Friday, May 18, 2012

::LUNCH @ NANDO's::

Ceritera lunch di hari jumaat..aktiviti bersama teman-teman tersayang dikala rehat yang panjang..:)..hari ni kami memang dah plan nak makan-makan di Nando's..ade seorang lagi offimate yang nak belanja kami semua..yeayyyy..:)..tapi tak semua yang dapat pergi, sebabnya kami pecah kepada 2 kumpulan..hehehe..1 lagi group diaorang nak pergi Mydin Meru Raya yang hari pembukaannya adalah hari ni..K. Fazila, K. Nora, Ann dan Min..dan kami iaitu sy, Ina, Dayang dan K.Lin ke AEON Stesyen 18..hari ni tak boleh nak join ke Mydin Meru Raya sebab ade sahabat yang terpaksa bertugas kaunter..huhuhu..









Lepas makan, kami berjenjalan lagi..then masuk kedai emas Tomei..geram je duk tengok rantai-rantai emas tu..huhuuhu..nanti la, nak tunggu Mr.DADDY dapat durian runtuh dulu baru nak ajak Mr.DADDY masuk Tomei..



::SELAMAT HARI IBU UNTUK MOMMY::

Salam pagi jumaat buat semua..hari ni baru berkesempatan nak update tentang ucapan hari ibu buat diri sendiri..:)..:)..hehehe..masih belum terlambat kan..hari ibu bukan pada bulan mei sahaja, setiap hari adalah hari ibu..:)..yeaayyy, tahun ni mommy berpeluang menyambut hari ibu buat pertama kalinya..tahun ni mommy dah ada anak dah..tahun lepas masa sambut hari ibu, mommy pregnantkan Ajeeq masa tu..:)..tapi still gak dapat ucapan from Mr.HUBBY..tapi, tahun ni baru betul-betul dah jadi ibu..heheehe..ibu kepada Muhammad Zamir Hazeeq..

Hari ibu untuk mommy tahun ni dimulai dengan ucapan from Mr.DADDY yang terchenta..also wish dekat wall FB mommy..hehehe..
~ mommy, happy mothers day dari daddy dan ajeeq..we love you so much..mmmuuuaaahhhh..semoga mommy jadi mommy yang terbaek untuk anak-anak kita ~

Chomell je wish dari Mr.DADDY tu kan..mommy suka..:)..then malamnya tu pulak Mr.DADDY belikan kek pulak..hehehe..untuk hari ibu ni Mr.DADDY still belikan kek aiskrim kesukaan kami..tapi lebih kepada kesukaan Mr.DADDY rasanya..kek untuk mommy tapi pilihan Mr.DADDY..:)..then siap ade nyanyikan lagu pulak..tapi lagu happy birthday tapi ditukarkan lirik kepada happy mothers day..hehehe..kelakar je daddy..while Ajeeq pulak duduk sama tengok mommy tiup lilin, then sengeh je bila mommy dan daddy gelak-gelak..:)..

Memang best hari ibu tahun ni..tapi, setiap hari adalah hari ibu..kasih ibu buat anak tetap mekar sepanjang hayat..:)..selagi nyawa dikandung badan..dan pastinya seorang ibu akan sanggup berkorban semuanya untuk anak yang dicintai..:)..



Monday, May 14, 2012

::LUNCH @ PESTA SIAM::

Kegiatan sy bersama officemate yang lain dikala waktu tengahari menjelma..:)..suka sebenarnya kalau berkenaan makan- makan ni..hehehe..kali ni destinasi kami adalah mau terjah Ipoh Parade..nak makan makanan hometown sy..hehehe..dah lama sebenanrnya nak makan makanan siam..dan pastinya ade agenda lain sebenarnya..hehehe..nak ke kedai buku Popular, nak beli kad untuk wanita kesayangan sy..:)..

So tengahari ni memang dah ajak Dayang ke Ipoh Parade..drive Cik Saga..hehehe..dekat je kot Ipoh Parade tu dengan office..5 minit je..:)..tengahari ni sy order pulut mempelam + somtam + cincau..while Dayang pulak nak makan bihun tom yam..K.Nora, Ina dan K.Fazila order nasi goreng tomyam..dan Adila dengan nasi papriknya..

pulut mempelam
somtam
bihun tomyam
Dayang + Ina
tuan rumah
k.Fazila + k.Nora + Adila

::QUEEN OF MY HEART::

SELAMAT HARI IBU

untuk dua orang wanita kesayangan dan kecintaan sy..Pn. Bonda a.k.a Aminah binti Salleh dan Pn. Ibu a.k.a Mazlinah Mohktar..kasih dan sayang sy buat mereka tiada bandingan..kasih sayang abadi hingga akhir hayat..


Pn. Bonda : Mak,, terima kasih atas segalanya..terima kasih sebab mengandungkan, dan lahirkan kakak..kakak sayang mak sangat..kasih seorang ibu memang tiada tandingan..takkan termampu dibeli oleh wang ringgit..kakak ingat semua memori-memori kita bersama..now kakak dah pun bergelar isteri dan kini menjadi seorang ibu..dan pastinya semua nasihat mak akan kakak dengar dalam melayari kehidupan kakak sekarang..tanpa mak, pastinya kakak tak mampu nak berdiri sendiri sekarang..bagi kakak, mak lah ibu terbaek yang kakak ada..mak sanggup berkorban semuanya untuk kakak dan adik-adik..kakak ingat lagi, masa kita hidup dalam serba kekurangan, tapi kami adik beradik tak pernah merasa kekurangan kasih sayang dari mak..walaupun kita berjauhan sekarang, tapi setiap detik dengupan jantung kakak, tak pernah kakak lupakan mak..apa yang kakak buat, apa yang kakak makan, pastinya kakak akan ingatkan mak..kakak sayang mak hingga akhir hayat kakak..


Pn. Ibu : Ibu,, terima kasih atas segalanya..terima kasih sebab mengandung, melahirkan dan mendidik suami pah sekarang.. tiada lelaki yang terbaek selain dari suami pah sekarang..teman pah dunia dan akhirat..terima kasih juga sebab menerima pah sebagai menantu dah ahli keluarga ibu..Alhamdulillah pah panjatkan kesyukuran buat Ilahi kerana mempertemukan jodoh dengan anakanda ibu, dan pastinya bertuahnya pah sebab jadi salah seorang ahli keluarga ibu..now pah tak merasa hidup sebagai seorang yang baru memasuki keluarga ibu, sebab ibu menerima pah dengan hati dan tangan yang terbuka..segala nasihat dan teguran yang ibu beri, pah semat dan simpan dalam hati..buat ingatan dan pedoman pada masa kini dan masa hadapan.. walaupun kita tinggal berjauhan sekarang, tapi itu tak membataskan hubungan kita..kasih sayang buat ibu sama dengan kasih sayang buat mak..tetap sama, tiada beza..

Semoga kedua wanita kesayangan sy ini, dirahmati oleh ALLAH S.W.T selalu..bahagia disamping anak-anak dan keluarga yang mencintai mereka..sy titipkan doa pada Ilahi setiap hari buat mereka, wanita yang sy sayangi..sy sayangkan mereka hingga akhir hayat sy..aminnn..

::HUJUNG MINGGU SUAM KUKU::

Salam Isnin buat semua warga blogger..macam biasa la, bila isnin menjelma, pastinya lemau je..hehehe..itu lah sy..semangat tu kurang sikit..ye la, dah bercuti 2 hari..nak ceriter, cuti hujung minggu sy kali ni agak suam-suam kuku..hehehe..tak happening cam selalu, sebabnya Lil Hazeeq demam..huhuhu..tak boleh nak berjimba-jimba..kena tumpukan pada Lil Hazeeq yang merengek je..huhuhuhu..

Sememangnya hujung minggu ni, peranan sy sebagai ibu dan isteri berjalan dengan sepenuhnya..hari sabtu, memang tak boleh nak buat ape langsung, sebab Lil Hazeeq merengek je..nak sy dukung dan nak duduk atas riba sy je..manjanya anak mommy tu..:)..sempat goreng bihun je buat breakfast sy dan Mr.HUBBY..then bila Mr.HUBBY pergi kerja, bihun goreng tu la jadi santapan tengahari sy..huhuhu..Ajeeq pulak tak nak berenggang langsung dengan mommy..bila dah tidur baru sy berkesempantan nak buat kerja rumah yang lain..:)..

Hari Ahad pulak, Ajeeq dah beransur sembuh..badan dah tak panas..dah boleh main mainan..dah boleh berenggang dengan mommy sikit..so, sy plan memang nak memasak la hari ni..hehehe..Mr.HUBBY pulak kerja, so bila hubby dan balik, boleh la makan tengahari terus..plan hari ni nak masak sup ayam la..:)..dah lama tak makan sup ayam ala-ala yang Pn. Bonda buat..teringat pulak dekat bonda sy tu..menu tengahari kami kali ni ialah sup ayam + ayam goreng..:)..nyummmmii..then bila Mr.HUBBY dah balik kerja, Mr.HUBBY pulak request nak kek batik, lagipula kek batik dalam fridge dah habis, so memang kena ada bekalan sentiasa kek batik ni..sebab Mr.HUBBY suka sangat..walaupun dulu tak tau langsung nak buat, tapi kini sy dah belajar dan pandai buat demi Mr.HUBBY yang terchenta..







Kini sy dah ada pencapaian sebagai seorang isteri..dah pandai memasak..hehehe..dulu masa anak dara, tak tau langsung dan sebenarnya malas nak ambil tau..now bila dah kawen, dah tinggal di rumah sendiri, memang kena masak la..dulu kalau orang tanya pandai ke memasak, mula la nak senyum sengeh dan main-main hujung  rambut..hehehe..tapi kini, bukan nak riak tapi berbangga dengan pencapaian diri sendiri..:)..tapi sy masih lagi dalam proses pembelajaran daripada kedua orang sifu sy..Pn. Bonda dan Pn. Ibu..:)..

Saturday, May 12, 2012

::MY ANUGERAH TERINDAH::

Salam hari sabtu  buat semua..selamat bercuti di hujung minggu..dan pastinya bila hujung minggu menjelma, tanggungjawab sy sebagai isteri dan ibu perlu dilaksanakan dengan sesempurna yang mungkin..InsyaALLAH..sebenarnya Anugerah Terindah sy tu demam hari ini..huhuhu..start dengan semalam, badan Ajeeq panas sangat..then bila dah pergi hospital, dan dah suapkan ubat, Alhamdulillah, sekarang Ajeeq dah OK..

Tapi kali ini bukan entry tentang Ajeeq yang demam..huhuhu.tapi entry tentang perangai Ajeeq yang suka sangat naik kereta token tu..huhuhu..kalau pergi memana shopping kompleks or pasaraya yang ade kereta token ni, pasti mulut Ajeeq akan ringan je menegur..then Mr.DADDY pula yang memang memahami akan menunaikan hasrat hati anakanda yang terchenta..





Sukanya mommy bila tengok anak happy..:)..kegembiraan anak adalah kegembiraan ibunya jua..huhuhu..bermadah pula malam-malam ni..:)..acctualy banyak gambar yang diambil setiap kali Ajeeq naik kereta token ni, tapi semuanya dalam telefon Mr.DADDY..yang ini pun mommy upload dari camera je..

Friday, May 11, 2012

::KETAGIH STEAMBOAT @ JOHNNY'S::

Haaaa, amik kau dah sampai tahap ketagih dah..hehehe..malas nak guna ayat mengidam, nanti ade orang lain yang salah anggap pulak..huhuhu..so, baik guna perkataan ketagih..ye la, sebab dah makan hari tu, duk rasa cam nak makan lagi, then nak makan lagi..:)..

Malam rabu yang lepas, sy bersama My Lovely Friend a.k.a Mrs. Mama dan makan steamboat ni..with Mr.DADDY, Mr. Papa dan our Anugerah Terindah, Irfan dan Hazeeq..memang dah plan pun dengan Mrs. Mama nak makan steamboat.. so kami decide nak makan di Johnny's..














Dan tengahari ni di hari Jumaat, sy bersama Mr.HUBBY makan steamboat lagi..selang 2 hari je kan..hehehe..waaa, sebabnya adalah Mrs. Mommy yang mengada-ngada nak makan steamboat..huhuhu..so terpaksa la Mr.HUBBY ikut je..:)






TQ suamiku, sebab ikut perangai mommy yang nak jugak makan steamboat hari ni..love u so much daddy..:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...