Wednesday, May 9, 2012

::LUNCH @ ANI SUP UTARA::

Erkkkkkk, Alhamdulillah, kenyang dengan rezeki yang ALLAH titipkan buat k.a.m.i..tengahari ni sy dan Mr.HUBBY lunch sesama sebab Mr.HUBBY habis kerja pukul 1 tengahari.. so pilihan kami tengahari ni iailah Restoran Ani Sup Utara yang terletak di Greentown Avenue..mula-mula plan nak makan nasi berlauk di Restoran Sabar Menanti.. tapi bila dah lalu Greentown, terus decide nak makan bihun sup pula..sy suka order bihun sup daging..:)..while Mr.HUBBY pulak makan nasi + sup campur..sup kat sini memang sedap..marvelesss..:)..

Lepas makan, terus je balik pejabat sebab nak sambung buat bayaran BR1M..huhuhuhu..





bihun sup + sirap bandung
nasi + sup campur + fresh orange
cili yang meletupp

::CORET-CORET KEHIDUPAN::

Saya Yang Bahagia :


Alhamdulillah, bersyukur kepada Ilahi, masih bernafas di muka bumi yang indah ini.. masih lagi sihat walafiat. masih lagi gembira dan bahagia dengan kehidupan sekarang..sebagai mommy kepada anak sy, sebagai isteri kepada suami sy, sebagai anak kepada bonda sy, sebagai kakak kepada adik-adik sy..syukur sy masih punya dan dikelilingi dengan insan-insan yang menyayangi sy setulusnya.. kasih sayang yang tiada sempadan dan tiada tolok bandingnya..

Saya Yang Kecil Hati :


Adat dalam berkehidupan, pasti ada yang berkecil hati.. tapi kecilnya hati sy ini bukan kepada insan-insan yang sy sayangi, tetapi insan-insan yang mulutnya lantang berkata-kata..yang pasti sedikit sebanyak kata-kata itu membuatkan sy terasa dan terluka..yang suka memperlekehkan tentang kehidupan sy dan apa yang sy miliki sekarang.. bila dah tak tertanggung, pastinya perkara itu akan diluahkan dalam FB..dan respon yang diterima daripada kawan-kawan akan membuatkan sy rasa lebih tabah untuk berhadapan dengan orang-orang yang sedemikian.. dan sy rasa, sy tau bagaimana nak membelanjakan wang dan gaji sy bersama suami.. jangan nak memperlekehkan kami, kami punya komitmen lain yang lebih penting berbanding apa yang perlu kami miliki..sy rasa kebahagiaan insan-insan yang tersayang yang akan membuatkan kehidupan kami bertambah bahagia sekarang..

Bayaran BR1M :


Haaa, ini pulak kesibukkan sy di pejabat.. kena buat bayaran untuk Bantuan Rakyat 1 Malaysia.. walaupun sebelum ni bayaran dibuat oleh LHDN, tapi baru-baru ni JKM terima arahan untuk buat bayaran BR1M bagi penerima bantuan pulak..huhuhu..maunya masing-masing tak sibuk, nak kena buat bayarran sebelum 10 Mei 2012.. dan jumlah yang perlu dibayar agak ramai.. tapi Alhamdulillah kawasan sy iaitu Ipoh Timur jumlahnya hanya 360 orang..dan dengan kecekapan anak buah menjalankan kerja masing-masing, pembayaran kami berjalan dengan lancar..

Tapi sekarang hati sy berbunga-bunga..huhuhu..tengahari nak lunch dengan suami terchenta dan malam ni nak dinner bersama My Lovely Friend a.k.a Mrs. Mama..kami nak makan-makan steamboat malam ni..:)..Can't Wait!!!!!..

Monday, May 7, 2012

::AHAD YANG BEST::

Ni la, aktiviti kami sekeluarga hari ahad yang lepas..kebetulan Mr.HUBBY off..so, boleh la kami berjenjalan..duk rumah je pun boring jugak..:)..so pagi kami dimulai dengan senyuman yang penuh ceria oleh anakanda yang terchenta..bangun-bangun je terus sengeh..:)..then lepas ni siap la Ajeeq jadi mangsa buli dengan ciuman mommy dan Mr.DADDY..:)..so bila anak dah bangun, mommy pun tak de chance la nak sambung tidur..hehehe..terus angkat Ajeeq turun bawah..then bermula la rutin harian mommy..iaitu masak memasak untuk sarapan anakanda mommy terchenta..:)..hari ni mommy masak bubur + sup ayam untuk sarapan dan lunch anak mommy arini..Ajeeq ni dah biasa sarapan dengan bubur..while mommy dan Mr.DADDY makan koew teow goreng tenghari ni..sebelum memasa dah settle sesi cleaning rumah..huhuhu..memang kepenatan, tapi puas daat menjalankan tugas sebagai seorang ibu dan isteri, walaupun hanya pada hujung minggu..:)

Bila dah petang, Mr.DADDY ajak keluar berjenjalan..yeayyyy, best best best..dapat jenjalan cuci mata..:)..ye ke cuci mata, pasti ada yang dibeli..hehehe..itu dah semestinya..kali ni destinasi kami still lagi AEON Stesyen 18..sebabnya tak puas lagi meronda dalam tu..luas sangat..then teringat nak mesej My Lovely Friend a. k.a Mrs. Mama..kebetulan Mr.Papa pun tak kerja, so Mrs.Mama OK je la..dah set nak jumpa dekat sana terus..

Sampai je, terus ke Kenny Rogers..sebab Mr.DADDY nak try, then mommy plak nak suapkan anak makan malam..hehehe..untuk Ajeeq mommy dah belikan bubur Mc.D awal-awal..nanti, tak de la anak mommy ni kelaparan..tapi masa dekat Kenny, Ajeeq dah start buat perangai, ye la,served diorang kan lambat sikit..so Ajeeq dah tak boleh nak duduk dalam baby chair tu dah..terpaksa diangkat dan didukung bawa jenjalan..then bila Ajeeq dah buat perangai, Abang Irfan pun sama, buat perangai, tak nak duduk diam dah..huhuhu..anak-anak..tak sempat Mrs.Mommy dan Mrs. Mama nak posing-posing..huhuhu..lepas makan, terus bayar dan keluar sebab anak masing-masing dah tak nak duduk..







Bila dah berjenjalan tu, takkan la nak berjenjalan saja..hehehe..then masuk kedai jam Swatch..Mr.DADDY nak beli jam baru..jam yang lama dah rosak..tengok harga semua boleh tahan..huhuhu..then akhirnya ade yang berkenan di hati Mr.DADDY..walaupun harga RM 2++..tapi pejam mata la, sebab Mr.DADDY dah berkenan sangat jam tu..:)..it's OK..asalkan Mr.DADDY happy dan bahagia..hehehe..:)..then terus balik rumah, sebab dah malam, then mommy kerja pulak besok..argggghhh, malasnya nak bekerja lepas seminggu lebih bercuti..:)

Thursday, May 3, 2012

::MAJLIS RESEPSI SYED & MIERA::

Haaa, update lagi untuk hari ni..hehehe..tajuk tu bukan main ye..Majlis Resepsi..dah macam majlis kawen artis-artis..hehehehe..tapi kalau orang kampung paggil kenduri kawen je..:)..ini lah faktor utama sy dan Mr.HUBBY balik pulang ke kampung halaman kami..nun jauh di utara..:)..sempena dengan Majlis Perkahwinan adik sy yang kedua..tapi ini majlis kenduri di sebelah pihak perempuan..so, kami pergi sebagai tetamu..sy sukaa sangat..:)..malass nak citer panjang..huhuhu..jom layan picture..tapi ini yang diambil dari kamera sy je..yang elok-elok dan banyak lagi semua dengan kamera photographer yang bertauliah..hehehe..

Yang bestnya pada hari kenduri ni, sy dan Mr.HUBBY makan beradap bersama pengantin..hehehe..kami pun still dalam mood pengantin lagi walaupun dah ada anak..hehehe..:)..
















::MEE UDANG + ZOO TAIPING::

Hallloooo, salam buat semua rakan blogger..dah bersawang diary kesayangan sy ni..hehehe..sy tak kemana pun, cuma pulang ke kampung halaman di negeri Perlis Indera Kayangan dan jugak kampung Mr.HUBBY, negeri Kedah Darul Aman, so masa tu terhad, tak sempat nak update macam-macam cerita yang mewarnai hidup sy dan insan-insan yang sy sayangi..:)

Entry ni pun dah rewind..ceritera hari ahad yang lepas..tapi nak gak update..huhuhu..sayangla kalu dibiarkan je..hehehe..ahad lepas, plan asalnya nak sambung shopping lagi with Mr.HUBBY dan Lil Hazeeq @ AEON..tapi masa lepas keluar rumah tu tergerak hati nak mesej My Lovely Friend a.k.a Mrs. Mama..then Mrs.Mama ajak kitaorang pergi Zoo Taiping then makan Mee Udang Mak Jah..ape lagi, jommmmmm..sementara nak tunggu diorang siap, memandangkan sy sekeluarga dah siap awal, kitaorg gerak dulu la slow-slow..then dah janji nak tunggu lepas tol Jelapang.. 

Alkisahnya sebelum sampai Terowong Menora, Cik Saga pulak buat perangai..kipas enjin tak berpusing, then temperature Cik Saga naik mendadak..ape lagi, Mr.HUBBY pun memberhentikan kereta serta merta la..huhuhuhu..sementara menunggu Mrs.Mama & Mr.Papa sampai, memang kepanasan la kami anak beranak..kesian sangat dengan Lil Hazeeq..berpeluh-peluh..so, Mr.DADDY yang penyayang tu terus la menjalankan tugas mengipas Ajeeq dan mommy dengan menggunakan bantal Ajeeq..hehehe..

Bila Mr.Papa sampai, terus masuk dalam kereta Mr.Viva milik Mr.Papa..waaa, lega mommy..sejuk kena air cond..huhuhuhu..dah satu hal pulak lagi nak menunggu towing sampai, lambatnye la..dekat 1 jam jugak la kami menunggu towing sampai..hmmmmmm, tapi alhamdulillah semuanya selamat dan berjalan lancar walaupun duit terbang RM 150.00 bayar untuk towing..huhuhuhu..Cik Saga ditowing balik ke Ipoh, while kami pulak meneruskan perjalanan ke Taiping dengan menaiki Mr.Viva..

Sampai Taiping, terus menuju ke Kuala Sepetang..kami nak makan, masing-masing dah kelaparan..huhuhu..dan semestinya pilihan kami adalah Mee Udang Mak Jah..mee udang paling sedap di Kuala Sepetang..huhuhuhu..punya la banyak kereta dan orang, dah nampak cam kenduri kawen pun ada..sampaikan ade abang Rela yang jaga jalan..punya la popular Mak Jah ni..:)..makan kami kali ni Mr.DADDY yang sponsor..TQ Mr.DADDY..:)..sayang daddy sangat-sangat..:)..









Lepas semuanya dah kenyang, kami terus menuju ke Zoo Taiping, memang plan nak naik keretapi..tak larat nak jalan kaki, tambah pulak baru lepas makan, then Mrs.Mommy dan Mrs.Mama pakai high heel..tak kuasa la nak berjalan..dah tu nantu nak kena dukung anak, walaaaweii, lagi la tak larat..hehehehe..so, keretapi adalah penyelesaiannya..hehehe..taki ni tiket masuk Mr.Papa pulak yang sponsor..:)..TQ Mr.Papa..:)..seronok juga sekali sekala tengok binatang-binatang ni..Irfan pulak happy la, while Ajeeq pulak tak mengerti apa-apa..bak kata Mrs.Mama..hehehe..Ajeeq tengok semua binatang yang mommy dan daddy tunjuk, tapi Ajeeq tak kenal la, cuma dah pandai tegur je..:)..mulut tu tak berhenti menegur..chomell la manja mommy tu..:)..













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...