Wednesday, July 13, 2011

::GOODBYE JAUNDICE::

Hari ni cukup 3 hari Muhammad Zamir Hazeeq makan ubat jaundice dari Klinik Pakar Kanak-Kanak..dan ALHAMDULILLAH jaundicenya dah turun banyak sangat..dengan Izin ALLAH dan berkesannya ubat itu..walaupun terpaksa berpisah sekejap dengan susu badan, tapi berbaloi..

Hari ni bila check up di Klinik Kesihatan Bedong, Hazeeq dah tak perlu ke Klinik lagi dah untuk cucuk amik darah bagi ukuran jaundice..Leganya la bila sy dengar camtu..BERSYUKUR kepada ILAHI..mendengar dan memakbulkan doa sy dan Mr.HUBBY siang malam..hanya untuk hero kecil+permata hati+cahaya cinta+anugerah terindah yang kami miliki tu..:)..

Dan yang paling melegakan sy adalah bila Hazeeq dah tak perlu kena cucuk setiap hari untuk diambil darahnya..:)..kecian sangat tengok walaupun sy tak ikut masa Hazeeq kena cucuk, tapi bila tengok kesan suntikan tu, hati ibu sy tersentuh..ye la, anak sekecil itu disuntik setiap hari..tapi itu mungkin dugaan buat kami suami isteri..kami terima YA ALLAH..

Bila gitau dekat Mr.HUBBY, Mr.HUBBY pun senang hati mendengarnya..dah tak perlu risau sangat dengan keadaan Hazeeq sekarang..PAPA cakap dia tak sabar nak tunggu off hari Jumaat ni untuk balik tengok sy dan Hazeeq..:)..kami akan menunggu kepulangan PAPA dan Mr.HUBBY yang terchenta tu..:)..

pic Lil HERO mama hari ni..:)..dah makin beshar dah..:)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...