacam-macam menu yang direquest untuk jadi menu berbuka puasa..dan Pn. Bonda pula akan memasak menu untuk berbuka mengikut menu anak-anak..heheeh..ape yang anak-anak teringin nak makan, itu la yang Pn. Bonda pun makan..huhuhu..teringat Pn. Bonda di kampung..nak nangis pulakkk..huhuhuhu..
Tapi ramadhan kali ni sy berjauhan dengan Pn. Bonda..maklum la, sebelum ni dari kecil sampai la dah bekerja pun still duduk dengan Pn. Bonda, now bila dah berkahwin tu memang terasa sangat la..especially bulan puasa ni..huhuhuhu..
Walaupun berjauhan dengan Pn. Bonda, namun sy menyambut puasa kali ni disisi Mr.HUBBY yang terchenta.. dan sy kini menggalas tugas Pn. Bonda..pastinya memasak untuk berbuka dan sahur buat dia suami yang terchenta.. Excited juga sebenarnya nak menyambut kedatangan ramadhan bersama suami, dalam masa yang sama terasa kesedihan berjauhan dengan Pn. Bonda..
Selamat menyambut bulan Ramadhan buat semua muslimin dan muslimat..
No comments:
Post a Comment