Saturday, July 16, 2011

::RINDU SAAT-SAAT ITU::

Setiap masa dan ketika, bila diusap-usap perut sy yang dah kempis ni, sy pasti akan rindu dan teringat pada masa itu..masa sy sedang mengandungkan Ajeeq+Lil HERO+permata hati+cahaya cinta+anugerah terindah sy bersama Mr.HUBBY..ya, memang sy sedang merindui saat itu..tapi hakikatnya kini Ajeeq dah pun selamat lahir untuk melihat dunia ciptaan Ilahi yang sungguh indah ni..melihat wajah-wajah semua insan-insan yang mencintai Ajeeq..esp mama + PAPA..:)..

Dan yang paling nyata sy rindukan adalah saat Ajeeq melakukan ombak dalam perut sy yang chomeel dan boolat ketika itu..saat-saat bila sy bercakap-cakap, then Ajeeq akan bagi respon seolah-olah faham ape yang sy cakapkan..walaupun dia hanya boleh mendengar pada ketika itu..saat sy ada masalah, semuanya sy akan kongsikan bersama-sama Ajeeq inside..sy boleh meluahkan ape saje yang sy rasa..dan hasilnya memang melegakan..:)..

Sy jugak seakan dah boleh hafal setiap kali pergerakkan yang Ajeeq buat..bermula dari bangun tidur hingga je tengah malam..semuanya sy dah tau bila yang Ajeeq akan membuat ombak dalam perut sy ni..:)..dan setiap kali ombak itu dilakukan, perasaan bahagia akan mekar je dalam hati..ditambah pulak saat-saat Mr.HUBBY juga turut merasai ombak yang Ajeeq lakukan..

Yang bestnya part makan la..:)..semua yang nak dimakan, semua akan dapat..semuanya Mr.HUBBY cari bagi jumpa jugak..walaupun jauh kena pergi, tapi Mr.HUBBY akan bawa sy jugak untuk makan ape yang sy nak..:)..kami ke Kuala Lumpur untuk makan ais krim dekat Ice Room..TQ so much Mr.HUBBY..then ke Kuala Sepetang untuk makan mee udang..dan macam-macam lagi yang sy inginkan tapi Mr.HUBBY berjaya tunaikan..

Kini, sungguh sy rindukan detik-detik dan saat-saat itu..:)..dan kini jugak Ajeeq semakin membesar bagaikan juara..dan untuk merasai detik-detik itu sekali lagi, sy perlu tunggu untuk 3 tahun lagi..:)..dan berdoa dengan Izin ALLAH S.W.T sy akan merasai detik-detik itu semula..:)..

Friday, July 15, 2011

::AJEEQ SUKA MANDI MAMA::

Now Lil HERO dah berusia 15 hari..:)..kejap je masa berlalu..pejam celik pejam celik dah semakin besar anak mama ni..dan perangai serta akalnya jugak dah semakin bertambah..tapi yang pasti Ajeeq kini suka sangat mandi..:)..dari dulu lagi, sejak 1st day balik rumah..tak nangis pun bila dimandikan..hehehehe..suka sy tengok bila Ajeeq dimandikan..

Dan yang pastinya masa tengak Mak Tok mandikan pun, dia boleh tertido..:)..esp part syampukan kepala walaupun rambut baru nak tumbuh..hehehee..sedap agaknya bila diusap-usapkan kepala..:)..bila dimasukkan dalam tab mandian tu, Ajeeq akan luruskan je kakinya..:)..chomell je anak mama tu..:)..cuma sy je lagi yang belum belajar untuk memandikan putera busyuk+permata hati+cahaya cinta+anugerah terindah tu..:)..tak pe, satu hari sy akan memandikan Ajeeq sendiri..tapi lepas pantang la..sekarang ni sy just tengok je camane bila Ibu mandikan Ajeeq..:)..





Wednesday, July 13, 2011

::GOODBYE JAUNDICE::

Hari ni cukup 3 hari Muhammad Zamir Hazeeq makan ubat jaundice dari Klinik Pakar Kanak-Kanak..dan ALHAMDULILLAH jaundicenya dah turun banyak sangat..dengan Izin ALLAH dan berkesannya ubat itu..walaupun terpaksa berpisah sekejap dengan susu badan, tapi berbaloi..

Hari ni bila check up di Klinik Kesihatan Bedong, Hazeeq dah tak perlu ke Klinik lagi dah untuk cucuk amik darah bagi ukuran jaundice..Leganya la bila sy dengar camtu..BERSYUKUR kepada ILAHI..mendengar dan memakbulkan doa sy dan Mr.HUBBY siang malam..hanya untuk hero kecil+permata hati+cahaya cinta+anugerah terindah yang kami miliki tu..:)..

Dan yang paling melegakan sy adalah bila Hazeeq dah tak perlu kena cucuk setiap hari untuk diambil darahnya..:)..kecian sangat tengok walaupun sy tak ikut masa Hazeeq kena cucuk, tapi bila tengok kesan suntikan tu, hati ibu sy tersentuh..ye la, anak sekecil itu disuntik setiap hari..tapi itu mungkin dugaan buat kami suami isteri..kami terima YA ALLAH..

Bila gitau dekat Mr.HUBBY, Mr.HUBBY pun senang hati mendengarnya..dah tak perlu risau sangat dengan keadaan Hazeeq sekarang..PAPA cakap dia tak sabar nak tunggu off hari Jumaat ni untuk balik tengok sy dan Hazeeq..:)..kami akan menunggu kepulangan PAPA dan Mr.HUBBY yang terchenta tu..:)..

pic Lil HERO mama hari ni..:)..dah makin beshar dah..:)

Tuesday, July 12, 2011

::JAUNDICE OH JAUNDICE::

Hari ni Lil HERO Hazeeq dah 12 hari lahir melihat dunia..:)..dan sy rasakan muka Hazeeq dah semakin lain dah dari masa mula-mula lahir dulu..dan semakin chomel rasanya..tido pun dalam pelbagai gaya dah sekarang ni..:)..paling jelas gaya tido cam PAPA la..dan anak PAPA..:)..kalau dibedong dia akan tido macam besa tapi kalau dibuka ikatan bedongnya, gaya tido PAPA akan terserlah lah..hehehehe..




Tapi yang merisaukan sy adalah masalah jaundice Hazeeq..hari tu masa 10 hari check still lagi 14..hmmm..cmane nak buat ni??cara dan ubat tradisional semua dah try..air rebusan putik bendi, air anggur hitam, sengkuang cina, mandi daun kucai..tp still x mau hilang jugak jaundicenya..asyik turun dan naik balik..tak nak betul-betul hilang..sy dan Mr.HUBBY risau bila fikirkan jaundice Hazeeq ni..

Hari Ahad lepas MY GORGOUS MOM IN LAW bawa Hazeeq ke Pakar Kanak-Kanak untuk jaundice..then doc bagi ubat..kami try jugak cara moden dah tradisional tak berkesan sangat..tapi ikut perubatan moden ni, ubat yang diberikan tak boleh dicampur dengan susu badan..terpaksa bagi Hazeeq minum susu tin..nasib baik Hazeeq nak jugak minum..ciannya la anak mama tu..:)..makan ubat pun tak nangis..bagi susu tin pun tak nangis..hisap je..sy yang tengok ni pulak rasa sedih..nak mengalir je airmata tengok anak camtu..hmmmmm...tapi untuk 3 hari je, lepas 3 hari Insyaallah jaundice tu akan hilang, then Hazeeq boleh hisap susu badan balik..

Dan yang paling menyedihkan bila sy pegang Hazeeq, dia akan buka je mulut cam nak hisap susu..:(..nak nangis sy tengok..mulutnya dibuka je..sabar la sayang, tinggal besok je..dan besok sayang mama ni dah boleh hisap susu mama dah..bukan mama sengaja tak nak bagi susu mama ni, tapi untuk sembuhkan jaundice Hazeeq sayang tu, mama terpaksa..:(..sy cium-cium dia..sayang sangat-sangat dekat Lil HERO+permata hati+cahaya cinta sy tu..:)..sambil menaip ni pun sy duk tengok ke Hazeeq syg tu..nyenyaknya dia tidur lepas mandi dan minum susu..


Dan besok bila dah check up lagi, minta-minta la jaundicenya dah turun dan hilang terus..AMINNN..YA ALLAH YA TUHANKAN, Kau makbulkan la doaku ini..

Friday, July 8, 2011

::SEDIH, SEDIH, SEDIH::

Hari ni genap la 8 hari Muhammad Zamir Hazeeq bin Muhamad Izzad lahir melihat dunia..dah semakin sihat dah dia dari jaundice..hope lepas ni akan bertambah sihat anak mama tu..:)..badan dia pun dah semakin keras dah..tak lembut masa 1st day dulu..:)..

Tapi sayangnya hari ni last PAPA stay sama-sama dengan Hazeeq..PAPA perlu balik semula ke Ipoh sebab dah start kerja arini..sedihnya la..dan yang paling sedih dah tentulah mama..:(..Mr.HUBBY bertolak balik selepas solat jumaat..kecian jugak tengok Mr.HUBBY pun sedih nak tinggalkan anak yang masih kecil..semalam, tidur pun sebelah dengan Hazeeq..

Sebelum nak balik tu, Mr.HUBBY cium Hazeeq puas-puas..sy yang tengok ni cepat je mengalir air mata..sedih sangat..sy tau Mr.HUBBY pun sedih tapi orang lelaki sentiasa cool je walau sedih cmane pun..ye la, sy perlukan Mr.HUBBY time pantang ni..bila Mr.HUBBY tak de mesti akan terasa ketiadaan tu.." jaga anak elok-elok syg ".."syg jangan nangis sangat, nanti bentan ".."cmane la syg tak sedih B, B kena balik Ipoh tinggalkan syg dan anak sini ".." kan Hazeeq ada tu, sama la Hazeeq dengan B..Hazeeq kan pengganti B ".." nanti B off ari isnin ni B balik sini lagi "..

Masa salam dengan Mr.HUBBY lagi terasa..then peluk dengan Mr.HUBBY lagi la laju airmata ni mengalir..hmmm..kalau ikutkan hati sy nak je ikut Mr.HUBBY balik Ipoh..tapi nak buat cmane, sy kena pantang sini, kat Ipoh tak de sape nak jagakan sy yang dalam pantang ni..sabar banyak-banyak je la..walau cmane pun perasaan sedih tetap menguasai diri..:(

Thursday, July 7, 2011

::KECIAN HAZEEQ::

Sebelum balik berpantang di Bedong, Mr.HUBBY bawa Lil HERO ke Klinik Kesihatan Tanjung Rambutan untuk check jaundice..nurse yang datang melawat ke rumah cakap Lil HERO cam ada jaundice..dan resultnya 14.2..walaupun tinggi tapi under control lagi..so bila dah sampai di Bedong, terus Mr.HUBBY ke Klinik Kesihatan Bedong untuk laporkan yang sy dan Lil HERO berpantang disini.

Bila check up dibuat di Klinik Kesihatan Bedong, jaundice Lil HERO bertambah lagi..Lil HERO dirujuk untuk ditahan di wad Hospital Sultan Abdul Halim, Sg,Petani..masa Mr.HUBBY balik bagitau tu, airmata sy dah menitik dah..tak sangka yang Lil HERO akan ditempatkan di wad..sedih sangat rasanya..dah la sekarang ni tiap-tiap ari kena cucuk ambil darah..tapi nasib baik la Lil HERO nangis kejap sangat..tapi sy pulak yang tak sanggup nak tengok bila Lil HERO dicucuk tu..

Then terus buat persiapan untuk ke hospital..sampai di hospital terus daftar kemasukkan ke wad..Lil HERO ditempatkan di wad Melur 2..untuk kanak-kanak yang jaundice..nasib baik ada katil yang kosong jadi sy dapat stay di hospital sama menemani Lil HERO..lagipun Lil HERO menyusu badan sepenuhnya..tak dapat sy bayangkan kalau Lil  HERO sorang-sorang kat sana..cmane kalo menangis, sape nak pujuk, kalau Lil HERO sejuk, sape nak pelukkan..hmmmm..

Lil HERO diletakkan dalam baby court dan dibawah cahaya lampu biru bersebelahan dengan katil sy..ciannya sy tengok anak sy tu..menangis sy ni..ye la,  tengok keadaan Lil HERO camtu..masa malamnya Lil HERO tak dapat nak tidur nyenyak dengan keadaan camtu..kecian sangat sy tengok..bila sy angkat dia then peluk bari tidur dengan nyenyaknya..bila diletakkan balik, terus terjaga..tak sampai hati sy nak letak Lil HERO dalam baby court tu tapi terpaksa la untuk kurangkan jaundice..nak bagi Lil HERO sihat sepenuhnya..

Keesokkan harinya, jaundice Lil HERO dah berkurang..ALHAMDULILLAH..doc cakap Lil HERO dah boleh balik rumah...bersyukurnya sy kepada Ilahi..dan harapan sy semoga jaundice ni akan terus berkurang dan hilang terus..hari ni bila check up lagi, jaundice Lil HERO dah turun lagi kepada 11.3..ALHAMDULILLAH..

sebelum bertolak ke hospital..Hazeeq & Papa

kesian sangat Lil HERO

Wednesday, July 6, 2011

::MUHAMMAD ZAMIR HAZEEQ::

Cahaya Cinta sy bersama Mr.HUBBY

MUHAMMAD ZAMIR HAZEEQ BIN MUHAMAD IZZAD












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...